As Salam ~
Baiklah..aku straight to the point sementara tengah ade mood nak menekan keyboard laptop ni. Untuk topik pembuka tirai blog aku yang baru nie..aku nak share story tentang "SIMBIOSIS- Mutualisme".
aHaa! bunyi nyer macam topik yang skema je kan? Untuk budak2 science stream mgkin orait la kot...but others..uhuhuhu..mau aku kene maki pnyer! OK-ok..ape yg aku nak citer ni bukan lah pasal Science Biology' ( mungkin ada la terselit sikit notes...ilmu kene kongsikan??) tetapi ia nya tentang cara manusia yang memanipulasikan keadaan untuk matlamat hidup masing-masing. Dari pendapat aku, aku mengatakan ia adalah hubungan simbiosis! Pernah dengar tak simbiosis? Of coz la kan...Ella punya lagu pun ade tajuk Simbiosis kan?....Baiklah, kpd yang masih keliru dengan ape kebende nye simbiosis tu..kat sini aku akan selitkan sikit notes untuk di fahami di dalam istilah biologi (Aaa sudah...sains pulak! - Sikittttt jek! ok :0)
"Ce citer..ce citer..."
- Simbiosis berasal dari bahasa Yunani sym yang bererti 'dengan' dan biosis yang bererti 'kehidupan'. Simbiosis merupakan interaksi antara dua organisme yang hidup berdampingan.
- Simbiosis merupakan pola interaksi yang sangat erat dan khusus antara dua makhluk hidup yang berlainan jenis. Makhluk hidup yang melakukan simbiosis disebut simbion.
- Ada beberapa bentuk simbiosis yakni:
- Parasitisme adalah di mana pihak yang satu mendapat keuntungan dan merugikan pihak lainnya.
- Mutualisme adalah hubungan sesama mahkluk hidup yang saling menguntungkan kedua pihak.
- Komensalisme, adalah di mana pihak yang satu mendapat keuntungan tapi pihak lainnya tidak dirugikan dan tidak diuntungkan.
- Amensalisme, iaitu saat satu pihak dirugikan dan pihak lainnya tidak diuntungkan
mahupun dirugikan.
- Kompetisi, di mana kedua pihak saling merugikan, biasanya terjadi melalui kompetisi dalam
memperebutkan makanan.
- Netralisme, dimana kedua pihak tidak saling diuntungkan mahupun dirugikan.
Interaksi antara kedua spesies tidak menyebabkan keuntungan mahupun kerugian bagi keduanya.
Aku tak nak huraikan panjang lebar cume nak ambik 2 jenis jek iaitu Parasitisme & Mutualisme. Kenapa dua nie jek?
Sebab, kedua-dua ni yang biasa berlaku didalam kehidupan manusia tanpa disedari.(memandangkan jenis-jenis simbiosis di atas kebiasaan nya hanya berlaku didalam komuniti haiwan dan tumbuh-tumbuhan-HARAP MAKLUM ye!)
Berbalik kepada isu simbiosis, memang ia berlaku didalam kehidupan..tak kiralah manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Jika tiada simbiosis apa erti nya kehidupan?? Cuma di dalam komuniti manusia cara simbiosis tu berbeza-beza. Paling banyak berlaku adalah jenis Parasitisme - kita tgok je zaman skrg, ramai org yang membuat penindasan...siapa yang lemah itu lah mangsa nya., yang kuat adalah juara nya. Lemah dan kuat tu tak tertumpu juga pada fizikal ye...juga pada akal fikiran...bagi orang islam, IMAN adalah aset utama! Lemah nya Iman maka mudahlah nafsu menawan jiwa, maka akan berlaku la pula perkara-perkara maksiat dan kemusnahan anak bangsa. Syaitan akan berparti sakan, empunya badan mendapat DOSA. Haa! Parasitisme la ni....siapa untung? siapa rugi?- Lu pikir la sendiri.....
Jenis kedua adalah Mutualisme- hubungan sesama mahkluk hidup yang saling menguntungkan kedua pihak. Ha! Yang nie bagus! Sangat sesuai jika amalkan oleh setiap insan yg bergelar manusia. Ini kalau selalu dipraktikkan akan membawa kemajuan dalam masyarakat. Terutama kepada bangsa aku sendiri, MELAYU! Ini tidak, ramai yang mahu bangsa sendiri tersungkur jatuh...bukan nak menolong..malah lagi di henyak supaya tak boleh bangun lansung.Pergh! jenis ni memang dasar parasit punya orang. Bukti nya? Alaah..u can see the bomoh-bomoh dan ilmu-ilmu hitam...ni sumer kaedah-kaedah dikalangan bangsa aku selalu guna utk menjatuh kan sesama sendiri...sebab tu KURENG kemajuan nyer - (gaya bahasa sopan skit nie) Tetapi, lebih baik jika sesuatu yang kita rasakan berada didalam hubunga jenis parasitisme " Err...boleh paham ke ni? "
Baiklah senang cakap la....Bila ada kawan kamu yang kamu rasa cuba untuk menindas kamu lets say macam mengambil kesempatan la..so ni boleh dikatakan parasitisme jika kamu yg akan rugi dan dia mendapat untung. " Err..paham ker ni?" BAIKLAH! Begini, konon nya jika ada la sorang kawan ni tetibe jek ajak korg gi parti sekolah tapi pada masa yang sama korang pulak nak pergi kelas tuisyen Matematik. Dia merayu-rayu..dia pujuk-pujuk..dia kata.;
"Alaa..pleasee...utk kali ni je. Parti ni kan setahun sekali.,lagipun kita dah last year..please..teman kan lah aku ni, aku takde orang nak teman..segan la sorang2..budak-budak lain semua dah pergi awal..jom la..," - Lebih kurang gini lah ayat nyer. Maka korang pun dengan tak rela hati dan kerana kesian kan dia korang pun pergilah terkial-kial.
Situasi kat parti :
- Kawan korang tu jenis yang peramah tak hingat....so tinggallah korang kat dalam parti tu macam kera sumbang (if korang ni kat skool macam budak nerd la ). Tapi bernasib baiklah jugak, ada skoolmate2 korang yang sudi menegur dan berkenalan dengan korang lebih detail..ewaahh! Ade la jugak kawan..
Situasi selepas parti ,didalam kelas:
-Hampeh! Cis! Cis! dan Cis!....kawan korang yang ajak korang temankan dia ke parti tu dah tak tegur korang..pandang pun tidak..apatah lagi dia nk kasi korang senyuman yang tak seberapa cun tu. Dahla korang terpaksa skip kelas tuisyen Matematik yang sebenarnya jauh lebih penting drp parti tu.
Bertenang....takpe-takpe!
Sakit hati kan? Terasa diri dipergunakan untuk kesenangan. Lebih sesuai jika diumpamakan seperti ' Habis madu, sepah dibuang'. Baiklah, jika situasi tersebut adalah jenis parasitisme...why not kita tukarkan ia menjadi Mutualisme. Ha?? macam mana tu? Begini, untuk sedap kan hati dan untuk tak merasakan diri diperbodohkan. Apa kata korang cari kesan positif yang korang dapat mase pergi parti tu. Positif nya kat sini, walaupun korang tak ikhlas nak pergi, tetapi sekurang-kurang nya korang dapat berkenal-kenalan dengan ramai skoolmate yang belum pernah korang kenal sebelum ni (iyelah..skool kan ade bnyak kelas).Dan sekarang bila korang kat skool, ade la jugak kenalan-kenalan mase parti tu senyum dan say Hi! kat korang. Tak macam sebelum ni,korang berjalan macam invisible jek. So, bagus tak macam tu? Baguskan? Kawan korang yang macam hampeh tu untung dan korang pun dapat gak keuntungan tu walaupun berbeza dengan dia.
Haa! Next time if jadi la situasi hubungan parasitisme ni cepat-cepat korang memanipulasikan ia kepada mutualisme. Cuba mencari sesuatu yang positif supaya korang tak rasa yang korang loser! You're not loser,my friend!
Okey, sekian saja untuk topik pembukaan tirai ni...(tepuk-tepuk-tepuk!) If ada kesalahan dari segi pemahaman atau maksud simbiosis harap sangat dapat membantu memperbetulkan nya. Dan apa yang aku cuba sampaikan ni adalah mengenai pendapat aku sendiri tentang sifat-sifat manusia, lansung tak berniat untuk menyamakan dengan haiwan @ tumbuh-tumbuhan ye - HARAP MAKLUM!
Minta maaf *****
Err...masih macam skema yer? Okey-okey, pasni i cuba lagi. Biasalah dah terbiasa menulis skema (Iyer ke??.....) NO COMMENT! - Shhhhh!
FYI, aku pernah mengalami situasi camni suatu masa dulu..huhuhuhu~ But not for now..if u want to 'buli-buli' me, I will 'buli balik' -Mcm citer bro Afdlin shauki.
ReplyDelete