As salam semua,
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin diatas segala kekhilafan diri. Bersyukur juga kepada Dia Yang Esa kerana menganugerahkan nikmat kegembiraan meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan menghadapi dugaan di Ramadhan Al-Mubarak yang lalu. Nikmat berkumpul-kumpul bersama-sama keluarga tercinta adalah nikmat paling berharga.Alhamdulillah!
Bersyukurlah kita kepadaNya...
Walaupun begitu, ketika Syawal diraikan ada saudara-mara yang telah pun pergi meninggalkan kita semua.
Al-Fatihah buat mereka.-Amin
Sebagai rakyat Malaysia, tak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-54. Bersyukur kerana dilahirkan di tanah Malaysia yang bebas dari peperangan dan bencana alam tidak seperti di Jepun,Indonesia dan Filipina....Alhamdulillah!
Okeylah,sekian saja untuk coretan ringkas kali ini. InsyaAllah, di lain masa akan disambung lagi coz' banyak lagi kisah-kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. (6_^)/
Raya! Raya! Raya! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment