![]() |
Potong kek time Farewell Party :) |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada mula nya, aku memang berharap untuk tak menulis 'Never Say Goodbye but Goodluck! Part 2'. Tapi Allah SWT telah merencanakan sebalik nya. Maka, dalam keadaan yang kurang sihat (demam + selsema), juga dalam kesedihan untuk menerima perubahan, aku cekalkan hati untuk terus menulis bagi sesi perpisahan 'part 2'.
13.Januari.2012 (Jumaat) - Adalah last day buat seseorang yang aku anggap senior,sifu dan kawan di dalam department/ofis aku iaitu Radin Siti Haziqoh atau lebih mesra dipanggil K.Azie . Di saat awal perkenalannya, beliau berada di dalam situasi yang agak tertekan dek kerana sekumpulan manusia yang menghukum kehadirannya di ofis. (Masa tu, beliau boleh dikatakan 'orang baru'). Aku rasa tak perlulah aku mengungkit kenangan pahit beliau. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebalik nya dan pengajaran untuk semua. Walaupun beliau berkhidmat tidak lah sampai setahun di ofis, tetapi pengalaman yang ada pada beliau telah menjadi faktor yang mempercepatkan proses penyesuaian diri. Seolah-olah beliau juga mampu berdiri sebaris dengan otai-otai yang berada di ofis.
Apa yang membuatkan aku senang dengan beliau ialah sikap yang suka merendah diri. Terus terang aku katakan, beliau adalah seorang yang outspoken -main cakap lepas, tapi masih dalam nada bergurau. Namun, beliau bijak mengawal suasana, dan bersikap rendah diri dalam pelbagai situasi. Walaupun beliau seorang yang berjawatan tinggi (jika dibandingkan dengan aku lah...), tak pernah sekali pun beliau mencipta tembok yang membezakan status kami. Bukan aku sorang aje, teamate-teamate aku yang lain pun senang untuk bercakap,berbincang, atau meluahkan pendapat dengannya. Dan, beliau juga tak segan silu untuk bertanyakan sesuatu yang beliau tak faham atau sesuatu yang beliau tak tau tanpa mengira status jawatan.
Salah satu lagi sebab kenapa aku sangat-sangat merasai ketiadaan beliau di ofis nanti, adalah hilangnya keceriaan di dalam ofis. Sememangnya, beliau seorang yang sangat ceria atau 'Happy-Go-Lucky' person. Walaupun beliau mempunyai masalah-masalah besar, tetapi masih boleh tersenyum dan ketawa. Mungkin bagi orang-orang yang tidak mengenalinya akan melabel beliau sebagai seorang yang bahagia dan sentiasa bersenang hati. Tetapi, ia adalah sebaliknya.
Beliau juga adalah sumber rujukkan (selain K.Raf - sila rujuk 'Never Say Goodbye but Goodluck! Part 1'). Maklumlah, latar belakang pendidikkan aku bukanlah dari bidang IT atau Business. Maka, untuk term-term yang tertentu, aku suka dan senang untuk rujuk pada beliau. Aku akui, beliau bukanlah seorang yang kedekut ilmu dan kadang-kadang beliau sendiri suka memberi ilmu tanpa diminta.
Aku tau, beliau berat hati untuk meninggalkan kami semua tetapi beliau juga ada alasan tersendiri. Aku terpaksa redha dan menerima segala keputusan dengan hati yang tabah. Memang sedih bila mengenangkan saat kami (Aku + Beliau + Teamates) berkerjasama dalam menyiapkan satu-satu tugasan. Pelbagai kesusahan dan kesenangan dan pelbagai kisah pahit dan manis. Bila di kenangkan atau diceritakan semula, kami sama-sama ketawa.
Selagi dikurniakan akal fikiran yang waras dan sihat. InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat semua pesan-pesan dan kata-kata nasihat daripada beliau yang diberi samada secara lansung atau tak lansung. Aku akan merindui kehadiran beliau sebagai kawan, senior, sifu dan ofismate yang ceria. Aku tak nak ambil peduli tentang segelintir pandangan manusia terhadap beliau, kerana aku mengenali siapa beliau. Don't judge people by their outside personality but judge from their inside personality...(lebih kurang gini lah ayat nya)
Flashback- Selepas solat Isyak di ofis, aku dan Miss.D menghantar beliau dengan berjalan kaki sama-sama ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Ini adalah last (last sebagai rakan sekerja), kami bertiga berjalan kaki sama-sama ke situ. Sempat kami berdua memberi hadiah kepada beliau dan bersalam-salaman. Tak banyak bicara yang mampu aku ucapkan ketika itu, hanya menahan emosi yang semakin bergelora (cehwahh!). Tambah-tambah lagi, hari tu aku diserang selsema yang teruk, so tak boleh nak feeling sangat. Huhuhu....Walaupun, aku tak dapat wish (secara lisan) lebih-lebih untuk beliau, aku rasa dah cukup wishes yang aku dah tulis kat dalam kad ucapan yang aku lekatkan pada hadiah. Lagipun, aku ni bukanlah jenis yang suka meluahkan dengan kata-kata secara LIVE. Bak kata sang pujangga, 'Biar pena menceritakan segalanya' (Hehehe...)
Akhir kata, I don't wanna say Goodbye but Goodluck untuk masa depan beliau. Dan, semoga beliau dapat sesuaikan diri dengan suasana baru nanti serta berjaya di dunia dan akhirat. Aku juga berharap penganti tempat beliau (kekosongan jawatan beliau) adalah seorang yang merendah diri dan senang untuk aku berkongsi ilmu. InsyaAllah. Jutaan TERIMA KASIH juga untuk beliau di atas segala ilmu yang dicurahkan dan makan minum yang pernah dibelanjakan. Jazakallahu khairan.
I will miss her and hope we will meet again, InsyaAllah! Semoga perpisahan ini akan diberkati Allah SWT.
P/s: Walau, kau tiada disini, ku tetap ingat semua pesan mu ~ Lirik Patah Seribu by Shila Hamzah.

No comments:
Post a Comment