Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hadir ke
Usrah Tautan Hati 4 yang diadakan di Masjid Jamek Saad Abi Waqqas, Gombak. Tajuk usrah kali ini adalah Di Mana Allah ku?
Dan tafsir surah yang akan di ulaskan adalah Surah Al-Insyirah/ Al-Sharh.
Terjemahannya :
- Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
- Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –
- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
- Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
- (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
- Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Ulasan:
Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan nikmat-nikmat yang
telah diberikan kepada Baginda SAW, diantaranya melapangkan dadanya untuk
menerima hidayah dan petunjuk dijalan yang betul. Meringankan beban tugas
Baginda SAW dalam menyiarkan Islam, dengan diberi-Nya pelbagai kemudahan dalam
melaksanakannya. Allah SWT juga telah meninggikan sebutan nama Baginda SAW dengan mengurniakan kepadanya pangkat dan
berbagai kemuliaan.
Allah SWT memberi semangat dan harapan dengan menegaskan:
“Maka
(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan.”
Untuk menghapuskan sebarang perasaan berputus asa yang
kebiasaannya terdapat dalam kalangan manusia semasa menemui jalan buntu, lalu
Allah menegaskan sekali lagi :
“(Sekali
lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan!”
Maka, hendaklah kita sebagai hamba-Nya yakin kepada ayat ini
kerana ianya ada penegasan dari Tuhan yang telah menciptakan kita dan seluruh
alam ini. Seharusnya kita terus berusaha dan tabah hati serta berserahlah
(bertawakal) kepada Allah semata-mata. Ingatlah, Allah tidak memungkiri
janjinya dan jika merasa kesusahan berpeganglah pada surah ini.
Kesusahan itu hanya seketika, sedangkan
ganjaran pahala itu kekal untuk dibawa ke syurga~
Topik yang seterusnya, adalah tentang Persahabatan dan
Ukhuwah.
Apa yang aku dapat konklusikan, persahabatan @ ukhuwah yang
terjalin atas dasar kasih sayang kerana Allah itu lebih kekal dan berpanjangan.
Kerana Allah itu bersifat kekal. Berbanding jika kita menjalinkan sesuatu
hubungan itu kerana harta, kecantikkan wajah, kerana tinggal dikawasan yang
sama, kerana dalam kumpulan yang sama, maka jalinan ukhuwah juga berisiko untuk
rapuh dan menjauh. Ini kerana, kesemua sebab yang disenaraikan tadi adalah
sebab-sebab yang rapuh yang mana ianya tidak kekal kecuali Yang Maha Esa-Allah SWT.
Berkata Ibnu Qayyim :”Cinta
itu akan hilang bersama hilangnya sebab”
Ustazah juga berkata, “Sebab
yang rapuh akan menjadikan ukhuwah itu rapuh, tetapi jika sebab itu kukuh akan
menjadikan ukhuwah itu kukuh.” Jadi, apa sebab yang kukuh? Cuba
tanyakan pada diri sendiri, ‘Aku berkawan dengan dia kerana apa?’ Aku mencintai
dia kerana apa?’ Aku berkasih sayang dengan dia kerana apa?’ Aku bersahabat
dengan dia kerana apa?
Kemudian kita ada dua pilihan, nak perhubungan kita kekal
selamanya atau sementara? Nak Allah redha atau berukhuwah sambil buat dosa?
Fikir-fikirkanlah yang mana terbaik untuk dikumpulkan sebagai mata ganjaran (pahala) menuju
ke syurga.
Dan Ustazah mengatakan bahawa umat islam itu bersaudara. Ini kerana Allah ada menegaskan dalam surah Al-Hujurat ayat,10 : “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu
adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara
kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat.”
Antara tips bersahabat/berukhuwah:
- Sebarkan salam tidak kira dimana jua.
- Luahkan rasa sayang dengan mengatakan : “Saya sayang awak kerana Allah”
- Saling memberi hadiah (give & take) atau bersedekah (senyum pun boleh..senyum kan salah satu daripada sedekah)
- Saling menziarahi untuk menunjukkan bahawa kita menyayanginya kerana Allah.
- Wajah berseri yakni sentiasa mempamerkan senyuman. Kerana senyuman mampu menjadi penawar hati.
- Saling bantu-membantu dalam melakukan kerja amal dan ibadah (iaitu semangat jihad dan melakukan ibadah bersama-sama)
- Dan, apa yang paling PENTING adalah bersikap husnoz zhon iaitu bersangka baik diantara satu sama lain.
Dalam menjalinkan ukhuwah dan
mencari sahabat, carilah sahabat yang baik yakni baik dari segi akhlak dan
agamanya supaya dia sentiasa mengingatkan kita kepada Allah SWT dan
menyedarkan/menegur kita jika kita terleka dan lalai dengan dunia.
Ada perumpamaan mengatakan, ‘Sahabat
yang baik umpama penjual minyak wangi yang mana wangiannya akan melekat pada pakaian
kita. Manakala sahabat yang tidak baik umpama si tukang besi yang mana bau
asapnya akan melekat pada pakaian kita dan tidak mustahil percikkan apinya juga
akan mengenai kita.’
TETAPI,
Ianya bukanlah bermakna kita
terus meninggalkan rakan-rakan yang kurang agama dan akhlaknya. Seelok-eloknya,
kita cuba untuk mendekati mereka dengan membawa mereka kembali kepada fitrah
iaitu kepada jalan yang diredhai Allah SWT. Gunakanlah ilmu yang diperolehi
dengan penuh berhemah dan hikmah, agar mampu menguatkan kembali jiwa-jiwa
mereka yang lemah. Berkasih sayanglah
kerana Allah, agar jalinan ukhuwah kekal abadi hingga ke bertemu di Jannah!
Letakkan segala niat adalah kerana Allah. Kerna jika kita disakiti
kita akan mampu tersenyum dan tenang kerana yakin akan
ganjaran syurga dan kasih sayang Allah kepada kita.
kita akan mampu tersenyum dan tenang kerana yakin akan
ganjaran syurga dan kasih sayang Allah kepada kita.
Jika
Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika
Allah menjadi musuh mu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
[Buku
La' Tahzan |Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni]
“Iman tanpa amal soleh umpama software tanpa hardware”
– Ustazah Fatimah Syarhah
Sedikit perkongsian foto si cilik bakal Ustazah dan muslimah solehah (^^,) InsyaAllah~
![]() |
"Nak tolong pegangg.." -kata si kecil (Baiknya dia...) |
![]() |
Ustazah dan anak sulungnya yang petah :) |
![]() |
Jangan kacau...tangah fokus ni! |
![]() |
Ada gaya! |
Sekian saja perkongsian untuk kali ini. Salam ukhuwahfillah abadan abada! Semoga bermanfaat & semoga Allah redha~

hapy bloging,team hijrah :)
ReplyDeletehttp://www.cinonexcoreyan.com/
Syukran :)
Delete