Sunday, September 18, 2011

Suasana Baru


Ni la lorong aku selalu lalu pagi-pagi utk naik bas gi keje...lorong ni aku gelarkan sbg 'Cat Street', sbb  bila lalu...kat sebelah kiri dan kanan boleh nampak kucing.Comei-comei plak tu...i will miss this place! 


Assalamualaikum/salam sejahtera,

Pejam celik pejam celik...dah separuh Syawal rupa nya. Ini bermakna, sudah semakin jauh kita meninggalkan Ramadhan yang mulia. Semoga dipertemukan lagi kita dengan nya. InsyaAllah!
Dan, sepanjang aku tak meng-update blog ni...ada bermacam2 hal yang perlu aku uruskan.
Suasana baru...
Ya, ini lah yang sedang berlaku didalam fasa kehidupan aku selepas Syawal ni. Perpindahan daripada sebuah kawasan yang mana disitulah aku mengenal dan menjalani kehidupan sebagai seorang remaja kini aku berhijrah ke sebuah kawasan yang asing. Mungkin tempat baru ini akan menjadi fasa yang perlu aku lalui sebagai orang dewasa.
Walaupun sedih utk meninggalkan TKP (shortform utk nama tempat tinggal lama aku tu...x yah la yer aku mention full name kat sini hehehe...) tapi, penghijrahan/perpindahan ni perlu! Atas banyak faktor, aku terpaksa bersetuju walaupun hati meronta-ronta...menjerit-jerit mengatakan "Jangann!!!!" Salah satu faktor nya, adalah faktor kerja. 
So, sekarang ni (di saat aku sedang menaip di blog ni) sudah genap seminggu aku menetap di tempat baru ni...shortform nye DT. Suasana kat sini amatlah berbeza dan asing buat aku. Sebab, sebelum ni, aku menetap di rumah teres..tiba-tiba kat sini kena tinggal dirumah flat..mau nya aku rasa janggal.Hurmm...terima aje lah seadanya..mungkin baru lagi....dan perlukan masa utk menyesuaikan diri. Bak kata pepatah, "Tak kenal, maka tak cinta" hehehe.....

Sebelum aku terima tempat baru ni-DT, ada beberapa faktor yang aku ambik kisah:
  1. Kewujudan dan kedudukkan masjid/ surau (Alhamdulillah, bila dah duduk sini bleh dengar azan dari segenap arah...depan,belakang,kiri..kanan...dgn pelbagai alunan...syukur!)
  2. Kemudahan seperti kedai runcit..pasar...public phone...mesin re-fill air...dan lain2. (Alhamdulillah, semua nya ada.....)
  3. Pejabat/Tempat pengurusan
  4. Suasana persekitaran (Setakat ni Okey la...cuma agak riuh ngan budak2....biase la tu..)
  5. Jarak dari rumah ke tempat kerja dan jalan-jalan shortcut.
Itu saja lah.....Sekian...

P/s: Semoga perpindahan ini diredhai dan diberkati Allah s.w.t~

No comments:

Post a Comment