As salam kalian,
Sebelum aku mengadap skrin komputer untuk menaip setiap baris kata di laman blog 'underground' aku ni. Aku baru aje lepas membaca buku seorang penulis yang menjadi sumber inspirasi. Beliau bukan lah sasterawan, bukan juga penulis hebat, juga bukan seorang karyawan....beliau adalah seorang Doktor dan seorang Angkaswan Pertama Malaysia! Beliau adalah Dr.Sheikh Muszphar Shukor dengan hasil penulisan nya (juga merupakan diari sepanjang beliau mengikuti program angkasa sehingga lah berjaya pulang dari ISS) - KEMBARA KE ANGKASA (KKA) atau dalam versi English -JOURNEY TO THE SPACE. Baiklah, aku akan menceritakan serba sedikit tetang buku tersebut. Buku KKA tu aku beli di Pameran Buku Antarabangsa yang berlansung di PWTC. Masih aku ingat lagi tarikh aku menjumpai buku KKA pada 1.Mei.2011 dan tanpa berfikir panjang terus aje aku membuat pembayaran di kaunter. Perasaan masa tu memang excited sangat-sangat, sebab tujuan utama nya aku menjejakkan kaki ke pameran yang menyesakkan tu adalah semata-mata nak mendapatkan buku KKA. Pada mula nya aku dah kepenatan memandangkan ruang legar pameran tu agak besar dan tambah-tambah pulak orang terrrrrrr lalu ramai. Entah macam mana, sebelum balik hati tergerak untuk menjenguk booth-booth yg ada di sebuah ruang legar yang belum aku jejak lagi. Aku berjalan sambil memandang ke setiap rak-rak buku dengan harapan aku akan menjumpai buku KKA hasil penulisan Dr. SMS ni...tiba di booth MPH. Sekali lagi hati tergerak untuk mencari buku KKA kat situ. Aku berjalan hingga ke bahagian belakang dan cuba menjenguk ke arah sebuah rak yang terletak dihujung. Alhamdulillah! Akhirnya aku mampu tersenyum puas! Buku tersebut ada dua versi..satu versi BM, satu lagi versi English. Memandangkan aku ni bukan la pro sangat bahasa English, so...aku pun terus aje mencapai buku versi BM yang bertajuk KEMBARA KE ANGKASA (KKA) dan terus membuat pembayaran di kauter. Abah yang masa tu setia mengikuti aku, hanya mengeleng-gelengkan kepala. Itu bukan tanda nya dia memprotes, tapi meng-iyakan ke-obsesan (ayat imbuhan salah ni,jgn tiru ye) aku pada Dr.SMS dengan buku-buku nya. Sebelum ni aku dah dapatkan buku yg bertajuk 'Reaching To The Star' versi English. Buku tu turut ditulis oleh arwah adik kesayangan beliau -Ajil. Memang mereka bukan lah sasterawan mahupun penulis hebat. Tapi kerana keikhlasan dan kejujuran dalam setiap hasil penulisan mereka membuatkan aku menitik air mata lebih-lebih lagi bila membaca buku yg bertajuk 'Reaching To The Star' tu.Huhuhu~
Okey lah, back to KKA. Buku yang bermuka surat sebanyak 304 m/s tu hingga hari ini aku baru je membaca sebanyak 166 m/s.Tak sampai separuh pun lagi...huhu...bukan kerana buku tu membosankan. Tapi keletihan dan mOod yg menjadi faktor penghalang. Kadang-kadang bila tengah syok-syok membaca...feel mengantuk mulalah menjalankan operasi nya. Maka, tergendalah lagi mood utk meneruskan pembacaan yang tak sampai 2 muka surat.Huhuhu..very bad!
Apa yang menarik tentang buku KKA ni adalah penceritaan nya yang menampakkan keikhlasan dan kejujuran penulis-Dr.SMS. Beliau bercerita seolah-olah sedang berbicara dengan kita. Penulisan nya yg bersungguh-sungguh membuatkan aku terasa seperti sedang mengikuti nya ketika program angkasa. Memang dapat dirasakan semua jenis mood yang ditunjukkan melalui bahasa penulisan. Mood sedih,mood gembira, mood keletihan,mood ceria...dalam bahasa ringkas, penulisan beliau memberi satu aura yang positif kpd setiap pembaca nya.
DR.SMS- aku memang mengkagumi nya bukan kerana dia handsome semata-mata tapi intelligence dan seorang yang sangat brilliant dalam setiap apa yang beliau lakukan. Aku suka bila beliau menyatakan tentang semangat dan cita-cita. Pemikiran dan pandangan nya berkenaan cita-cita hampir sama dengan perspektif aku suatu ketika dahulu. Ketika membaca buku KKA tu, aku dapat rasakan bahawa ada sesuatu dalam diri aku yang telah lama hilang tanpa aku sedar. Sesuatu yang sangat berguna jika aku masih menjaga nya dengan baik. Dan jika masih ada, aku tidak akan menjadi seperti sekarang, hidup tanpa arah tujuan yang tak pasti. Sesuatu yang aku jumpa dalam buku KKA tu adalah 'semangat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang diimpikan' - Itulah sesuatu yang telah lama hilang dalam diri aku. Sebab tu aku menjadi seperti sekarang walaupun sentiasa dibayangi oleh cita-cita dan impian yang tinggi melangit tu! Huh....
Penulisan beliau juga mengingatkan aku tentang diri sendiri yang pernah bercita-cita menjadi seorang angkasawati pertama negara.Ceh! Bila teringatkan itu, aku hanya mampu ketawa terkekek-kekek. Jika hendak dibandingkan kelayakkan aku dan Dr.SMS atau pun Miss Vanajah (salah seorang kandidat perempuan yang tercalon bersama 3 orang lagi lelaki iaitu - Dr.SMS,Dr.Faiz,Mr.Faiz (juruterbang) didalam Program Angkasa Negara- mereka adalah 4 calon yang terpilih daripada 11,425 penyertaan! Bravo!) memang seperti planet Pluto dan planet Utarid. Walaupun mcmtu, aku tetap bagi sokongan pada program ni dan berharap sangat suatu hari nanti dapat berjumpa face-to-face with them. Sebab..mereka adalah golongan orang-orang yang optimistik dan positif.
Setakat ni aku baru je habis membaca tak sampai separuh muka surat. Masih banyak lagi pengalaman Dr.SMS yang belum diketahui. Masih banyak cerita beliau untuk dikongsi. Secara jujur nya, buku ni membuat kan aku teringat akan diri sendiri yang dulu nya seorang yang optimis dan positif berbanding sekarang aku adalah seorang yang sentiasa berfikiran negatif dan masih hidup dalam kenangan.Very bad....kan? Aku dulu nya yang ceria dan aktif sekarang seorang yang hampir pasif dan kerap moody. Dahulu nya seorang yang penuh bersemangat kini menjadi seorang yang mudah putus asa..sikit-sikit..MALAS! MALAS! MALAS! sebab tu la jadi macam ni. Kalau dulu ditanya tentang cita-cita, setebal 500 muka surat pun aku boleh karangkan. Sekarang, sebaris perkataan belum tentu! Bila aku membaca KKA ni, ia membuatkan aku ingin kembali pada beberapa tahun yang telah berlalu. Aku ingin memperbetulkan semua yang salah. Zaman yang penuh penyesalan adalah di zaman aku ingin mendapatkan segulung Diploma. Tak tahu ke aku dengan segulung Diploma tu aku boleh melangkah lebih jauh? dan tak mustahil jika 'semangat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang diimpikan' tu masih aku jaga...InsyaAllah, aku boleh menjadi salah seorang daripada mereka-mereka yang berjaya? dan tak mustahil jugak kalau diizinkan Allah swt, jika ada program pemilihan ke angkasa kali kedua... aku pun boleh join sekali. Kan? (Wahh..tinggi ke angkasa harapan kau yer - monolog dalam diri) Tapi, entah lah...mungkin masa tu dipengaruhi oleh pesekitaran sekeliling. Salah satu nya pergaulan..tak pun cara pemikiran atau kurang kesedaran..atau lupa diri! Seribu satu macam penyesalan..tapi nasi dah menjadi bubur. Segulung Diploma hanya disimpan seperti kenangan (kerana value nya kurang memuaskan -aku yg tak berpuas hati dgn diri sendiri) .Sebab tu aku selalu ingatkan pada adik-adik supaya belajar sungguh-sungguh dan jangan fikirkan apa orang kata. Ayat ni aku selalu sebut pada diorang," Biar orang kata kita miskin harta, sekurang-kurang nya kita kaya dengan ilmu,"
Aku redha dengan apa yang dah berlaku dan aku tak menyalahkan takdir. Sebab yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk tu adalah daripada diri kita sendiri. Macam Ex-Boss aku pernah cakap, yang membezakan manusia adalah AKAL! kalau berakal sudah tentu individu tu mampu memikirkan tentang agama nya dan memilih yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Dan sekarang, baru aku sedar. Kesilapan dalam pengurusan akal juga membuatkan aku hilang segala fokus untuk mencapai impian dan bersikap sambil lewa. Jika selepas ini, aku diberi peluang seterusnya, InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik dengan menjadikan sikap dan cara pengurusan akal Dr.Sheikh Muszapahar Shukor sebagai sumber inspirasi.
I'm proud of him! Dia telah merealisasikan impian aku yang setinggi ke angkasa tu. (^_^)/
Okey lah, setakat ni aje yang boleh aku coretkan tentang buku feveret -KEMBARA KE ANGKASA. InsyaAllah akan ada PART II iaitu selepas aku selesai membaca keseluruhan nya. Aku akan share' kan bagaimana rasa aura positif hasil pembacaan dari penulisan oleh seseorang yang positif. -Dia bukan sasterawan, dia bukan karyawan, tetapi dia adalah seorang ANGKASAWAN!
P/s: Aku tau korang dapat rasa perbezaan penulisan kali ni kan? Nampak lebih skema walaupun di campur adukkan dengan penggunaan bahasa-bahasa 'pasar' (perosak bahasa ni). Haaa! tu la kesan nya lepas membaca buku KKA tu..(lagipun aku tengah dalam mood menulis novel, so pratice makes perfect kan?Hehehehe) Korang apa lagi??? Kalau nak jadi positif boleh la try baca buku tu. If u dare..u get it!
" Baru sikit je aku baca but dah ada kata kata semangat dia yang buat kita pun turut sama merasa. Dan buat kita lebih yakin menggapai cita cita kita. Seronok sangat~" Ni salah satu ayat contoh dari salah satu blog yang aku TER-jumpa.You see...betapa BAGUS nyer buku KKA tu. Bukan aku je yang teruja...hermm~
![]() |
He's the man! |
No comments:
Post a Comment