Thursday, June 23, 2011

mOod menulis Oh! MoOd mEnulis

As salam buat kalian,




Baru-baru ni entah kenapa aku terasa ingin meneruskan hobi feveret aku iaitu 'menulis novel'. Novel yang aku tulis ni bukan la sama level dengan novel-novel 'Andai itu Takdirnya','Cinta Itu Milik Kita','Cinta Kau Dan Aku' dan bla....bla...bla...SEBAB! novel yang ditulis dan dikarang oleh aku tu belum di komersial kan lagi. Aku hanya suka menulis kemudian aku sendiri yang baca. Kalau nak tau, dah lebih dari 10 citer aku tulis. Eh! Aku bukan menulis dengan cara menaip guna MS Word tau...aku tulis pakai pen dan kertas. Kalau zaman sekolah dulu, boleh dikatakan setiap minggu kena beli pen baru dan buku  latihan sekolah yang kulit dia warna coklat tu akan jadi mangsa mata pen aku.Ha-ha!


Pernah gak kawan-kawan aku tanya, " Macamana kau bleh tulis novel haa?" Ha-ha..entah la. Aku pun xtau macamana la aku bleh ada bakat menulis novel. Nak kata aku ni minah jiwang bunga-bunga...org kata aku ni brutal! ceh...Nak kata masa aku menulis tu dalam hati ada taman...huh! celah mana taman....semak samun ade lah...Entah la wei..susah aku nak explain mcmana aku bleh reti nak menulis novel. Yang aku tau, idea-idea yang aku dapat tu, melalui 'daily observation' dan kadang-kadang idea tu datang melalui pengalaman atau kisah hidup orang-orang sekeliling cuma aku akan ubahkan sikit supaya nampak lebih gempak la...ceh! Bukan senang tau! Setiap satu 'scene' atau babak dalam satu cerita tu ada pulak cabang-cabang nyer...kalau tak bercabang-cabang tu bukan novel nama nya....itu boleh dikatakan cerpen. Sebab,kalau cerpen jalan cerita nya direct dan tak panjang. Ni hanya pendapat aku la...pendapat korang aku tak tau la mcamana kan...


Okey,kalau dirujuk kepada tajuk penulisan blog aku kali ni...bunyi mcam aku tengah tak ada mood nak menulis kan? Tapi rajin pulak aku dok menulis kat dalam blog underground aku nie.Huh...
Memang pun..aku akui...mood untuk menulis novel dah kurang...kadang-kadang aku mcm memaksa diri sendiri pulak...tapi aku rindu nak memulakan nya. Dan, tiba-tiba terasa nak komersial kan kisah-kisah hasil karangan aku tu...ada yg dah berhabuk dah pun...InsyaAllah, aku akan cuba untuk merealisasikan impian cinonet untuk meng'komersial'kan (ayat ni kalau aku guna dlm penulisan novel aku tu confirm! kene reject ngan Dewan Bahasa Dan Pustaka) novel aku yang tak seberapa tu. Terima kasih lah kepada kawan-kawan yang pernah mengikuti kisah-kisah hasil karangan aku tu dan komen-komen..serta kritikan-kritikan yang membina....terima kasih juga kepada yang bagi support untuk aku komersial kan kisah-kisah hasil karangan aku tuh....InsyaAllah~ semoga aku kuat semangat untuk terus berkarya...walaupun aku budak baru belajar dan masih layak digelar 'penulis amatur' dalam bidang penulisan nie.(Wahh....mcm teks ucapan pemenang anugerah Berita Harian)
MoOd Oh! mOoD (-0_0-)




P/s : " Aku sebenarnya malu nak kasi orang baca...he-he-he...sebab, bila aku bandingkan novel cikai-tak-komersial  aku tu ngan novel-novel yang dah berlambak kat kedai-kedai mahupun pasar malam tu...aku rasa macam aku budak baru nak belajar Bahasa Melayu  darjah 1. Serius! "


TAPI: " Aku akan cuba gak...demi korang-korang (ceh! mcm ramai jek) Just wait n see..myfren!" InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment