Saturday, January 28, 2012

Akaun Facebook Digodam!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Pada 24.Januari.2012 @ Kuantan,Pahang- Telah didapati akaun Facebook tak boleh di akses masuk. Katanya, aku ada membuat penukaran Password pada jam 6.49 pm. Sedangkan pada waktu tu, aku keluar dan tak bukak Facebook pun. Huhuhuhu...Dan,aku ada check email yg mengatakan ada Hacker dari area Melaka yang hacked aku punya akaun Facebook ni. So tanpa membuang masa, sewaktu on the way balik ke KL, aku berusaha jugak utk fix kan masalah ni. Memang leceh la, sebab banyak sangat step dari Facebook utk pengesahan identiti. So, aku ikut je lah sumer arahan yg di berikan. Dan, sebelum pergi ke final step, aku kene la tunggu dalam tempoh 23jam! Means, esok malam baru boleh bukak. Haruuu~


Keesokkan harinya, aku try la bukak dan ikut step2 yang Facebook dah bagitau. Malangnya, still tak boleh nak log in. Never give up! Aku pun try buat semula...dan terpaksa lah sekali lagi tunggu dalam tempoh 23jam untuk log in.
Hari ni, aku try bukak semula dan ikut arahan. Alhamdulillah! Akhirnya berjaya aku mendapatkan semula Facebook setelah hampir 3 hari tak menjenguk kedalamnya. Walaupun dah berjaya, aku try check email dan aku dapat tau rupa-rupanya semalam 27/1/2012 Jam 10am ada lagi Hacker dr area Rawang pulak yg try nak tukar password aku. Cis!


Dan, apa yg membuatkan aku masih lagi tak berpuas hati -> Email yg aku guna untuk Facebook sebelum ni langsung tak bleh bukak. Haishh!


Kenapa sayang sangat akaun Facebook tu?


Aku sayang akaun Facebook bukan sebab aku ni kaki Facebook. Tapi, aku sayang sebab dalam tu banyak data/contact kengkawan. Dari skolah rendah sampailah ke IPT. Sayang lah kalau hilang sumer tu. Takkan lah aku nak Add sumer orang kot. Aku pun tak ingat kesemua senarai kengkawan dalam tu. Dah la dalam tu ada gambar-gambar, pastu ada komen-komen yang best dr kengkawan. Memang seribu kali sayanglah!
Senang citerlah, bagi aku Facebook ni macam buku Yellow Pages tapi versi digital. Atas alasan nilah aku sayang sangat akaun Facebook aku tu. Harap-harap pasni dah tak kena hacked dah. InsyaAllah~


So, masalah Facebook dah setel. Sekarang cuma tinggal masalah email aku yang tak boleh nak Sign In langsung. Adoiyaiii....





Tuesday, January 24, 2012

Aku & Tugasan menaip





Assalamualaikum & Salam sejahtera,


Alhamdulilah, pada Jumaat lepas aku berjaya menyiapkan kerja-kerja menaip kisah Nabi Yusuf AS ke dalam Microsoft Words. Kisah Nabi Yusuf AS ni ditulis oleh En. Azman Hussin. Siapakah dia? Ohh...dia dalah big bos merangkap Chairman di syarikat tempat aku berkerja. Kisah Nabi Yusuf AS ni akan diterbitkan ke dalam bentuk E-Book dan InsyaAllah juga akan terbit dalam bentuk buku (hardcopy). Huh..tak pasal-pasal syarikat IT akan menjadi syarikat penerbitan buku (Who's know? Maybe 2-3 years lagi kan??) Aku nak kongsikan pengalaman dan apa yang menarik sepanjang aku menaip kisah Nabi Yusuf AS ni.


Aku menaip kisah Nabi Yusuf AS bermula bulan Disember 2011 dan selesai pada Jumaat lepas iaitu pada 20.Januari.2012. Manuskrip asal adalah di dalam bentuk tulisan tangan oleh En.Azman Hussin sendiri. Memang pada awalnya, agak susah sikit untuk aku menaip memandangkan aku perlu memahami bentuk tulisan beliau yang sangat berseni dan klasik ("Cantik tulisan bos..." - Antara komen rakan-rakan sekerja). Tapi, bila dihayati dan difahami, barulah aku dapat menaip dengan cemerlangnya (Cehwahh...). Pandangan aku, kisah Nabi Yusuf AS ni adalah sebuah kisah yang indah. Aku bersetuju dengan permulaan cerita tersebut yang mengatakan kisah Nabi Yusuf AS adalah kisah yang paling indah di dalam Al-Quran.

Al-Quran seluruhnya dan kisah yang terindah ini diwahyukan melalui perkataan dan ayat yang digubal dengan huruf-huruf yang biasa seperti Alif, Lam dan Ra. Dari huruf-huruf biasa ini yang digunakan setiap hari oleh orang-orang Arab, Allah SWT melengkapkan sebuah kitab yang nyata memberi petunjuk untuk manusia sejagat sepanjang zaman.  
Al-Quran menegaskan bahawa kisah Nabi Yusuf AS ini ialah kisah yang paling indah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia juga menegaskan bahawa inilah pertama kalinya Nabi Muhammad SAW mendengar kisah paling indah ini. Ia menekankan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendengar atau mempelajari kisah ini daripada orang lain dan tidak pula Nabi ini seorang tukang cerita, seperti yang dituduh oleh pembesar kafir Quraisy di Mekah. Muhammad SAW adalah seorang rasul utusan Allah SWT yang benar. Allah SWT mengajar dan mendidik beliau mengenai agama melalui wahyu.  

Ini sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran :



Alif, Laam, Raa`. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.  Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
Surah Al-Yusuf,12:1-3

Sebelum aku diberi tugasan untuk menaip kisah ini. Aku baru je tamat membaca surah Yusuf didalam Al-Quran dan sudah pun selesai membaca terjemahan nya. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan kali kedua untuk mendalami kisah ini dengan menaip manuskrip yang ditulis sendiri oleh En.Azman Hussin. Manuskrip beliau bukan saja menyalin semula terjemahan kisah Nabi Yusuf AS 100% seperti di dalam Al-Quran. Malah beliau membuat huraian terperinci bagi setiap terjemahan dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran bagi memudahkan para pembaca memahami dan menghayati kisah yang indah ini.  Beliau juga fokus kepada mimpi Nabi Yusuf AS dan kesungguhan Nabi Yusuf dalam menjaga maruah diri serta taat kepada agama Allah SWT. Sifat pemaaf dan tidak berdendam diantara manusia juga turut di tunjukkan di dalam kisah ini.


Apa yang paling menarik adalah sifat lelaki soleh yang ada pada Nabi Yusuf AS. Ini ditunjukkan pada babak dimana beliau (Nabi Yusuf AS) digoda oleh isteri tuannya iaitu-Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan wajah Nabi Yusuf. Beliau bukan saja memiliki wajah yang tampan malah beliau memiliki akhlak yang baik. Kisah ini ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan tak berjela-jela. Senang untuk difahami terutama jika pembacanya adalah daripada golongan kanak-kanak.


Sebaik saja aku selesai menaip untuk setiap baris ayat, aku akan rasa tak sabar-sabar untuk menaip ayat yang seterusnya untuk mengetahui sambungan kisah ni. Yup, ianya sebuah penulisan yang santai tetapi penuh dengan isi yang bermanfaat. Taniah untuk En.Azman yang mempunyai kesungguhan dalam menyiapkan manuskrip dengan hasil tulisan tangannya sendiri. 


Antara kesukaran ketika menyiapkan tugasan ini adalah ketika meng-copy & paste ayat-ayat Al-Quran (bahasa Arab) ke dalam Micrsoft Word. Mana tak nya, laptop aku sebelum ni (sekarang aku menaip dengan laptop baru) tak boleh nak install arabic fonts. Maka, ia menyebabkan aku terpaksa menghabiskan masa lebih kurang 15 minit untuk ayat panjang dan 10 minit untuk sebaris ayat. Fuhh! Memang memerlukan kesabaran untuk menyudahkan kerja ni. Maunya aku tak tersengguk-sengguk kat depan laptop dengan mengadap Microsoft Words. Ditambah pula dengan keyboard laptop yang ronggak, ni melambatkan kerja-kerja menaip. Selepas siap proses menaip, aku perlu re-check ayat-ayat Al-Quran yang di-copy & paste tadi takut ada yang terubah kedudukkan dan ada ayat yang tercicir ketika aku meng-edit format Microsoft Words. Tak pasal-pasal ayat jadi terpesong dan  jadi ajaran sesat. Nauzubillah!


Tapi, Alhamdulillah lah berkat kesabaran dan sokongan daripada my lady boss (Pn.Naimah Hj Talib) berjaya jugak aku menyiapkan nya. Mungkin nanti akan di edit semula ke dalam Adobe InDesign bagi mendapat hasil yang lebih cun untuk di jadikan E-Book dan buku. Dengan alasan ini lah aku sekarang sedang berusaha gigih untuk mendalami Adobe InDesign. Maklumlah, ni adalah bidang baru bagi aku yang mana pendidikkan bukanlah berlatar belakangkan bidang ni. Tapi, aku seronok sebab penulisan adalah antara hobi feveret aku hehehe....walaupun aku bukanlah seorang penulis yang bagus.


Okeyla, sekian saja pengalaman aku tentang tugasan menaip kisah Nabi Yusuf AS. Tak lama lagi, kisah ini akan diterbitkan di website (E-Book) juga di pasaran dalam bentuk buku (hardcopy). InsyaAllah~



Sunday, January 15, 2012

Never Say Goodbye but Goodluck! Part 2


Potong kek time Farewell Party :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pada mula nya, aku memang berharap untuk tak menulis 'Never Say Goodbye but Goodluck! Part 2'. Tapi Allah SWT telah merencanakan sebalik nya. Maka, dalam keadaan yang kurang sihat (demam + selsema), juga dalam kesedihan untuk menerima perubahan, aku cekalkan hati untuk terus menulis bagi sesi perpisahan 'part 2'.

13.Januari.2012 (Jumaat) - Adalah last day buat seseorang yang aku anggap senior,sifu dan kawan di dalam department/ofis aku iaitu Radin Siti Haziqoh atau lebih mesra dipanggil K.Azie . Di saat awal perkenalannya, beliau berada di dalam situasi yang agak tertekan dek kerana sekumpulan manusia yang menghukum kehadirannya di ofis. (Masa tu, beliau boleh dikatakan 'orang baru'). Aku rasa tak perlulah aku mengungkit kenangan pahit beliau. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebalik nya dan pengajaran untuk semua. Walaupun beliau berkhidmat tidak lah sampai setahun di ofis, tetapi pengalaman yang ada pada beliau telah menjadi faktor yang mempercepatkan proses penyesuaian diri. Seolah-olah beliau juga mampu berdiri sebaris dengan otai-otai yang berada di ofis. 

Apa yang membuatkan aku senang dengan beliau ialah sikap yang suka merendah diri. Terus terang aku katakan, beliau adalah seorang yang outspoken -main cakap lepas, tapi masih dalam nada bergurau. Namun, beliau bijak mengawal suasana, dan bersikap rendah diri dalam pelbagai situasi. Walaupun beliau seorang yang berjawatan tinggi (jika dibandingkan dengan aku lah...), tak pernah sekali pun beliau mencipta tembok yang membezakan status kami. Bukan aku sorang aje, teamate-teamate aku yang lain pun senang untuk bercakap,berbincang, atau meluahkan pendapat dengannya. Dan, beliau juga tak segan silu untuk bertanyakan sesuatu yang beliau tak faham atau sesuatu yang beliau tak tau tanpa mengira status jawatan.

Salah satu lagi sebab kenapa aku sangat-sangat merasai ketiadaan beliau di ofis nanti, adalah hilangnya keceriaan di dalam ofis. Sememangnya, beliau seorang yang sangat ceria atau 'Happy-Go-Lucky' person. Walaupun beliau mempunyai masalah-masalah besar, tetapi masih boleh tersenyum dan ketawa. Mungkin bagi orang-orang yang tidak mengenalinya akan melabel beliau sebagai seorang yang bahagia dan sentiasa bersenang hati. Tetapi, ia adalah sebaliknya.


Beliau juga adalah sumber rujukkan (selain K.Raf - sila rujuk 'Never Say Goodbye but Goodluck! Part 1'). Maklumlah, latar belakang pendidikkan aku bukanlah dari bidang IT atau Business. Maka, untuk term-term yang tertentu, aku suka dan senang untuk rujuk pada beliau. Aku akui, beliau bukanlah seorang yang kedekut ilmu dan kadang-kadang beliau sendiri suka memberi ilmu tanpa diminta. 

Aku tau, beliau berat hati untuk meninggalkan kami semua tetapi beliau juga ada alasan tersendiri. Aku terpaksa redha dan menerima segala keputusan dengan hati yang tabah. Memang sedih bila mengenangkan saat kami (Aku + Beliau + Teamates) berkerjasama dalam menyiapkan satu-satu tugasan. Pelbagai kesusahan dan kesenangan dan pelbagai kisah pahit dan manis. Bila di kenangkan atau diceritakan semula, kami sama-sama ketawa. 

Selagi dikurniakan akal fikiran yang waras dan sihat. InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat semua pesan-pesan dan kata-kata nasihat daripada beliau yang diberi samada secara lansung atau tak lansung. Aku akan merindui kehadiran beliau sebagai kawan, senior, sifu dan ofismate yang ceria.  Aku tak nak ambil peduli tentang segelintir pandangan manusia terhadap beliau, kerana aku mengenali siapa beliau. Don't judge people by their outside personality but judge from their inside personality...(lebih kurang gini lah ayat nya)

Flashback- Selepas solat Isyak di ofis, aku dan Miss.D menghantar beliau dengan berjalan kaki sama-sama ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Ini adalah last (last sebagai rakan sekerja), kami bertiga berjalan kaki sama-sama ke situ. Sempat kami berdua memberi hadiah kepada beliau dan bersalam-salaman. Tak banyak bicara yang mampu aku ucapkan ketika itu, hanya menahan emosi yang semakin bergelora (cehwahh!). Tambah-tambah lagi, hari tu aku diserang selsema yang teruk, so tak boleh nak feeling sangat. Huhuhu....Walaupun, aku tak dapat wish (secara lisan) lebih-lebih untuk beliau, aku rasa dah cukup wishes yang aku dah tulis kat dalam kad ucapan yang aku lekatkan pada hadiah. Lagipun, aku ni bukanlah jenis yang suka meluahkan dengan kata-kata secara LIVE. Bak kata sang pujangga, 'Biar pena menceritakan segalanya' (Hehehe...)


Akhir kata, I don't wanna say Goodbye but Goodluck untuk masa depan beliau. Dan, semoga beliau dapat sesuaikan diri dengan suasana baru nanti serta berjaya di dunia dan akhirat. Aku juga berharap penganti tempat beliau (kekosongan jawatan beliau) adalah seorang yang merendah diri dan senang untuk aku berkongsi ilmu. InsyaAllah. Jutaan TERIMA KASIH juga untuk beliau di atas segala ilmu yang dicurahkan dan makan minum yang pernah dibelanjakan. Jazakallahu khairan.

I will miss her and hope we will meet again, InsyaAllah! Semoga perpisahan ini akan diberkati Allah SWT.




P/s: Walau, kau tiada disini, ku tetap ingat semua pesan mu ~ Lirik Patah Seribu by Shila Hamzah.



Thursday, January 12, 2012

Aku & Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah








Assalamualaikum & Salam sejahtera,


(Cerita ni sepatutnya dalam 2011 (27/12/2011), tapi tak sempat nak update so postpone la sampai menjelma 2012.)


Pada suatu malam, aku berjalan pulang dari Pasaraya HERO, Sg.Besi. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melalui gerai yang menjual nasi lemak kukus berhampiran dengan Kem Tentera Sg.Besi. Bau aroma ayam goreng rempahnya memang memancing selera aku yang sememang nya sedang kelaparan. Orang cakap, nasi lemak kat situ sedap. Jadi, dah kebetulan lalu, aku pun singgah la untuk beli sebungkus dua (padahal sebungkus jek hehe). Masa tu, orang tak ramai cuma ada dua orang pakcik. Aku pun order la "Nasi Lemak Ayam satu," Abang penjual tu pun angguk. Selang beberapa minit, pelanggan yang berada disitu sudah bertambah daripada 3 orang (termasuk aku) kepada 7 orang. Yang hairan nya, semua pelanggan yang sedang menunggu Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah tu kesemuanya lelaki dan hanya aku sorang je pelanggan perempuan. 
Pelik. Aku pun usya-usya la disekitar gerai kecil tu. Manala tau ade signboard yang bagitau 'GERAI INI HANYA UNTUK PELANGGAN LELAKI SAHAJA!' .Tapi tak ada pulak signboard yang tulis macam tu. Yang ada cuma banner yang bertulis Nasi Lemak Kukus, Ayam Berempah. Hemm..Lantak lah. Yang penting dapat makan. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang kecekapan abang penjual nasi lemak tu. Bayangkan lah, hanya dia sorang-sorang menyediakan berpuluh-puluh pesanan. Sebab apa aku kagum sangat ni???? (siap nak update dlm blog x feymes nih), sementara menunggu ayam yang digoreng tu masak..aku tengok dia sedang menyediakan berpuluh-puluh pesanan. Mungkin sebelum tu, ada orang tempah dalam kuantiti yang banyak untuk majlis. Memang superb lah! Kalau aku maunya menangis. Dah la kena buat sorang-sorang, ditambah lagi dengan pesanan pelanggan yang baru datang. Huhuhu...penatnyer. Lepas tu pulak, dia dah macam buat 'cooking show' kat kitaorang yang menunggu nasi lemak yang dah di-order ni. Yela..kitorang yang dok berdiri tercegat kat situ nak tengok apa lagi?...melainkan tengok abang penjual tu membuat kerja-kerja nya. Sekejap dia letak nasi dalam bekas polisterin, sekejap dia bubuh pulak ikan bilis goreng ke dalam bekas polisterin yang dah diisi dengan nasi, lepas tu dia ambil timun dan potong laju-laju...wahh..part ni memang aku kagum! Aku yang perempuan ni pun tak secekap dia nak potong timun dengan skill yang macam master chef tu. Lepas potong, dia letak pulak kepingan-kepingan timun dalam bekas polisterin yang dah ada nasi dan ikan bilis, kemudian diikuti dengan telur dan sambal. Dah setel sumer tu, proses menutup kesemua nasi lemak yang dah disediakannya tadi. Tapi, dalam pada tu...sempat juga dia sekali-sekala menjenguk ayam yang sedang bermandi minyak di dalam kuali. Kira nya, multitasking la ni.
Kesemua nasi lemak yang siap dibungkus telah disusun dengan baik diatas meja. Wahh..sangat efisien dan kemas. Pada pendapat aku lah. Abang penjual nasi lemak ni kalau di letakkan didalam pejabat, jawatan yang sesuai untuk dia adalah Manager. Sebab, dari gayanya, dia seorang yang manageable, bijak menggunakan ruang waktu dan seorang yang multi-tasker. Mungkin diatas faktor-faktor persekitaran dan sekeliling yang telah berlaku didalam kehidupannya menyebabkan dia berada di gerai kecil tu. Dan, mungkin perjalanan hidupnya membuatkan dia tidak bekerja sebagai Manager atau menjadi seorang businessman yang memakai kot sambil membawa iPad kehulu dan ke hilir. TETAPI! tak mustahil juga, dia sebenarnya adalah seorang usahawan atau  seorang pengurus syarikat atau seorang pegawai atau seorang yang bekerja di pejabat pada waktu siang. Tiada siapa tahu, siapakah dia. Atau mungkin dia adalah dia, iaitu seorang peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah yang terkenal di area Sg.Besi. Nobody knows...but Allah SWT know.
Oklah, moral of the story daripada cerita peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah ni iaitu, kita tak seharusnya menilai orang lain dari pandangan luar atau daripada apa yang dilakukannya. Apa yang perlu kita nilai adalah apa usaha dan kemahiran yang telah dilakukannya. Walaupun kita dapat kerja bagus, dengan duduk kat bilik yang ada penghawa dingin, dengan pakai baju cantik-cantik..smart-smart, then bawak laptop atau iPad ke hulu-hilir, kita masih tak boleh anggap yang kita adalah paling hebat. Nope! Sebab.....belum tentu kemahiran yang ada pada peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah ni dan juga peniaga-peniaga kecil yang lain, ada  pada kita! Cuba soal selidik diri sendiri,  secekap mana kita boleh potong timun dengan laju? Secekap mana kita boleh menyediakan berpuluh-puluh pesanan dalam beberapa minit? Secekap mana untuk kita membuat banyak kerja dalam satu masa?  Huh! Kalau ikutkan, tahap kemahiran diorang ni..sebenarnya, sama je dengan kemahiran-kemahiran yang ada pada kita atau bos-bos di pejabat. Cuma yang membezakan kita dan mereka adalah tempat bekerja dan persekitaran. Dari segi perlaksanaan...aku rasa, kemahiran yang digunakan adalah SAMA. Dan, jangan tersentak jika kemahiran yang ada pada mereka TAK ADA pada kita. Jadi, ambillah cermin..cerminlah diri kemudian kajilah apa yang kita ada dan carilah apa yang kita tak ada....Sekian~




P/s: Jangan pandah rendah pada kemampuan orang lain walaupun ketinggiannya badan nya lebih rendah daripada kita. Hehehe...

Wednesday, January 4, 2012

Ahlan Wa Sahlan 2012!






Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah! Syukur kerana masih dapat menikmati kehidupan di tahun baru. Kebiasaannya, bila tiba tahun baru mesti ramai yang nak tanya pasal AZAM. Bagi aku (seperti di post sebelum ni), aku tak ada apa-apa azam melainkan segunung impian yang nak dicapai. Aku hanya ada satu matlamat, iaitu untuk mencapai impian di dunia sebelum tiba nya  akhirat dan ianya akan berlarutan sampai bila-bila. Fokus - bukan sekadar impian di dunia, tetapi preparation untuk akhirat juga (yg mana kita tau dunia dah semakin uzur..kan?). InsyaAllah. Semoga dengan ketibaan tahun baru ini, kita akan sentiasa di dalam perlindungan Allah dan semoga kita beristiqamah dalam menjaga nikmat iman dan Islam yang telah dianugerahkan oleh Maha Pencipta-Allah SWT sejak kita di dalam kandungan ibu. Cuma, manusia...bila dah dilahirkan ke dunia dan di pengaruhi oleh unsur-unsur sekeliling yang negatif kebanyakkan nya EGO dengan Allah SWT. Iyelah..seronok katakan dapat segala nikmat yang diberi 'PINJAM' oleh Allah SWT. Aku tak nak menunding jari kepada seluruh umat manusia, dan aku tak bermaksud untuk menjadikan orang lain sebagai contoh. Cukuplah kat sini aku jadikan AKU sebagai contoh manusia yang pernah EGO. Menidakkan itu..menidakkan ini....TA-PI! Alhamdulillah....aku tersedar dek simbahan balasan yang Allah bagi. Dan, itu tak bermakna aku boleh meletakkan diri sebagai insan yang benar-benar insaf dan taubat kerana iman masih lemah...terkadang aku tersungkur...jatuh, kemudian bangkit sendiri....begitulah, ianya berlaku dengan proses yang berulang-ulang. Sebab itu, tiada manusia yang sempurna melainkan nabi dan Rasul yang bersifat maksum. -Wallahualam. Manusia- aku maksudkan disini ianya lebih merujuk kepada AKU. Kerana didalam blog post ini, contoh nya adalah AKU!  (^^,) Semoga tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Amal Makruf Nahi Mungkar~