Tuesday, July 31, 2012

PUASA & BONUS!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


الحمد لله Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang kepada diri ini dan kita semua menikmati bulan yang penuh dengan barakah ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~
Seperti yang kita ketahui, bulan yang mulia ini adalah sebaik-baik bulan. Kerana bulan inilah kita dapat menambah atau 'topup' amalan dan iman kita.

Namun, amat menyedihkan dan menghairankan apabila kedengaran lagu-lagu raya mula dipasang dikedai-kedai walaupun Ramadhan belum pun sampai seminggu. MasyaAllah! Apakah mereka-mereka ini lebih mementingkan keseronokkan daripada mendapatkan ganjaran-ganjaran yang Allah SWT janjikan? 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


[Riwayat Bukhari & Muslim]

Kenapa perlu tergesa-gesa hendak menyambut raya? Kenapa tidak kita rebutkan untuk menambah amal dibulan yang mana Allah SWT menutup pintu-pintu neraka dan dibukakan pintu-pintu syurga? Dan bulan dimana musuh utama kita 'syaitan' diikat? Kalau kita sibuk bertanyakan bonus raya...kenapa kita tak sibukkan diri untuk dapatkan bonus yang berlipat kali ganda yang Allah SWT bagi? Bonus akhirat depan mata ni...perbanyakkanlah amalan dan recharge semula iman. 


Rasulullah SAW bersabda : Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakam pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka"  
[HR. Ahmad]

Allah SWT itu Maha Penyayang. Allah sayangkan kita hambaNya. Allah bagi kita satu bulan untuk kita topup dan recharge iman. Allah nak bagi kita kumpul pahala banyak-banyak untuk masuk ke syurgaNya. Subhanallah. Allah Maha Penyayang Maha Pemurah.

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari kiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: "Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

[Bukhari & Muslim]
Hari raya itu hari kemenangan bagi orang-orang yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan mendapat 'taqwa' dan kemanisan iman dipenghujungnya. Jadi, mari kita sibukkan diri dengan menambah amal dan tingkatkan iman. Kutip lah sebanyak mana bonus yang Allah SWT bagi pada kita. Apalah sangat bonus dunia jika hendak dibandingkan dengan bonus akhirat ni? Bonus dunia, kalau kita salah guna, jiwa jadi gundah gulana dan akhirnya merana. Tapi, bonus akhirat kalau kita kumpul banyak-banyak boleh bawa kita ke syurga Allah dan bahagia selamanya di sana. InsyaAllah. Jadi, pilihlah...yang mana kita nak utamakan? Puasa ATAU sambutan Raya? Bonus dunia ATAU Bonus akhirat? Syurga ATAU Neraka? Pilih-pilih-pilih!

Gunakan sebulan yang penuh ganjaran ini dengan sebaik mungkin. RUGI! siapa yang melepaskan bulan Ramadhan ini berlalu begitu saja tanpa merasai kemanisan iman dihati.
Wallahua'alam~



Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala)
 di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

[Riwayat al-Bukhari]



Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. 
[QS. Al-Baqarah : 183]

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




Sunday, June 10, 2012

A One Moment To Remember




Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah! Kerana Allah SWT memberi kudrat dan kesihatan  yang baik untuk menulis sedikit perkongsian cerita di ruangan sepi ini  serta mempermudahkan segala urusan untuk hadirkan diri ke program- 'A One Moment To Remember' gandingan panelis terkenal iaitu Wardina Safiyyah dan Oki Setiana Dewi (OSD). Jujur aku katakan, ini adalah tiket program ilmiah yang PERTAMA aku BELI!! sepanjang aku hidup ni. Oh...betapa teruknya diri ini. Huhu..

Dan, ini adalah program PERTAMA yang pernah aku join yang mana hadirin majoritinya perempuan! Tapi tak adalah 100% perempuan memandangkan juruteknik event ni terdiri daripada orang-orang lelaki. See...lelaki juga diperlukan untuk bahagian teknikal sebabnya, tiada or jarang ada perempuan yang mahir dalam bidang teknikal kan??

Beginilah suasananya nya. Ni hanya dibahagian hadapan.



Disebabkan rasa teruja, jadi aku berbesar hati untuk kongsikan beberapa 'moment' dan output daripada program yang diadakan semalam. Pertama sekali, aku suka gimik diawal permulaan program ni...mana tak nya, ramai hadirin yang 'frust' bila MC kata 'minta bersabar kerana ada masalah sedikit di belakang pentas dan panelis belum bersedia untuk keluar' (lebih kurang beginilah ayatnya..hehe) 

"Alaaa..."         " Hmmmm.." (mengeluh)       "Biar betul...alaaa..." (yang ni skrip aku..hehe)



Memang terdengar lah keluh kesah daripada para hadirin. Dah la lama menunggu, tiba-tiba kena tunggu lagi. (Kisah tersirat: program sepatutnya start pukul 8.00 pm, tapi pukul 9.00 pm belum start lagi)

Lepas tu, MC sambung lagi, "Ada sesiapa yang nak buat persembahan sementara menunggu panelis kita?"


Semua orang pun memandang sesama sendiri. "Kalau ada, boleh la naik ke pentas," tambah MC lagi.

Semakin meliarlah pandangan hadirin memandang sekeliling. Aku pun tak terkecuali. Dalam hati dok berbisik, 'Ade ke orang nak buat persembahan?'

Tiba-tiba terdengar MC bersuara," Haa...tu ada pun yang nak buat persembahan. Sila naik ke pentas"

Masa pengumuman tu, semua pandang ke arah belakang dewan. Kelihatan berdirinya seorang muslimah yang memakai jubah hijau dan niqab berwarna hitam sambil mengangkat tangannya. Dengan penuh sopan dan berani  dia melangkah ke hadapan dewan. Kelihatan juga dia membawa sebuah buku kecil ditangan. Di dalam hati aku membuat pengiraan sendiri,' Mesti dia nak baca Al-Quran..."

Setibanya dia dibahagian hadapan dewan, dia tak terus naik ke pentas. Dia berdiri dihadapan meja yang mana tereletaknya projector dan laptop penganjur. Masa ni, ramai hadirin yang soh-seh soh-seh sesama sendiri. Agaknya diorang pun membuat pengiraan sendiri sama macam aku. Tapi, melihatkan keperibadian muslimah tersebut, aku semacam dapat mengagak 'siapakah yang berselindung disebalik niqab itu'.

 Jeng! Jeng! Jeng!


TADAAA! Mbak OKI rupanya!


'Subhanallah' ini sajalah lafaz yang mampu aku ucapkan masa tu. Terharu sebab dapat tengok beliau secara 'live' bukan lagi didalam buku atau majalah. Alhamdulillah! Dengan munculnya OSD ni telah mengembirakan hati kami para hadirin. Segala rasa penat menunggu atau mengantuk hilang sama sekali! Kemudian, bergemalah alunan puisi OSD diiringi dengan instrumental lagu 'Ketika Cinta Bertasbih'. Subhanallah...sangat menyentuh hati dan menusuk kalbu....lunak suaranya, indah bahasanya. Dialah pemuisi antara yang terhebat!


Setelah selesai segalanya, setelah mbak Oki duduk di kerusinya...MC terus berbicara (Eh...tiba-tiba mod bahasa bertukar slang Indonesia pulak..hehe..tukar, tukar..). MC pun berkata lagi dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya, " Dimana ya panelis kita yang seterusnya? Dimana ya Kak Wardina kita?"  Tiba-tiba bergemalah satu suara yang lembut mengalunkan ayat-ayat Allah di dalam Surah An-Naziat. Suara bacaan itu diselangi dengan suara bacaan seorang kanak-kanak. (Hehehe...aku dah dapat mengagak dah siapa gerangan empunya suara) Rasanya, ramai hadirin pun dah kenal suara bacaan ni. Masing-masing terdiam bagi menghayati alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran itu. Selang beberapa minit, munculah salah seorang idola aku iaitu..... 









TADAAA! Sis Wardina Safiyyah!

Aku terperasan, ayat pertama yang keluar dari mulut aku bila munculnya kak Wardina adalah "Subhanallah!" Jujur aku katakan, itu adalah ayat spontan! See...betapa kagumnya aku dengan keindahan wajah Kak Wardina. Beliau memang cantiiiikkkk sangat. Terpancar Nur solehah diwajahnya. Benarlah kata cerdik pandai, orang yang cantik hatinya, maka keseluruhan dirinya juga akan turut dipandang cantik. Beliau muncul dari belakang dewan bersama dengan anak sulungnya Amna. Maka, suara kanak-kanak tadi adalah suara anak sulung beliau. Subhanallah....lancar bacaanya. Semoga Amna juga menjadi seperti ibunya. InsyaAllah. So, sekarang sudah lengkaplah program dengan hadirnya dua tetamu kehormat yang sangat dinanti-nantikan oleh kami para hadirin. Aku pun mula membetulkan posisi duduk dan mula fokus! (Cehh..)

MC memberitahu kami, bahawa program ada 3 pusingan.

Pusingan pertama- Oki Setiana Dewi

Beliau memulakan intro dengan berkongsi cerita tentang dirinya dan kisah hidupnya. Part yang menarik ketika beliau mula bercerita tentang 'bagaimana bermulanya  beliau  memakai hijab dan apa rintangan ketika itu'. Terlalu panjang untuk aku berkongsi cerita beliau disini. (InsyaAllah, nanti aku akan kongsikan pada 'post' yang lain- khas untuk buku beliau yang bertajuk 'Melukis Pelangi'.) Setelah mendengar beliau berbicara, barulah aku tahu bahawa muslimah solehah ni kelakar juga orangnya. Tuturnya bisa membuat orang-orang mendengar tertawa sama sekali..tetapi lucunya masih bisa memberi manfaat kepada orang disekeliling. ( Ah! Sudah! Mod dah bertukar semula ke slang Indonesia...tak mengapakan? Bisa? Hehehe) Dari cerita beliau, ternyata beliau juga seorang yang mengejar dunia glamor. Ketika berusia 4 tahun, beliau sudah bercita-cita mahu menjadi artis. Beliau mahu menjadi terkenal. 

"Kamu mahu jadi apa bila dewasa nanti?" kata OSD meneruskan penceritaannya.
"Kebanyakkan orang bisa menjawab, saya mahu jadi doktor. Tetapi bila orang menanyakan kepada saya, 'kamu mahu jadi apa oki?' saya menjawab, 'Oki mahu jadi artis!'" 

Mendengarkan itu, ramai hadirin ketawa. Kemudian Oki menyambung ceritanya. Cerita bagaimana beliau berangan-angan menjadi seorang artis terkenal. Yang paling kelakar, bila beliau menceritakan tentang bagaimana terujanya beliau untuk menjadi artis sehinggakan orang yang sedang mengukur jalan disangkanya orang sedang mengambil gambar. Maka, (beliau ketika itu masih kanak-kanak) beliau ber-posing sakanlah didepan kamera pengukur jalan tu. Disebabkan imaginasi aku tinggi, tergelak sakanlah aku membayangkan senario Oki masa kejadian tu. Tak sangka keterujaannya sampai tahap itu. Hahaha....

Beberapa tahun kemudian, impian beliau tercapai setelah berhijrah ke Jakarta. Beliau berjaya menjadi seorang artis yang mana ketika itu belum lagi memakai hijab. Menurut OSD, beliau mula memakai hijab ketika beliau bernazar untuk ibunya yang sakit kerana menghidap penyakit kulit yang serius. Beliau juga pada ketika itu, bukanlah dari keluarga yang kaya-raya atau keluarga yang senang. Ketika itulah, hidayah Allah datang menyapa. Beliau bermula dengan bersangka baik kepada Allah dan amat yakin dengan kuasa Allah untuk menyembuhkan ibunya. Alhamdulillah, pada hari kedua beliau memakai hijab, beliau menerima sumbangan untuk membiayai perubatan ibu beliau. Dengan izin Allah, ibunya sembuh.  Subhanallah, lihatlah hikmah dari cerita Oki. Hanya dengan bersangka baik kepada Allah...Oki mendapat hidayah dan ibunya sembuh. Firman Allah :

 “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
                                                      [Surah Al-Baqarah, ayat : 286]




Dan, begitulah seterusnya sehingga beliau terpilih dalam satu audition untuk melakonkan salah satu watak utama dalam movie 'Ketika Cinta Bertasbih'. Ini telah membuatkan beliau berjaya membuktikan kepada orang-orang yang pernah mengutuknya ketika diawal beliau memakai hijab...bahawa dengan berhijab beliau juga mampu menjadi terkenal. Kerana bagi beliau, rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Jadi, itu sajalah kisah OSD yang boleh dijadikan iktibar dan bermanfaat kepada diri kita.



Rasulullah S.A.W bersabda: "Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar bertawakal, tentu Dia akan memberimu rezeki, sebagaimana memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi lapar dan waktu petang kenyang." 

[Sumber: Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub oleh Imam Al-Ghazali]

P/s: Untuk selanjutnya, bolehlah dapatkan buku beliau 'Melukis Pelangi' & 'Melakar Pelangi' dipasaran yer.


Buku ni je yang mampu aku beli....tak bawak duit lebih nak beli buku 'Melakar Pelangi'. Huhu....


Pusingan Kedua - Wardina Safiyyah

Kak Dina kalau dapat mikrofon memang susah nak berhenti dari memegangnya. So, aku terpaksa ringkaskan perkongsian tentang beliau. Sesi beliau dimulakan dengan tayangan video ringkas tentang kisah hidupnya (timeline pic). Habis je tayangan video tu, kelihatan K.Dina menyeka air matanya. Sempat lagi dia berkata, "K.Dina memang emotional sikit kalau benda-benda macam ni." Hehe....jujurnya K.Dina nie...

Kemudian beliau menyambung sesinya. Sesinya bermula tak sama dengan OSD, K.Dina tidak menceritakan bagaimana beliau bermula dengan memakai hijab. Sebab, kata beliau,"...rasanya semua orang kat Malaysia ni dah tau cerita tentang Wardina" (lebih kurang ginilah maksudnya). 'Rasanya...memang pun' Jawab aku sekadar didalam hati. Hehehe...Tambah K.Dina lagi, "....kalau sesiapa nak tau, boleh tengok You Tube 'Ini Kisah Ku' yer.. " Selorohnya sambil ketawa.

Jadi, beliau teruskan sesi dengan berkongsi pendapat tentang buku yang sedang dibacanya iaitu 'Idol Muslimah' (kalau tak silap la..). K.Dina ada menceritakan tentang betapa pentingnya wanita dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Beliau juga menyenaraikan antara sumbangan wanita-wanita muslimah yang patut kita banggakan dan membuktikan bahawa wanita juga mampu memberi sesuatu kepada dunia.

K.Dina menambah lagi dengan berkongsi pula video tentang 'Bagaimana masyarakat Israel mampu berjaya dalam kehidupan mereka'. Kata beliau, masyarakat Israel sangat mengambil berat tentang Keluarga & Pendidikkan. It's means...mereka mengutamakan keluarga dan sangat mementingkan ilmu. Kerana ciri-ciri inilah mereka mampu menyaingi masyarakat Islam yang kebanyakkannya lalai dan leka dengan hiburan, dengan gosip, dengan mengumpat sana-sini..dengan hal-hal yang tak mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Yang paling buruk, masyarakat Islam sendiri mahu menjatuhkan sesama sendiri! You see and think! Macamana masyarakat Islam nak berjaya kalau fenomena ini yang berlaku?? Kata K.Dina lagi, selepas beliau menonton video ni (video yg ditayangkan tapi tak keseluruhannya...sebab panjang) beliau susah nak tidur sebab terlalu memikirkan tentang permasalahan ummah. Dia menjadi takut dan bimbang dengan kekuatan masyarakat Islam itu sendiri. Kerana itulah, sebelum berakhirnya sesi beliau, K.Dina menegaskan bahawa ilmu itu PENTING! Dan, jadilah seorang muslimah yang luar biasa jangan jadi yang biasa-biasa saja...jadilah diantara muslimah yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan dunia. K.Dina ada memberikan contoh beberapa tokoh wanita muslimah yang hebat yang boleh dijadikan idola iaitu, Siti Khadijah r.a (the great business women and good counselor), Siti Aisyah r.a (seorang ilmuan terbilang) dan Siti Fatimah Az-Zahra r.a (seorang yang berperketi mulia dan paling sabar). Ketiga-tiga tokoh inilah yang menjadi sumber inspirasi K.Dina dan berharap agar para muslimah sekalian dapat mencontohi keperibadian ketiga-tiga tokoh hebat ini.



Sesi Ketiga - Soal Jawab Hadirin Kepada Panelis

Memandangkan masa sangatlah mencemburui kami. Maka, terpaksalah MC menghadkan soalan yang diajukan. Aku akan senaraikan beberapa soalan yang masih lekat dikotak fikiran (mungkin ayatnya tak sama, tapi maksudnya mungkin sama. InsyaAllah). 

Antara soalan-soalan yang ditanya:

  1. Bagaimanakah untuk mengekalkan rasa ikhlas ketika menyampaikan dakwah atau berkongsi ilmu?
  2. Bagaimana untuk membahagikan masa sebagai seorang ibu bekerjaya?
  3. Bagaimana cara yang baik untuk menyampaikan dakwah?
  4. Apa pendapat tentang muslimah yang menyertai organisasi ketenteraan memandangkan terdapat beberapa hal yang memaksa muslimah untuk tidak mengikut syariat. Contohnya, memakai stokin kaki. (i really interested with this question)
  5. Bagaimana cara untuk menegur orang yang melakukan maksiat didepan mata?

Rasanya ada lagi soalan yang aku tak ingat untuk ditulis kat sini. Walaupun kesuntukkan masa, K.Dina & Oki berlapang dada untuk berkongsi jawapan seringkas yang mungkin tetapi padat. Maaf sangat-sangat, aku tak dapat nak tulis jawapan-jawapannya kat sini sebab aku takut tersalah tulis. Kang terlain pulak maksudnya. Mungkin boleh check kat dalam website K.Dina atau FB Oki, manala tau kot-kot diorang ade kongsikan dekat website/ FB masing-masing kan...rajin-rajinlah meng -GOOGLE yer.

Alhamdulillah, habis tiga pusingan. MC memberi peluang untuk K.Dina & Oki mengucapkan sepatah dua kata sebelum berakhirnya program. Oki sempat membaca puisinya dan ada sebaris ayat-ayat akhir- katanya, "Siapa disini sedang jatuh cinta?". Masing-masing hanya senyum tersipu-sipu. Ada berani nak mengaku?? Huhuh! Tapi nak tau apa Oki kata? "Saya juga sedang jatuh cinta.." Sambil tersenyum manis lalu menyambung terus bacaan puisinya. Dalam hati, 'Betul ke ni Oki? Alahaii..siapalah yang bertuah tu yer,'. Hmmm....biarlah rahsia. Kan mbak Oki?

Ada satu lagi perkara yang menarik yang membuatkan aku mengiyakan ke-kreatif-an (jangan guna kata imbuhan ni di dalam exam Bahasa Melayu yer...) penganjur 'One Heart Creative'. Sebelum tamat, MC memberitahu kami supaya mencari kertas yang telah dilekatkan dibawah tempat duduk masing-masing. Mendengarkan itu, semua orang kelam-kabut meraba-raba tempat duduk masing-masing. Ada yang tertunduk-tunduk mencari kat bawah kerusi (termasuk aku la tu orangnya..) Sebabnya, masing-masing ingat itu adalah kertas untuk 'lucky draw' atau kertas-kertas untuk dapatkan hadiah misteri..Cehh, pepandai jek. Kalau bab hadiah, laju je semua orang....kikikiki! Dan, malangnya aku tak jumpa kertas tu kat bawah kerusi. Kata MC lagi, kalau tak jumpa boleh cari kat mana-mana kerusi yang tak ada orang duduk. Kebetulan barisan kat depan aku memang tak ada orang, (diorang keluar awal) tanpa membuang masa aku terus mencari. Dan, memang bukan jodoh aku lah untuk bertemu dengan kertas tu. Pada masa yang sama, adik aku yang duduk kat sebelah berjaya jumpa kertas tu (yg sememangnya ada kat bawah kerusi dia). Aku terus baca baris-baris perkataan yang dicetak diatas sekeping kertas ala-ala sticky note. Bagai tertampar dengan kata-kata yang ditulis, terus aku berhenti mencari (kawan aku yg dok kat sebelah kanan pun dah mula letih mencari -frust la tu..hehe) Nak tau apa yang ditulis atas kertas tu? Jeng-Jeng-Jeng! 



Nah! Ni la benda nya...

Kenapa aku stop cari selepas baca nota kecil ni? Sebab, masa tu hati aku menegur, " Cari lah hidayah dalam kehidupan, bukan dibawah kerusi. So, please stop." Automatik aku stop. Yang kelakarnya, ada ke aku ingatkan kertas lucky draw, sebab tu la agaknya beriya-iya nak cari. See! Salah satu contoh manusia, kalau bab ganjaran dunia...laju jee...sampai sanggup masuk bawah kerusi..hahaha...tapi bila bab nak cari hidayah Allah untuk dapatkan ganjaran akhirat, alasan berguni-guni....Haisshh...apela nak jadi yer. Memang patutlah K.Dina risau...dan kita SEMUA, PERLU SAMA-SAMA RISAU! Tau! 

Maka, itulah konklusi program ni yang sangat bermanfaat dan semoga memberi kesan kepada hati-hati yang mudah lalai. Walaupun diakui ada banyak kelemahan yang perlu pihak penganjur kaji dan perbaiki. Namun, apa yang penting adalah OUTPUT dari program itu sendiri. Alhamdulilllah...program ni berjaya membuatkan ianya menjadi - 'A One Moment To Remember'. Taniah kepada penganjur One Heart Creative! 
Jazakallahu Khairan~

Ketika dalam perjalanan pulang, kami bertiga didalam kereta sempat meluahkan rasa teruja pada kecantikkan sister Wardina Safiyyah dan Oki Setiana Dewi. Dan kami sependapat bahawa, orang-orang yang tidak bertudung dan mengamalkan cara hidup barat pada awalnya, apabila mereka diberi hidayah oleh Allah mereka akan menjadi orang-orang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam mempelajari agama islam dan ilmu yang ada pada mereka juga adalah lebih tinggi daripada orang-orang yang sedia bertudung  dan yang mengamalkan cara hidup biasa-biasa saja. Sebab itu, jangan buruk sangka pada orang lain. Jangan  menilai atau meletakkan harga pada orang-orang jahil. Kerana belum tentu mereka adalah yang terburuk dan kita adalah yang terbaik. Hanya Allah lah yang berhak menilai dan dengan izin Allah jugalah yang mampu mengangkat darjat hamba-hambaNya. Apa yang perlu kita buat, adalah MELIHAT, BERFIKIR & BELAJAR. Ketiga-tiga ni perlu diseiringkan dengan 'AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR'. Berdoalah agak kita sama-sama dapat menjadi penyumbang dalam masyarakat khususnya masyarakat islam itu sendiri. InsyaAllah.

Dan, tentang program ini. Aku terdengar ada yang berkata dengan nada sinis, "Ada apa dengan Wardina? Dia pun manusia sama jugak macam kita. Lainlah Siti Aisyah ke..Fatimah ke...." 
Wahh....statement ni bagi aku, seperti memperlekehkan kehadiran kami ke program tersebut. Memang diakui, agak berderau jugaklah hati ni. Tapi sabarr.....Mungkin orang yang menuturkan kata-kata diatas beranggapan kami menghabiskan wang RM 40 semata-mata nak tengok fizikal Wardina & Oki yang cantik manis itu. Alahaii....itu tidak benar buu..! Kalau semata-mata nak datang untuk tengok mereka berdua ni, baik search aje dekat GOOGLE tak pun bukak aje Facebook dan majalah. Tak apalah, dimaafkan si penutur tu. Mungkin fikirannya belum meluas. Berdoa ajelah semoga diberi kefahaman dan hikmah sebelum menuturkan sesuatu hal yang boleh menimbulkan permasalahan dan fitnah. Amin....

Walaupun mereka bukanlah Siti Khadijah r.a, mahupun Aisyah r.a atau Siti Fatimah r.a. TAPI, lihatlah keperibadian mereka...MUNGKIN ada ciri-ciri keperibadian seperti tiga nama diatas. Lihat pada ilmu mereka..bukan pada fizikal mereka. (^^,)
 - Copy & Paste dari my FB


Maka, dengan ini sekian sajalah perkongsian dan coretan ku kepada kamu terutama kepada yang tidak dapat hadir ke program tersebut. Semoga memberi manfaat dan memohon maaf jika ada tersalah bahasa dan kecelaruan. Al-maklumlah, hamba ini hanya manusia yang lemah. Yang bisa membuat khilaf...maaf ya.

P/s: Sedikit kecewa coz tak dapat sign autograph Oki dan K.Dina. Tapi, bersyukur dapat ambil gambar diorang secara 'live' hehehe...Alhamdulillah! Dan, perasan tak kenapa Kak Wardina Safiyyah aku bahasakan 'Kak' dan OSD hanya 'Oki' sahaja? Karena...mbak Oki itu sebaya adik gue. (^^,)




OSD Quotes :

" Berteman dengan sesiapa saja, kerana ilmu itu ada pada sesiapa saja. Tetapi, berSAHABATlah dengan orang-orang yang soleh dan solehah" -OKI
" Lebih baik menjilbabkan hati, sebelum menjilbabkan fiziknya (fizikalnya)" -OKI 



Friday, April 13, 2012

Kau, Aku, CINTA & ALLAH SWT


Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbelit oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian. Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku. Kadang, memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku untuk mu. Yang ingin agar kau tau. Tetapi, sekali lagi kau milik Allah bukan miliku, jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. Bila ada siraman redha Nya kita kan bersama dan bila tidak, aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya. Jadi, walau aku cinta aku putuskan untuk berdiam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.

Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku berharap, kau mengerti,
Dan kau mampu memahamiku,
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…




Tuesday, April 10, 2012

Menyentuh Hati, Menyentap Jiwa





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Masih teringat setahun yang lepas, pada waktu tengahari ketika aku bersama dengan seorang sahabat baik di sebuah restoran. Sedang rancak berbual, tiba-tiba muncul seorang penjual memberi salam dengan penuh sopan. Kelihatan penjual itu memegang beberapa buah buku. Daripada gayanya, sudah tentu dia adalah seorang direct-seller. Timbul rasa kurang senang dihati aku dan sahabat. Namun, selepas budak lelaki itu memperkenalkan diri dan memperkenalkan barangan yang dijual, katanya dia menjual buku yang diterjemah daripada Mukashafah Al-Qulub karangan Imam Al-Ghazali. Entah kenapa tiba-tiba aku tertarik untuk terus membelek buku yang bertajuk- PENENANG JIWA. 

Si penjual tersebut tidak berputus asa namun tidak pula dia memaksa. Dengan penuh hikmah dah berhemah dia cuba mempromosi barangannya itu. Bagaikan di seru satu suara- "Beli lah..." aku terus mengangguk setuju untuk membelinya walaupun pada ketika itu otak ligat membuat kira-kira tentang baki duit yang ada. Alhamdulillah...cukup. Tanpa berfikir panjang, aku menghulurkan bayaran buku yang berharga RM 15 itu. Namun, sahabat hanya mampu melihat, kerana  ketika itu dia tidak mempunyai kewangan yang cukup.

"Terima kasih kak...semoga murah rezeki akak," ucap si penjual.
Aku hanya membalas dengan senyuman. Kemudian, si penjual tersebut memandang kami berdua.

"Kak, disebabkan hari ni last stock. Saya hadiahkan akak satu lagi buku percuma."

Aku dan sahabat saling berpandangan. Mungkin teruja.
"Err..betul ke ni?"

Si penjual mengangguk dengan senyuman. Jelas terpancar keikhlasan di wajah mudanya.

"Err...terima kasih banyak-banyak," ucap aku dan sahabat dengan nada yang gembira. 

Sebaik saja si penjual itu beredar, seraya aku memandang sahabat. 

"Nah, buku free ni saya bagi kat awak. Ambillah..baca," Buku free dihulurkan kepada sahabat dengan seulas senyuman.

"Er..betul ke? Terima kasih,"

Aku sekadar mengangguk dan membelek-belek buku yang baru saja dibeli. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Aku beli 1 dapat 2...rezeki untuk sahabat juga. (^^,)

............................................................................................................

Alhamdulillah- Walaupun mengambil jangka masa yang panjang, akhirnya aku berjaya menamatkan pembacaan buku yang setebal 487 muka surat ni. Kira-kira hampir setahun jugak la untuk menamatkan pembacaan. MasyaAllah! Rasa nya kalau novel cinta mau nya dua hari dah habis...paling lama pun seminggu dah habis. Wahh...terukkknya aku! (**-)" 

Memang diakui, bila aku bukak je buku ni...confirm mengantuk. Dan, kadang-kadang tak sampai dua muka surat, aku dah ZZzZzZz....Huh! Ternyata syaitan tidak pernah mengalah untuk menghalang manusia membuat sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka sendiri. Lebih-lebih lagi dalam bab-bab keagamaan nih. (Dan, ternyata iman dalam diri ini masih belum utuh!)

" Aku akan duduk (mengintip) mereka di atas jalan Engkau yang lurus. Kemudian, aku datang memperdayakan mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka."  { Q.S. Al-A'raf: 16-17}



Buku PENENANG JIWA (Pengubatan & Rawatan) yang diterjemahkan daripada kitab 'Mukashafah Al-Qulub', karya Hujatul Islam Imam Al-Ghazali, rahimahullah.  Apa yang menarik, buku ni mempunyai 111 bab. Bab pertama di mulakan dengan tajuk 'Takut Kepada Allah SWT'. 

Terus terang aku akui, memang banyak dugaan untuk aku yang lemah iman ni untuk habiskan buku ni. Kerap terasa malas dan mengantuk. Tetapi, kekuatan isi-isi kandungan buku ni seakan-akan memberi sokongan kepada hati supaya tak berputus asa. Alhamdulillah- ketika di pertengahan bacaan, aku mula terasa akan manfaatnya. Buku hasil penulisan Imam Al-Ghazali (yang telah diterjemahkan) ni bagaikan berbicara dengan memberi kata-kata nasihat dan dakwah. Sehinggakan, aku terasa ada perkara yang disampaikan, terkena pada diri sendiri.(Gulp!..terpana seketika)


Dan Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya melepasi bab terakhir yang paling menyentuh hati. Menyentuh hati kerana ia membuatkan aku mengalirkan air mata. Menyentuh hati kerana ia membuatkan aku menangis teresak-esak. Belum ada buku yang pernah membuatkan aku berperasaan macam ni. Bab terakhir buku ini adalah bertajuk 'Rasulullah SAW Wafat'. Air mata mula bergenang ketika membaca perenggan ni :

Dirawikan pula bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, sebelum wafatnya," Bagaimana umatku ini setelah aku meninggal?" Kemudian Allah SWT memberikan wahyu kepada Jibril AS, "Berikan khabar gembira kepada kekasih-KU bahawa Aku tidak akan menghinakan umatnya, bahawa dialah manusia yang pertama kali keluar ketika mereka dibangkitkan, bahawa dia pemimpin mereka ketika dikumpulkan, bahawa Syurga haram bagi umat-umat lain sebelum umatnya masuk ke situ." Kemudian baginda berkata,"Kini kedua mata daku telah sejuk."


Subhanallah- sungguh besar kasih Allah SWT kepada kekasih-Nya, Muhammad SAW. Dan, betapa kuat kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya. Siapa umatnya?

KITA!

Ya, kita adalah umat Nabi Muhammad SAW yang ditangguhkan balasannya oleh Allah SWT. Ya Allah, betapa BERTUAH nya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Cuba kita renung-renung balik...cuba kita buka Al-Quran dan baca terjemahannya. Ternyata jelas ramai umat manusia sebelumnya yang kufur dan ingkar pada perintah Allah SWT telah dibayar CASH! oleh-Nya.


" Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh, sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakkan."
{ Surah Al-Naml, ayat: 14}

"Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)." {Surah Asy-syu'araa', ayat: 65-66}

"Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan pelbagai makhluk. Kemudia daripada itu, kami tenggelamkan golongan(kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera)." {Surah Surah Asy-syu'araa', ayat: 119-120}

"Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan), maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran."
 {Surah Asy-syu'araa', ayat: 172-173}


Jadi, cuba kita tengok sekeliling. Masih ada kan manusia-manusia zalim? Masih ada kan manusia-manusia yang kufur? Masih ada kan manusia-manusia yang ingkar? Masih ada kan yang menyembah berhala (patung-patung kecil)? Ya, mereka masih ada di muka bumi. Masih bermaharjalela dengan berjalan penuh bangga. Masih membuat maksiat..membuat dosa..malah ada yang lebih teruk, mereka menghina agama Islam! Ya! Mereka-mereka inilah umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman. Mereka-mereka ini termasuk lah diri kita....kategori mana kah kita? Agak-agak, kalau diletakkan kita di zaman umat Nabi-Nabi terdahulu (sebelum Rasulullah) balasan yang manakah patut kita terima? Nauzubillah!

Takut??

Ya, memang sifat 'Takut' perlu ada. Malah WAJIB! Bukan 'Sunat' bukan 'Harus'! Wajib kita TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Kita sentiasa takut dengan CCTV ciptaan manusia bila kita ada buat perkara-perkara yang salah di suatu kawasan/tempat. TAPI, tak pulak kita takut dengan Allah SWT yang sentiasa ada memerhati setiap perlakuan kita. (Sekalipun kita menyorok sedalam kerak bumi). CCTV ada rakaman ye? Sebab tu kena takut...?
TAPI INGAT! Setiap apa yang dilakukan oleh makhluk di dunia ni akan diperlihatkan segala rakaman perbuatannya di Padang Masyar nanti. Siaran lansung. Tiada ASTRO, tiada TV3, tiada TV9 mahupun TV Al-HIJRAH. 


Baiklah, berbalik kepada cerita bab terakhir tadi. Ada lagi satu perenggan yang membuatkan aku merasai kehilangannya. Rasa tersentuh dan sebak yang amat sangat (Allah SWT je yang tau). 

Dalam satu riwayat, "Bahawa ketika Abu Bakar mendengar khabar itu, beliau segera masuk ke rumah Nabi SAW dan mensolatkan baginda dengan kedua matanya mengalir air mata. Kemudian dia membuka wajah baginda lalu mencium dan mengusapnya. Setelah itu dia berkata, " Wahai Rasul, ketika hidup namamu begitu harum. Setelah mati pun namamu harum. Telah terputus sebab kematian engkau apa yang tidak terputus oleh kematian seorang pun daripada nabi. Kalau kematian ini bukan kerana pilihanmu, tentulah kami akan bertambah sedih. Kalau engkau tidak melarang kami menangis, tentulah air mata kami akan habis. Ingatlah kami, wahai Muhammad di sisi Tuhanmu."

Benarlah kata-kata sahabat baginda - Saidina Abu Bakar RA, pemergian baginda amatlah dirasai. Dan, sewaktu pembacaan di perenggan yang terakhir itu, aku merasai seperti sedang berada di dalam suasana dimana para sahabat dan orang-orang yang ada pada ketika itu. Teramat sedih! Teramat sedih! 

Bertambah sedih apabila mengenangkan umat Nabi Muhammad SAW pada akhir zaman ni (termasuk lah diri sendiri). Sudah tentu baginda akan sedih dan kecewa. Baginda kasihkan kita...sayangkan kita umatnya. Tapi kita? Tepuk dada tanyalah iman~

Bersyukurlah...kerana kita umat Nabi Muhammad SAW. 




Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد 

Ya Allah, berikan selamat dan sejahtera kepada Muhammad dan keluarga baginda serta para sahabat kesemuanya.



P/s: Walau sehebat mana pun buku yang dijadikan rujukan, namun tidak dapat mengalahkan kehebatan Al-Quran- rujukan UTAMA dunia & akhirat.


Wednesday, February 22, 2012

Aku & Buku : BERFIKIR SECARA SISTEMIK



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah dan bersyukur sebab berjaya jugak aku menamatkan pembacaan buku yang bertajuk 'Berfikir Secara Sistemik'. Buku ni aku beli pada 31.Disember.2011 sebelum Happy New Year 2012 dan buku ni sebagai hadiah untuk diri sendiri. (^^,)


Aku mula membaca awal bulan Januari 2012 dan...baru je tamatkan pada 20.2.2012. Lama kan tempoh masa  utk habiskan buku ni ? Hahaha.....Sebab nya buku ni memerlukan ruang waktu yang banyak dan perlu lapangkan fikiran untuk memahami isi kandungannya.


Best ke buku ni?


Pada pandangan pertama, bagi aku buku ni agak menarik. Bila di pertengahan, agak membosankan dan bila dah habis baca......buku ni BEST! (not bad la...)


Kenapa?


Sebab buku ni menerangkan tentang cara berfikir dengan sistemik bukan sistematik yang mana kebanyakkan manusia pada zaman ini menggunakan cara berfikir sistematik (linear). Buku ni juga menerangkan perbezaan Sistem, Sistematik & Sistemik (Fuhh...komplikated je bunyi nyer kan???)


Cuba ringkaskan sikit ape tu Sistem, Sistematik & Sistemik?


Okey, sila rujuk imej kat sebelah ni :


Sistem = Adalah gabungan komponen yang berinteraksi antara satu sama lain.


Sistematik = Adalah gabungan sistem yang berinteraksi secara linear.


Sistemik = Adalah gabungan sistem yang berinteraksi secara loop.


Paham? Hehehe..mesti agak pening sikit kan? Tak apa...pelan-pelan kayuh!


So, ulasan untuk buku ni?


Aku tak mampu nak cerita keseluruhan buku ni memandangkan ianya tersangatlah komplikated untuk difahami. Aku akan huraikan apa yang aku faham dan apa yang aku highlight kan sepanjang pembacaan aku tu. Kat bawah ni aku akan senaraikan antara topik-topik yang aku hightlight kan :


Respons Kebalikan (Inverse Response)


Topik ni menjadikan termometer sebagai contoh.  Pabila kita masukkan termometer ke dalam air yang bersuhu panas, merkuri dalam termometer tu tidak akan terus naik. Biasanya, ia akan turun ke bawah sekejap dan kemudian barulah ia akan naik perlahan-lahan untuk menunjukkan suhu air panas tersebut. Ini lah yang dikatakan 'Respons Kebalikan (Inverse Response)'.


Topik ni juga menerangkan dalam sesuatu sistem mempunyai 'penebat' atau komponen yang akan memastikan sesuatu sistem itu terpelihara. Dalam contoh tadi, penebat bagi termometer itu adalah 'merkuri'.Kalau nak tau, akal manusia juga sebenarnya bertindak sebagai penebat. Nak tau sebab apa?
Sebab, biasanya akal kita ni akan menolak sesuatu yang asing pada peringkat awalnya. Kecuali jika ia diyakinkan dengan fakta dan hakikat yang boleh diterima.


Selain tu, penebat di dalam diri manusia juga adalah keyakinan atau dipanggil 'Ego'. Kenapa? Apa kaitannya?


Okey macam ni. Perasan tak, bila kita mengingatkan atau menegur seseorang yang tak biasa pada dirinya dia macam nak tak nak terima dan ada yang terus menolak. Haa..ni lah ego yang sedang mengembang kerana teguran yang diberikan kat dia mungkin bersalahan dengan prinsip yang dia pegang atau percaya selama ni.


Ego juga adalah bertindak sebagai mekanisme 'pelindung' dalam diri manusia. Dan, faktor pengembangan ego ni lah yang akan menyebabkan kita yang menegur berkemungkinan akan dikutuk dan di marahi dengan mengatakan kita ni penyibuk, jaga tepi kain orang..dan bla-bla-bla...faham-faham lah sendiri.


Gerakkan Sasaran Kepada Posisi Yang Lebih Tinggi


Haa! Topik ni mengaitkan dengan tupai pulak. Ia dipanggil kaedah tupai yang melompat dari pohon ke pohon yang lain. Si tupai akan melompat menuju ke sasaran pucuk yang paling tinggi pada sebatang pokok. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi, bila si tupai tu melompat dan terjatuh, dia takkan terus jatuh ke tanah tetapi akan jatuh ke atas dahan yang dibawah sasaran tertinggi tadi. Bijak kan?


Jadi pengajarannya, bila kita berhadapan dengan sesuatu yang menjadi 'penghad' kepada kejayaan, kita perlu letak sasaran yang lebih tinggi. Kerana, jika kita tak mampu mencapai nya, kita masih dapat tahap kejayaan yang dibawahnya dan ianya masih lagi dianggap berjaya.


Situasi ni boleh dikaitkan dengan temujanji. Kalau kita nak seseorang tu datang tepat pada waktu nya tanpa mencuri masa kita. Kita mesti memberitahu padanya waktu yang lebih awal. Contohnya, mesyuarat sepatutnya akan diadakan pada pukul 10 pagi. Untuk mengelakkan kelewatan mesyuarat bermula, maka kita maklumkan mesyuarat akan bermula pada 9.45 pagi. Ini akan membuatkan, ahli-ahli jemputan mesyuarat akan cuba menghadirkan diri pada waktu tersebut(9.45) dan ianya tidak akan menyebabkan kelewatan pada waktu yang sebenar(10.00).


Makin kuat daya dikenakan, Makin kuat sistem memantulkan



Aku sangat tertarik dengan teori 'Makin kuat daya dikenakan, makin kuat sistem memantulkan' ni.Sebagai contoh dalam subjek fizik, kan kita ada buat eksperimen untuk mengkaji daya geseran dan rintangan sesuatu objek. Cuba kita perhatikan buku kat atas meja, bila kita nak gerakkan buku tu mestilah kenakan daya pada buku tu. Tapi kalau permukaan meja tu kasar (ni dinamakan rintangan), ini bermakna kita perlu mengenakan daya yang lebih berat daripada buku tu.
 Faham? Err..kalau tak faham aku akan bagi contoh lain.


Okey, cuba kita perhatikan kepada fenomena perubahan dalam masyarakat. Sebagai contoh, di dalam satu organisasi syarikat yang mana mahu pekerja-pekerjanya bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh akan adanya rintangan yang wujud antara mereka (pekerja). Antara rintangan tersebut adalah dari segi emosi dan perasaan mereka sendiri. Jadi, macam mana nak kurangkan rintangan ni? Jawapan nya, CEO atau pihak atasan organisasi syarikat tersebut perlu meletakkan 'pelincir' pada akal dan perasaan serta emosi mereka. 


Caranya adalah :
  1. Dengan memberi bonus/insentif 
  2. Memberi kata-kata semangat setiap hari
  3. Bermanis muka dengan mereka
  4. Dan, merapati mereka mengikut personaliti masing-masing.
Okey lah, aku rasa cukuplah 3 topik yang agak menarik ni. 


Komen:


Buku ni bukan saja menerangkan cara berfikir secara sistemik dengan mengaitkan kehidupan di dunia tetapi ia juga ada mengaitkan setiap yang berlaku di dalam kehidupan kita dengan apa yang telah di terangkan di dalam Al-Quran. Penulis juga ada memberi contoh ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengaitkan dengan cara kita menguruskan kehidupan terutama AKAL. Apa yang menjadi fokus utama buku ni iaitu berfikir secara sistemik atau loop (boleh rujuk definisi sistemik kat atas tadi).  Kita sebagai orang Islam perlu berfikir mengikut Sunatullah (hukum yang Allah tetapkan) dan kembali rujuk kepada yang mula-mula iaitu tujuan penciptaan manusia serta kewujudan alam. Ini boleh dikatakan mekanisme looping.


Memang cara penyampaian nya agak komplikated sebab penulis banyak mengaitkan dengan teori-teori dan idealogi sains yang mana tak semua pembaca adalah berlatar belakangkan bidang sains. Aku yang Ex- 'budak sains' ni pun pening nak faham apa yang di terangkan. Macam mana lah dengan pembaca-pembaca yang bukan dari bidang tersebut. Mungkin memakan masa yang lama untuk memahami dan akan cepat merasa bosan lalu berkeinginan untuk ZzZzZzZz....Aku pun akui, salah satu faktor  kelewatan untuk habiskan buku ni sebab banyak kali ter-ZzZzZzZz....bila terjaga, buku entah kemana..apa yang di baca pun terbang melayang..jadi, kenalah baca untuk kali kedua pada perenggan yang sama. Aduhh~




P/s: Kepada yang nak tau lebih lanjut tentang keseluruhan buku ni, silalah dapatkan di mana-mana kedai buku yer. Maaf lah, aku tak mampu ak terangkan kat sini kesemuanya. Its complicated. Tapi bermanfaat jika bersungguh-sungguh untuk memahaminya. Dan, bila dah faham boleh lah mengamalkannya. Jangan dok peram jadikan pekasam. Lama-lama busuk, dan terus buang. Rugi kan??


Ada satu ayat yang aku suka dengar "I always practice what i've read"-Pn.Rozita.
(Maaf yer boss...ter-curi-curi dengar ayat ni hehehehe) i hope to be like her...practice what i've read. InsyaAllah! 


Pada sesape nak beli Online, boleh usya-usya kat sini : Berfikir Secara Sistemik






Saturday, January 28, 2012

Akaun Facebook Digodam!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Pada 24.Januari.2012 @ Kuantan,Pahang- Telah didapati akaun Facebook tak boleh di akses masuk. Katanya, aku ada membuat penukaran Password pada jam 6.49 pm. Sedangkan pada waktu tu, aku keluar dan tak bukak Facebook pun. Huhuhuhu...Dan,aku ada check email yg mengatakan ada Hacker dari area Melaka yang hacked aku punya akaun Facebook ni. So tanpa membuang masa, sewaktu on the way balik ke KL, aku berusaha jugak utk fix kan masalah ni. Memang leceh la, sebab banyak sangat step dari Facebook utk pengesahan identiti. So, aku ikut je lah sumer arahan yg di berikan. Dan, sebelum pergi ke final step, aku kene la tunggu dalam tempoh 23jam! Means, esok malam baru boleh bukak. Haruuu~


Keesokkan harinya, aku try la bukak dan ikut step2 yang Facebook dah bagitau. Malangnya, still tak boleh nak log in. Never give up! Aku pun try buat semula...dan terpaksa lah sekali lagi tunggu dalam tempoh 23jam untuk log in.
Hari ni, aku try bukak semula dan ikut arahan. Alhamdulillah! Akhirnya berjaya aku mendapatkan semula Facebook setelah hampir 3 hari tak menjenguk kedalamnya. Walaupun dah berjaya, aku try check email dan aku dapat tau rupa-rupanya semalam 27/1/2012 Jam 10am ada lagi Hacker dr area Rawang pulak yg try nak tukar password aku. Cis!


Dan, apa yg membuatkan aku masih lagi tak berpuas hati -> Email yg aku guna untuk Facebook sebelum ni langsung tak bleh bukak. Haishh!


Kenapa sayang sangat akaun Facebook tu?


Aku sayang akaun Facebook bukan sebab aku ni kaki Facebook. Tapi, aku sayang sebab dalam tu banyak data/contact kengkawan. Dari skolah rendah sampailah ke IPT. Sayang lah kalau hilang sumer tu. Takkan lah aku nak Add sumer orang kot. Aku pun tak ingat kesemua senarai kengkawan dalam tu. Dah la dalam tu ada gambar-gambar, pastu ada komen-komen yang best dr kengkawan. Memang seribu kali sayanglah!
Senang citerlah, bagi aku Facebook ni macam buku Yellow Pages tapi versi digital. Atas alasan nilah aku sayang sangat akaun Facebook aku tu. Harap-harap pasni dah tak kena hacked dah. InsyaAllah~


So, masalah Facebook dah setel. Sekarang cuma tinggal masalah email aku yang tak boleh nak Sign In langsung. Adoiyaiii....