Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Terdetik hati kali ini untuk
mengulas tentang fenomena ucapan “Biasa la…” yang kebiasaannya kita dengar
di dalam komunikasi harian. Ada apa dengan perkataan yang ringkas ini? Bunyinya
macam tak memberi apa-apa kemudaratan pun?
Eh? Ye ke?
Selalu kita dengar ayat ini di tuturkan
pabila ada gaya komunikasi yang bersifat memberitahu atau menyampaikan tentang
sesuatu keadaan. Contohnya:
Perbualan 1
A: Aku tengok budak-budak remaja sekarang
ni bukan main berani. Siap buat adegan tak senonoh pulak tu kat tempat
awam.Haish…malu aku tengok!
B: Alaa...kau ni, biasa la tu budak-budak
zaman sekarang.
Perbualan 2
A: Kenapa ramai orang lelaki Melayu islam
tak pergi sembahyang Jumaat? Selamba je aku tengok diorang lepak kat kedai
makan time sembahyang Jumaat.
B: Biasa la tu…orang lelaki zaman
sekarang…
Perbualan 3
A: Sekarang ni, banyak kes buang bayi….
B: Biasa la….zaman sekarang…..
Tentu ketiga-tiga contoh perbualan
diatas pernah didengari oleh kalian-kalian kan? Cuba baca respon si B. Respon
si B dengan menggunakan ayat “Biasa la…” seolah-olah mengiyakan keadaan negatif
yang disampaikan oleh si A dan seperti acuh tak acuh. Pada pendapat aku, ayat
tersebut menunjukkan betapa seseorang itu bersikap pasrah dan redha dengan
isu-isu yang boleh meruntuhkan akhlak
dan akan menyebarkan unsur-unsur yang tidak baik dalam masyarakat
khususnya yang beragama Islam. Dalam pemikirannya, tiada menunjukkan
kebimbangan dan kerisauan dengan masalah yang melanda dan seolah-olah
membenarkan atau menerima dengan lapang dada terhadap fenomena-fenomena negatif
tersebut. Mungkin dia kurang sensitif dengan isu-isu yang macam tu. Tapi, kalau isu-isu artis dan gosip, bukan main lantang dia bersuara..huh!
Apabila sikap dan
gaya pemikiran ‘Biasa la’ ni selalu diamalkan oleh masyarakat, tak mustahil
suatu hari nanti segala apa isu-isu yang berkaitan dengan masalah-masalah sosial
akan dipandang sebelah mata dan dibiarkan saja dengan alasan “Biasa lah…zaman
sekarang…”
Bahaya…bahaya!
Memang nampak simple dan biasa-biasa.
TAPI! Kalau diamalkan atau diajar dengan pemikiran “Biasa la “ yang biasa-biasa
itulah kan jadi perkara yang luar biasa! Yang membawa kepada binasa! Nau’zubillah~
Jadi, sama-samalah
kita berfikir dan muhasabah diri. Adakah apabila kita dimaklumkan tentang isu-isu negatif, kita tergolong dalam golongan pemberi
respon seperti si B? Tepuk dada, tanya diri sendiri…..
Semoga kita diberi
kebaikkan di dunia dan di akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka –Amin

No comments:
Post a Comment