Assalamualaikum w.b.t,
Beberapa minggu yang lalu, tiba-tiba
je terdetik dan terniat di hati untuk join kumpulan usrah. Entah kenapa terasa
macam teringin sangat. Lalu hati pun berdoa,”Ya Allah, mudah-mudahan suatu hari
nanti aku akan dapat join mana-mana kumpulan usrah” Kemudian, hati bermonolg lagi, ”Hemm..nak
pergi dengan siapa? Siapa la yang nak ajak aku join kumpulan usrah ni?” Hati terus bermonolog dengan harapan yang
tak pasti.
Namun, Allah SWT itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Pengasih.
Suatu hari, aku lihat notification di
Facebook. Aku check satu persatu.
Kemudian, bola mata tertancap pada satu notification yang bertulis ‘USRAH TAUTAN
HATI 3’, “Wah..macam menarik!” Lalu, aku terus membukanya dan mendapati ada
seorang teman di ofis mempelawa aku untuk join
usrah ni.
Allahurabbi…masa ni rasa macam….Eh? Betul ke dia ajak aku ni? (Sebab,
memang sepanjang hidup belum ada orang yang ajak aku pergi usrah, kalau ajak pergi dengar program ceramah tu ade la..)
Alhamdulillah! Dengan izin Allah, kami berdua dapat hadir ke program usrah
tersebut di Masjid Jamek Saad Abi-waqqas, Gombak, KL pada 6.Disember.2012 walaupun pelbagai dugaan untuk sampai
ke situ.
Yang paling menarik dan amat-amat teruja….apabila Allah mengabulkan pula niat
hati untuk bertemu face-to-face dengan hamba Allah yang seorang ni. Beliau
adalah naqibah pada hari itu. Selain itu juga, beliau adalah seorang penulis
buku motivasi islamik dan fiqah yang terkenal. Nak tau siapa?
Jeng-Jeng-Jeng…..
Tada!
Ustazah Fatimah Syarha |
Subahanallah. MasyaAllah. Tak tau macamana nak ucapkan rasa syukur dan berterima kasih pada Allah. Rasa macam mimpi pun ada. Alhamdulillah kerana dipertemukan dan bersalaman dengan beliau di dalam majlis ilmu yang dikelola oleh beliau sendiri. Pada pandangan aku, beliau seorang yang lemah lembut tetapi tegas dalam kata-katanya. Senyumannya yang tidak lekang dibibir. Ucapannya yang memberi pelajaran dan doa. Subhanallah, sungguh cantik dan solehah makhluk ciptaanMu ini.
Terima kasih juga kepada teman ofis yang sudi mempelawa. Sememangnya Allah
telah memilih kamu sebagai pengantaraan untuk mengabulkan niat hati ini.
Alhamdulillah. Semoga nanti kita dapat hadir lagi ke majlis ilmu yang penuh
keberkatan ini.
Okey. Back to the topic!
Di dalam usrah tersebut, Ustazah Fatimah Syarha telah mengupas tentang terjemahan surah Ad-Dhuha
dan kemudiannya mengulas tentang masalah kesedihan atau keresahan yang sering
dialami oleh manusia. Tertarik satu quote
dari slide beliau iaitu; ‘Jangan jadi hamba kepada kesedihan’. Seterusnya, beliau
menerangkan tentang ‘8 penyakit fitrah
yang boleh menjadi fitnah’. Nak tau? Baiklah..
Ustazah mengupas tajuk ini daripada doa bebas dari hutang :
“Ya
Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa
malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan
manusia.”
Penyakit yang sentiasa menjadi faktor kesedihan, kemurungan
dan keresahan hati manusia itu terdapat dalam doa ini. Oleh sebab itu, Nabi SAW
mengajar kita doa ini supaya terhindar daripada 8 penyakit tersebut, iaitu:-
- Al-Hammi : Kesedihan kepada perkara yang belum berlaku lagi.
- Al-Hazal : Kesedihan kepada perkara yang sedang/telah berlaku.
- Al-‘Ajzi : Lemah kemahuan
- Al-Kasali : Malas
- Al-Jubni : Takut/ pengecut
- Al-Bukhli : Bakhil
- Gholabatit daini : Belenggu hutang
- Waqohril rijal : Tekanan manusia
Jadi, mari kita hafal dan amalkan doa ni ye.
Sekarang, nak share
pula tentang ulasan tafsiran surah Ad-Dhuha.
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu,
dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik
bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la
memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar),
lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan
kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku
kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka
janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau
sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Sebelum turunya surah ini, wahyu telah terhenti dalam satu
peringkat masa yang singkat. Kejadian ini menyebabkan junjungan kita Nabi
Muhammad SAW berdukacita, dan kaum Musyrik yang menentang Baginda mengambil
kesempatan dari peristiwa itu untuk menuduh bahawa, “Tuhan Muhammad telah
meninggalkannya dan membencinya.”
Maka Allah SWT turunkan ayat ini untuk memberi semangat
kepada Baginda supaya janganlah dihiraukan tuduhan-tuduhan musuh Islam kerana
Allah Ta’ala tetap menolongnya dan menjadikan kesudahan perjuangannya lebih
baik daripada peringkat awalnya. Bahkan Allah akan memberinya kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akhirnya Baginda redha dan berpuas hati.
Rumusannya, jika kita
berada didalam kesedihan atau berasa dukacita ingatlah bahawa Allah SWT itu
sentiasa ada bersama kita. Janganlah malu atau sombong untuk mengadu segala
masalah dan keresahan jiwa kepadaNya sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mendengar
dan paling hampir dengan kita. Walaupun, ayat ini ditujukan kepada Nabi SAW,
ianya juga adalah ditujukan kepada kita kerana Baginda menjadi contoh utama
kepada umatnya.
Okeylah, sekian saja perkongsian dari Usrah Tautan Hati 3
yang di ketuai oleh Ustazah Fatimah Syarhah. InsyaAllah, jika diberi peluang
lagi untuk hadir ke usrah yang seterusnya, aku akan kongsikan kat blog ni.
P/s: Kalut punya pasal….sampaikan
pen dan buku nota pun tak bawak. Nasib baik ada henpon, boleh la jugak taip
sikit-sikit apa yang sempat ditaip. (Time
tu risau jugak kalau-kalau ustazah ingat aku sibuk ber-SMS huhuhu....maaf ye ustazah~) Teringat
pulak kisah Imam As-Syafie yang menulis menggunakan jari telunjuk kanannya pada
tapak tangan kiri kerana tidak mempunyai alat tulis ketika menghadiri kelas
Fiqah yang diajar oleh Imam Muslim Al-Zanji.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana
ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat – Imam As-Syafie
~Alhamdulillah~

No comments:
Post a Comment