As salam buat kalian semua,
Sepi seketika daripada penulisan di layar blog ni bukan bermakna ingin berhenti menulis untuk berkongsi rasa kehidupan. Cuma hati yang kurang senang kerana dijangkti penyakit 'gundah-gulana'.
Baru aje semalam, aku diberitahu tentang seorang sahabat ku bakal membina Baitul Ummah. Ianya agak mengejutkan sebab aku dimaklumkan jangka masa untuk ke arah itu masih panjang lagi. Tup-tup...awal tahun depan pula.
Ya! Aku patut rasa bersyukur kerana mereka akan melaksanakan salah satu kewajipan dan ianya mencegah daripada fitnah dan maksiat. Cuma di sini, sebagai seorang manusia yang normal, yang mempunyai akal fikiran serta emosi akan merasai seribu satu macam rasa. Malah, jika tidak dikawal akan dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif dan termakan godaan syaitan laknatullah!
Kenapa jiwa, hati dan perasaan ini berasa sedih ye?
Jawapan nya, aku masih tidak percaya dan masih dalam emosi terkejut dek keputusan sahabatku yg secara tiba-tiba itu. Al-maklum lah, kami dah berkawan lama...lebih kurang 9 tahun! Dah anggap macam adik beradik dah...Ape tak nya, sejak dari skolah berasrama penuh sampai lah masing-masing dah ada kerjaya sendiri, kami masih lagi stick together..orang pun dah jemu agak nya tengok kami berdua. Macam belangkas! Ta-pi, sejak kami menuju ke alam kedewasaan ni, no more macam belangkas. Kami sudah mula memberi ruang di antara satu sama lain.Mula menuju haluan hidup masing-masing dan mencari peneman perjalanan. Alhamdulillah, harapan aku untuk sahabat aku tu supaya mendapatkan peneman nya dulu dh pun berjaya...walaupun aku masih lagi mengemudi kehidupan ini seorang diri. Ini lah hakikat...ya! hakikat yg perlu aku terima. Kesedihan yang aku rasai pabila mendengar berita yg disampaikan nya tu berpunca daripada akal fikiran yang bermain-main dengan perasaan. Aku mulai takut akan perhubungan kami yg mungkin tidak serapat dulu..takut juga dia akan melupakan aku nanti. Ini juga berlaku, dek kerana kebergantungan aku kepada nya.Ya, mgkin selepas ni aku perlu berdiri di atas kaki sendiri.
Bila difikirkan semula secara sedar dan positif, apa hak aku untuk menghalang nya? Sedangkan perkhawinan itu adalah tuntuan agama.Dan aku tertarik dengan 1 perkataan yang aku jumpa dalam sebuah artikel iaitu "Uhibbuki Fillah"-Aku mencintai nya kerana Allah. Maksud nya kat sini, sesiapa pun di dunia ni walaupun sahabat kita sendiri mereka adalah milik Allah s.w.t, maka kita tiada hak sepenuh nya ke atas mereka. Hanya doa mampu di lafazkan supaya mereka sentiasa berada di dalam rahmatNya. Suka atau tak, itu hak kita tetapi untuk mencampuri urusan Nya, kita TIADA HAK! Sesungguhnya, Allah swt itu lebih tahu apa yang kita ketahui...dan Dia tahu setiap apa yang diaturkan nya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya. Samada hikmah tu untuk orang2 disekeliling kita atau sebagai muhasabah untuk diri kita sendiri.
Memang pada mula nya, aku teramat ralat. Rasa macam di alam mimpi. Dan segera memikirkan tentang Bagaimana nasib aku pada masa akan datang selepas sahabat ku itu berada di haluan nya sendiri bersama peneman hidup yang dipilih.Aku? Bagaimana? Tentu ada had pertemuan di antara kami....
Aduhai jiwa,hati dan fikiran....bertenang lah! Masih ada ramai lagi manusia di luar sana. Dia berkhawin bukan bermakna mencipta perpisahan dengan mu.Dan suatu hari nanti, dengan izinNya, kamu juga akan seperti dia. Bersabar lah! Bertenang lah! (Pujuk akal positif)
Tapi aku masih merasa kesedihan tu walaupun sedikit...biasalah manusia....
Ada satu coretan kata yg aku suka (juga di ambil dr artikel yang sama) :-
Di jalan Allah,Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yg mengetahui segala rahsia,Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,Semuanya kerana Allah,Sungguh,Bukan kerana selain daripada-Nya.....
Sahabat, apa yang mampu aku ucapkan walaupun hati,jiwa & perasaan ini masih kurang sihat akibat diserang penyakit 'gundah-gulana' :-
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Diharap keputusan yang di buat adalah keputusan yang terbaik, iaitu keputusan yang di redhai Allah swt dan keputusan yang di putuskan kerana Nya bukan kerana dunia dan menghalalkan nafsu semata. InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment