Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT yang memberi izin untuk ku mencoretkan kata-kata di ruangan sepi ini dan selawat keatas baginda Rasulullah SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.
Ingin ku coretkan suatu pengalaman terindah diri ini bersama-sama ahli-ahli Usrah Tautan Hati (UTH). Baru-baru ini pada 22 November 2014 - 23 November 2014 aku bersama para admin UTH telah mengadakan program kerohanian iaitu KEM MEKAR SETAMAN 2014 (KMS) anjuran bersama syarikat Sebarkan Bahagia Resources milik Ustazah Fatimah Syarha dan suami-Dr. Farhan Hadi. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memudahkan segala urusan walau hakikatnya tersirat 1001 macam al-kisah.
Beberapa hari sebelum program, kami para admin diuji dengan pelbagai ujian. Salah satunya ujian ukhuwah. Iaitu melibatkan kerjasama dan sikap antara ahli jawatankuasa. Maklumlah, masing-masing sedang sibuk dan kelelahan dengan urusan kerja ditambah lagi dengan memikirkan tentang program yang akan berlansung, maka terjadilah tekanan-tekanan dalam diri. Ini perkara biasa, dalam mana-mana organisasi program pun akan berlaku perkara sebegini. Mungkin juga Allah nak uji. Kan?
Tapi, sangat bersyukur. Semuanya dapat dikawal dengan baik. Para admin masih punya semangat kegigihan untuk meneruskan program. Pada permulaan pagi sebelum program bermula, kami semua diuji lagi dengan pelbagai masalah. Ada beberapa perkara yang telah berlaku diluar jangkaan kami. Tetapi, dengan kebijaksanaan para admin dan tentunya dengan izin Allah, kami berjaya mengawal suasana dan part paling penting adalah - coverline. Hehe...
Bila program dah bermula, terasa seronok walaupun masing-masing dah keletihan. Bab yang paling best bila join sesi taddabur alam @ jungle tracking. Memang mencabar jugalah. Masa sesi taddabur alam ni barulah dapat lihat tautan ukhuwah antara peserta dan kerjasama antara admin program. Para admin juga sentiasa fokus tentang keselamatan bagi memastikan para peserta dalam keadaan yang baik dengan izin Allah. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya melakar sebuah kenangan yang terindah untuk tahun ni.
Paling yang tak boleh dilupakan yang ini (lihat gambar dibawah)
![]() |
Kasutku Oh Kasut ku.... |
Sekian coretan kenangan yang menjadi lukisan di atas kanvas kehidupan. Semangat pasukan, saling kerjasama, bertolak ansur, rasa tanggungjawab, kreatif dalam mencari solusi permasalahan dan kemesraan dalam ukhuwah, inilah rempah ratus yang menjadi rencah kenangan. Terima kasih terutama buat sahabat-sahabat admin UTH yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan KMS, terima kasih juga kepada para peserta kem yang sudi hadir dalam program kami yang tak seberapa ini. Tanpa penyertaan kalian, maka tak menjadilah program kami. Dan, tak lupa kepada Ustazah Fatimah Syarha selaku penasihat UTH, terima kasih tak terhingga atas teguran, nasihat yang bermanfaat dan sokongan.
Terima kasih juga kepada kalian yang sudi membaca dan singgah di ruangan blog ini. Semoga kalian mendapat manfaat. Mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata. Yang baik segalanya dari Allah SWT, yang buruk adalah dari diriku sendiri.

No comments:
Post a Comment