Tuesday, January 24, 2012

Aku & Tugasan menaip





Assalamualaikum & Salam sejahtera,


Alhamdulilah, pada Jumaat lepas aku berjaya menyiapkan kerja-kerja menaip kisah Nabi Yusuf AS ke dalam Microsoft Words. Kisah Nabi Yusuf AS ni ditulis oleh En. Azman Hussin. Siapakah dia? Ohh...dia dalah big bos merangkap Chairman di syarikat tempat aku berkerja. Kisah Nabi Yusuf AS ni akan diterbitkan ke dalam bentuk E-Book dan InsyaAllah juga akan terbit dalam bentuk buku (hardcopy). Huh..tak pasal-pasal syarikat IT akan menjadi syarikat penerbitan buku (Who's know? Maybe 2-3 years lagi kan??) Aku nak kongsikan pengalaman dan apa yang menarik sepanjang aku menaip kisah Nabi Yusuf AS ni.


Aku menaip kisah Nabi Yusuf AS bermula bulan Disember 2011 dan selesai pada Jumaat lepas iaitu pada 20.Januari.2012. Manuskrip asal adalah di dalam bentuk tulisan tangan oleh En.Azman Hussin sendiri. Memang pada awalnya, agak susah sikit untuk aku menaip memandangkan aku perlu memahami bentuk tulisan beliau yang sangat berseni dan klasik ("Cantik tulisan bos..." - Antara komen rakan-rakan sekerja). Tapi, bila dihayati dan difahami, barulah aku dapat menaip dengan cemerlangnya (Cehwahh...). Pandangan aku, kisah Nabi Yusuf AS ni adalah sebuah kisah yang indah. Aku bersetuju dengan permulaan cerita tersebut yang mengatakan kisah Nabi Yusuf AS adalah kisah yang paling indah di dalam Al-Quran.

Al-Quran seluruhnya dan kisah yang terindah ini diwahyukan melalui perkataan dan ayat yang digubal dengan huruf-huruf yang biasa seperti Alif, Lam dan Ra. Dari huruf-huruf biasa ini yang digunakan setiap hari oleh orang-orang Arab, Allah SWT melengkapkan sebuah kitab yang nyata memberi petunjuk untuk manusia sejagat sepanjang zaman.  
Al-Quran menegaskan bahawa kisah Nabi Yusuf AS ini ialah kisah yang paling indah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia juga menegaskan bahawa inilah pertama kalinya Nabi Muhammad SAW mendengar kisah paling indah ini. Ia menekankan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendengar atau mempelajari kisah ini daripada orang lain dan tidak pula Nabi ini seorang tukang cerita, seperti yang dituduh oleh pembesar kafir Quraisy di Mekah. Muhammad SAW adalah seorang rasul utusan Allah SWT yang benar. Allah SWT mengajar dan mendidik beliau mengenai agama melalui wahyu.  

Ini sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran :



Alif, Laam, Raa`. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.  Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
Surah Al-Yusuf,12:1-3

Sebelum aku diberi tugasan untuk menaip kisah ini. Aku baru je tamat membaca surah Yusuf didalam Al-Quran dan sudah pun selesai membaca terjemahan nya. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan kali kedua untuk mendalami kisah ini dengan menaip manuskrip yang ditulis sendiri oleh En.Azman Hussin. Manuskrip beliau bukan saja menyalin semula terjemahan kisah Nabi Yusuf AS 100% seperti di dalam Al-Quran. Malah beliau membuat huraian terperinci bagi setiap terjemahan dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran bagi memudahkan para pembaca memahami dan menghayati kisah yang indah ini.  Beliau juga fokus kepada mimpi Nabi Yusuf AS dan kesungguhan Nabi Yusuf dalam menjaga maruah diri serta taat kepada agama Allah SWT. Sifat pemaaf dan tidak berdendam diantara manusia juga turut di tunjukkan di dalam kisah ini.


Apa yang paling menarik adalah sifat lelaki soleh yang ada pada Nabi Yusuf AS. Ini ditunjukkan pada babak dimana beliau (Nabi Yusuf AS) digoda oleh isteri tuannya iaitu-Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan wajah Nabi Yusuf. Beliau bukan saja memiliki wajah yang tampan malah beliau memiliki akhlak yang baik. Kisah ini ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan tak berjela-jela. Senang untuk difahami terutama jika pembacanya adalah daripada golongan kanak-kanak.


Sebaik saja aku selesai menaip untuk setiap baris ayat, aku akan rasa tak sabar-sabar untuk menaip ayat yang seterusnya untuk mengetahui sambungan kisah ni. Yup, ianya sebuah penulisan yang santai tetapi penuh dengan isi yang bermanfaat. Taniah untuk En.Azman yang mempunyai kesungguhan dalam menyiapkan manuskrip dengan hasil tulisan tangannya sendiri. 


Antara kesukaran ketika menyiapkan tugasan ini adalah ketika meng-copy & paste ayat-ayat Al-Quran (bahasa Arab) ke dalam Micrsoft Word. Mana tak nya, laptop aku sebelum ni (sekarang aku menaip dengan laptop baru) tak boleh nak install arabic fonts. Maka, ia menyebabkan aku terpaksa menghabiskan masa lebih kurang 15 minit untuk ayat panjang dan 10 minit untuk sebaris ayat. Fuhh! Memang memerlukan kesabaran untuk menyudahkan kerja ni. Maunya aku tak tersengguk-sengguk kat depan laptop dengan mengadap Microsoft Words. Ditambah pula dengan keyboard laptop yang ronggak, ni melambatkan kerja-kerja menaip. Selepas siap proses menaip, aku perlu re-check ayat-ayat Al-Quran yang di-copy & paste tadi takut ada yang terubah kedudukkan dan ada ayat yang tercicir ketika aku meng-edit format Microsoft Words. Tak pasal-pasal ayat jadi terpesong dan  jadi ajaran sesat. Nauzubillah!


Tapi, Alhamdulillah lah berkat kesabaran dan sokongan daripada my lady boss (Pn.Naimah Hj Talib) berjaya jugak aku menyiapkan nya. Mungkin nanti akan di edit semula ke dalam Adobe InDesign bagi mendapat hasil yang lebih cun untuk di jadikan E-Book dan buku. Dengan alasan ini lah aku sekarang sedang berusaha gigih untuk mendalami Adobe InDesign. Maklumlah, ni adalah bidang baru bagi aku yang mana pendidikkan bukanlah berlatar belakangkan bidang ni. Tapi, aku seronok sebab penulisan adalah antara hobi feveret aku hehehe....walaupun aku bukanlah seorang penulis yang bagus.


Okeyla, sekian saja pengalaman aku tentang tugasan menaip kisah Nabi Yusuf AS. Tak lama lagi, kisah ini akan diterbitkan di website (E-Book) juga di pasaran dalam bentuk buku (hardcopy). InsyaAllah~



No comments:

Post a Comment