Assalamualaikum & Salam sejahtera,
(Cerita ni sepatutnya dalam 2011 (27/12/2011), tapi tak sempat nak update so postpone la sampai menjelma 2012.)
Pada suatu malam, aku berjalan pulang dari Pasaraya HERO, Sg.Besi. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melalui gerai yang menjual nasi lemak kukus berhampiran dengan Kem Tentera Sg.Besi. Bau aroma ayam goreng rempahnya memang memancing selera aku yang sememang nya sedang kelaparan. Orang cakap, nasi lemak kat situ sedap. Jadi, dah kebetulan lalu, aku pun singgah la untuk beli sebungkus dua (padahal sebungkus jek hehe). Masa tu, orang tak ramai cuma ada dua orang pakcik. Aku pun order la "Nasi Lemak Ayam satu," Abang penjual tu pun angguk. Selang beberapa minit, pelanggan yang berada disitu sudah bertambah daripada 3 orang (termasuk aku) kepada 7 orang. Yang hairan nya, semua pelanggan yang sedang menunggu Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah tu kesemuanya lelaki dan hanya aku sorang je pelanggan perempuan.
Pelik. Aku pun usya-usya la disekitar gerai kecil tu. Manala tau ade signboard yang bagitau 'GERAI INI HANYA UNTUK PELANGGAN LELAKI SAHAJA!' .Tapi tak ada pulak signboard yang tulis macam tu. Yang ada cuma banner yang bertulis Nasi Lemak Kukus, Ayam Berempah. Hemm..Lantak lah. Yang penting dapat makan. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang kecekapan abang penjual nasi lemak tu. Bayangkan lah, hanya dia sorang-sorang menyediakan berpuluh-puluh pesanan. Sebab apa aku kagum sangat ni???? (siap nak update dlm blog x feymes nih), sementara menunggu ayam yang digoreng tu masak..aku tengok dia sedang menyediakan berpuluh-puluh pesanan. Mungkin sebelum tu, ada orang tempah dalam kuantiti yang banyak untuk majlis. Memang superb lah! Kalau aku maunya menangis. Dah la kena buat sorang-sorang, ditambah lagi dengan pesanan pelanggan yang baru datang. Huhuhu...penatnyer. Lepas tu pulak, dia dah macam buat 'cooking show' kat kitaorang yang menunggu nasi lemak yang dah di-order ni. Yela..kitorang yang dok berdiri tercegat kat situ nak tengok apa lagi?...melainkan tengok abang penjual tu membuat kerja-kerja nya. Sekejap dia letak nasi dalam bekas polisterin, sekejap dia bubuh pulak ikan bilis goreng ke dalam bekas polisterin yang dah diisi dengan nasi, lepas tu dia ambil timun dan potong laju-laju...wahh..part ni memang aku kagum! Aku yang perempuan ni pun tak secekap dia nak potong timun dengan skill yang macam master chef tu. Lepas potong, dia letak pulak kepingan-kepingan timun dalam bekas polisterin yang dah ada nasi dan ikan bilis, kemudian diikuti dengan telur dan sambal. Dah setel sumer tu, proses menutup kesemua nasi lemak yang dah disediakannya tadi. Tapi, dalam pada tu...sempat juga dia sekali-sekala menjenguk ayam yang sedang bermandi minyak di dalam kuali. Kira nya, multitasking la ni.
Kesemua nasi lemak yang siap dibungkus telah disusun dengan baik diatas meja. Wahh..sangat efisien dan kemas. Pada pendapat aku lah. Abang penjual nasi lemak ni kalau di letakkan didalam pejabat, jawatan yang sesuai untuk dia adalah Manager. Sebab, dari gayanya, dia seorang yang manageable, bijak menggunakan ruang waktu dan seorang yang multi-tasker. Mungkin diatas faktor-faktor persekitaran dan sekeliling yang telah berlaku didalam kehidupannya menyebabkan dia berada di gerai kecil tu. Dan, mungkin perjalanan hidupnya membuatkan dia tidak bekerja sebagai Manager atau menjadi seorang businessman yang memakai kot sambil membawa iPad kehulu dan ke hilir. TETAPI! tak mustahil juga, dia sebenarnya adalah seorang usahawan atau seorang pengurus syarikat atau seorang pegawai atau seorang yang bekerja di pejabat pada waktu siang. Tiada siapa tahu, siapakah dia. Atau mungkin dia adalah dia, iaitu seorang peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah yang terkenal di area Sg.Besi. Nobody knows...but Allah SWT know.
Oklah, moral of the story daripada cerita peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah ni iaitu, kita tak seharusnya menilai orang lain dari pandangan luar atau daripada apa yang dilakukannya. Apa yang perlu kita nilai adalah apa usaha dan kemahiran yang telah dilakukannya. Walaupun kita dapat kerja bagus, dengan duduk kat bilik yang ada penghawa dingin, dengan pakai baju cantik-cantik..smart-smart, then bawak laptop atau iPad ke hulu-hilir, kita masih tak boleh anggap yang kita adalah paling hebat. Nope! Sebab.....belum tentu kemahiran yang ada pada peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah ni dan juga peniaga-peniaga kecil yang lain, ada pada kita! Cuba soal selidik diri sendiri, secekap mana kita boleh potong timun dengan laju? Secekap mana kita boleh menyediakan berpuluh-puluh pesanan dalam beberapa minit? Secekap mana untuk kita membuat banyak kerja dalam satu masa? Huh! Kalau ikutkan, tahap kemahiran diorang ni..sebenarnya, sama je dengan kemahiran-kemahiran yang ada pada kita atau bos-bos di pejabat. Cuma yang membezakan kita dan mereka adalah tempat bekerja dan persekitaran. Dari segi perlaksanaan...aku rasa, kemahiran yang digunakan adalah SAMA. Dan, jangan tersentak jika kemahiran yang ada pada mereka TAK ADA pada kita. Jadi, ambillah cermin..cerminlah diri kemudian kajilah apa yang kita ada dan carilah apa yang kita tak ada....Sekian~
P/s: Jangan pandah rendah pada kemampuan orang lain walaupun ketinggiannya badan nya lebih rendah daripada kita. Hehehe...
No comments:
Post a Comment