Tuesday, July 31, 2012

PUASA & BONUS!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


الحمد لله Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang kepada diri ini dan kita semua menikmati bulan yang penuh dengan barakah ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~
Seperti yang kita ketahui, bulan yang mulia ini adalah sebaik-baik bulan. Kerana bulan inilah kita dapat menambah atau 'topup' amalan dan iman kita.

Namun, amat menyedihkan dan menghairankan apabila kedengaran lagu-lagu raya mula dipasang dikedai-kedai walaupun Ramadhan belum pun sampai seminggu. MasyaAllah! Apakah mereka-mereka ini lebih mementingkan keseronokkan daripada mendapatkan ganjaran-ganjaran yang Allah SWT janjikan? 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


[Riwayat Bukhari & Muslim]

Kenapa perlu tergesa-gesa hendak menyambut raya? Kenapa tidak kita rebutkan untuk menambah amal dibulan yang mana Allah SWT menutup pintu-pintu neraka dan dibukakan pintu-pintu syurga? Dan bulan dimana musuh utama kita 'syaitan' diikat? Kalau kita sibuk bertanyakan bonus raya...kenapa kita tak sibukkan diri untuk dapatkan bonus yang berlipat kali ganda yang Allah SWT bagi? Bonus akhirat depan mata ni...perbanyakkanlah amalan dan recharge semula iman. 


Rasulullah SAW bersabda : Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakam pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka"  
[HR. Ahmad]

Allah SWT itu Maha Penyayang. Allah sayangkan kita hambaNya. Allah bagi kita satu bulan untuk kita topup dan recharge iman. Allah nak bagi kita kumpul pahala banyak-banyak untuk masuk ke syurgaNya. Subhanallah. Allah Maha Penyayang Maha Pemurah.

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari kiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: "Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

[Bukhari & Muslim]
Hari raya itu hari kemenangan bagi orang-orang yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan mendapat 'taqwa' dan kemanisan iman dipenghujungnya. Jadi, mari kita sibukkan diri dengan menambah amal dan tingkatkan iman. Kutip lah sebanyak mana bonus yang Allah SWT bagi pada kita. Apalah sangat bonus dunia jika hendak dibandingkan dengan bonus akhirat ni? Bonus dunia, kalau kita salah guna, jiwa jadi gundah gulana dan akhirnya merana. Tapi, bonus akhirat kalau kita kumpul banyak-banyak boleh bawa kita ke syurga Allah dan bahagia selamanya di sana. InsyaAllah. Jadi, pilihlah...yang mana kita nak utamakan? Puasa ATAU sambutan Raya? Bonus dunia ATAU Bonus akhirat? Syurga ATAU Neraka? Pilih-pilih-pilih!

Gunakan sebulan yang penuh ganjaran ini dengan sebaik mungkin. RUGI! siapa yang melepaskan bulan Ramadhan ini berlalu begitu saja tanpa merasai kemanisan iman dihati.
Wallahua'alam~



Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala)
 di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

[Riwayat al-Bukhari]



Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. 
[QS. Al-Baqarah : 183]

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




No comments:

Post a Comment