Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari minggu yang kedua aku berada di tempat baru. Alhamdulillah! Segala nya Okey....(bersyukur je lah ape yg ada walaupun ada yg tak suka).Merujuk kepada tajuk diatas...Ya! mungkin akan ada lagi satu perubahan di dalam episod kehidupan aku. Ianya membuatkan aku menjadi serba salah..takut...tapi gembira jugak..hehehe..
Bunyi nyer macam org dilamar utk berkhawin pulak kan? Opss! Bukan ye...ni lain punya hal...Tetapi masih dlm konteks 'melamar'...Ape ek? hehehehehe...
Perubahan BAIK atau BURUK?
Alhamdulillah..perubahan yang bakal aku lalui tu baik. Cuma dari segi, kesan selepas perubahan tu lah yang membuatkan aku rasa takut..dan serba salah. Samada kesan yang baik atau buruk utk diri sendiri juga masa depan.
Lamaran!
Pertama kali aku dipanggil dan ungkapan lamaran yang bakal mengundang perubahan menerjah halwa telinga. Aku jadi tak keruan. Perasaan gembira tetapi pada masa yang sama di cuit dengan rasa serba salah. Serba salah bila aku memikirkan tentang kesan selepas itu jika aku menerima nya.
Tetapi, haruskah aku menolak???
Bingung!
Jika ditolak, aku akan di'cop' sebagai manusia yang takut akan perubahan untuk lebih maju, atau manusia yang penakut! Tiada keyakinan!
Jadi, kepada si pelamar juga sebagai orang tengah....aku hanya mengangguk lemah sedangkan hati kencang berhujah dengan perasaan.
Aduh....
Pengumuman....
Hanya beberapa hari lagi...si pelamar @ org tengah akan umumkan persetujuan aku (kata SETUJU) kepada yang lain-lain.Mengenangkan itu, aku semakin berdebar-debar. Ini bermakna episod kehidupan selepas ini akan lebih mencabar dan ada nya babak-babak baru.Itu lah yang aku sebutkan -PERUBAHAN!
Dan, sebaik saja diumumkan nanti. Maka, aku akan dibawa berjumpa secara terus dengan orang yang sebenar .Ah! Nervous-nervous....
Serius, ini tidak pernah aku impikan...tidak pernah terfikir. Apatah lagi, ini tersangatlah baru buat aku.
Ketentuan Dia
Mungkin ini yang telah direncanakan oleh Allah SWT kepada aku. Baik atau buruk terserah padaNya. Aku mampu mengatakan- "Ya, saya terima dan bersetuju" hanya kerana tidak mahu menjadi seorang manusia yang penakut akan perubahan untuk kemajuan hidup. Setidak-tidak nya, aku sedang mencuba dan berusaha ke arah lebih baik. Cuma doa aku panjatkan, agar segalanya akan berjalan dengan lancar.Dan, semoga dipermudahkan segala urusan.-Amin!
Monolog Diri
Namun,perasaan masih meluah kata resah nya."Aku takut...aku takut jika aku tak mampu melakukan nya. Mungkin ianya lebih sukar daripada sebelum ni...mungkin juga ini akan menjadi faktor utk kehilangan nya"
Hati menyampuk, "Kita cuba lah dulu. Orang yang BERJAYA adalah orang yang berani menghadapi segala risiko. Dan orang yang GAGAL, adalah orang yang tidak mahu melakukan apa-apa dan takut hadapi risiko"
Sekian~
P/s: Akan diceritakan nanti tentang 'Apakah lamaran itu?'-InsyaAllah
No comments:
Post a Comment