Alhamdulillah.
Aku terpanggil (blog yang memanggil..hehe) untuk menulis satu entri berkaitan
dengan C.I.N.T.A selepas membaca wall post di Facebook Hilal Asyraf. Wall post
tersebut ada memaparkan gambar jam tangan yang diukir nama beliau dan seorang
sahabat beliau – Klik kat sini kalau nak tengok.
Apa yang
menarik sangat?
Yup! Sangat
menarik dan sangan sweet! Sebuah persahabatan yang berasaskan kasih sayang
sesama insan. Tetapi disini, bukanlah hendak aku ulaskan tentang wall post
tersebut. Aku ingin memberi pendapat tentang kegunaan dan fungsi perasaan CINTA
yang Allah SWT telah anugerahkan kepada kita-hambaNya. Ramai orang suka
mengaitkan ungkapan & perasaan CINTA itu untuk pasangan kekasih. Terutama
dikalangan remaja muda mudi. Bila disebut saja tentang CINTA, terus ingat ber-‘couple’
atau ‘kekasih’ atau ‘awek’…’pakwe’ dan macam-macamlah! Seolah-olah CINTA itu
Allah anugerahkan hanya untuk golongan-golongan tertentu sahaja. Eh..ye ke??
CINTA itu
anugerah dari Allah SWT dan ia tidak tertumpu pada satu konteks sahaja. CINTA
itu universal, kerana seluruh alam ini, kehidupan ini adalah HAK MILIK Yang
Maha Pencipta termasuklah CINTA. Jadi, kenapa harus kita mengkhususkan konteks CINTA itu? Mungkin yang menjadi perbezaannya adalah cara penyampaian dan nilai CINTA itu sendiri. Namun, kita berhak menggunakan anugerah pemberian
Allah SWT itu pada setiap apa yang diciptakanNya dan kita PERLU menggunakan CINTA
itu pada jalan yang betul iaitu pada jalan yang Allah redhai. Kita layak untuk
mengatakan CINTA kepada Allah SWT & Rasulullah SAW, CINTA kepada agama, CINTA kepada alam, CINTA kepada haiwan, CINTA kepada keamanan, CINTA
kepada sesama manusia. Jika begitu, apa yang nak dirasakan janggal jika kita
mengatakan, “Aku mencintai ibu dan ayahku” “Aku mencintaimu, sahabat” . CINTA
itu konteksnya luas. Bukan hanya untuk pasangan kekasih atau suami dan isteri
saja ya!
Jadi, mari
kita reset semula pemikiran kita agar berfikiran luas dan terbuka apabila
mengatakan tentang CINTA. Cintailah sesama insan kerana itu asas keamanan dan
menguatkan jalinan ukhuwah dikalangan umat islam khususnya. Ingat…Rasulullah
SAW juga menyayangi umatnya tidak kira siapakah mereka. Mari kita bercinta
untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Dan, ucaplah Alhamdulillah diatas nikmat
pemberian perasaan CINTA ini. Bayangkan
jika ia tiada…cuba bayangkan…..?
Wallahua'alam~
Aku CINTA Allah SWT & Rasulullah SAW
Aku CINTA agamaku
Aku CINTA ibu dan ayahku
Aku CINTA ahli keluargaku
Aku CINTA bakal suamiku/ suamiku
Aku CINTA bakal isteriku/ isteriku
Aku CINTA teman-temanku
Aku CINTA sahabat-sahabatku
Aku CINTA orang-orang tua
AKU CINTA haiwan
Aku CINTA alam semulajadi
Aku CINTA apa-apa sahaja yang tidak mengundang kemurkaanNya.
Wallahua'alam~
Aku CINTA Allah SWT & Rasulullah SAW
Aku CINTA agamaku
Aku CINTA ibu dan ayahku
Aku CINTA ahli keluargaku
Aku CINTA bakal suamiku/ suamiku
Aku CINTA bakal isteriku/ isteriku
Aku CINTA teman-temanku
Aku CINTA sahabat-sahabatku
Aku CINTA orang-orang tua
AKU CINTA haiwan
Aku CINTA alam semulajadi
Aku CINTA apa-apa sahaja yang tidak mengundang kemurkaanNya.
No comments:
Post a Comment