Sunday, June 26, 2011

AKU vs KEMBARA KE ANGKASA (Part I)

                                                                     Cover book
As salam kalian,


Sebelum aku mengadap skrin komputer untuk menaip setiap baris kata di laman blog 'underground' aku ni. Aku baru aje lepas membaca buku seorang penulis yang menjadi sumber inspirasi. Beliau bukan lah sasterawan, bukan juga penulis hebat, juga bukan seorang karyawan....beliau adalah seorang Doktor dan seorang Angkaswan Pertama Malaysia! Beliau adalah Dr.Sheikh Muszphar Shukor dengan hasil penulisan nya (juga merupakan diari sepanjang beliau mengikuti program angkasa sehingga lah berjaya pulang dari ISS) - KEMBARA KE ANGKASA (KKA) atau dalam versi English -JOURNEY TO THE SPACE. Baiklah, aku akan menceritakan serba sedikit tetang buku tersebut. Buku KKA tu aku beli di Pameran Buku Antarabangsa yang berlansung di PWTC. Masih aku ingat lagi tarikh aku menjumpai buku KKA pada 1.Mei.2011 dan tanpa berfikir panjang terus aje aku membuat pembayaran di kaunter. Perasaan masa tu memang excited sangat-sangat, sebab tujuan utama nya aku menjejakkan kaki  ke pameran yang menyesakkan tu adalah semata-mata nak mendapatkan buku KKA. Pada mula nya aku dah kepenatan memandangkan ruang legar pameran tu agak besar dan tambah-tambah pulak orang terrrrrrr lalu ramai. Entah macam mana, sebelum balik hati tergerak untuk menjenguk booth-booth yg ada di sebuah ruang legar yang belum aku jejak lagi. Aku berjalan sambil memandang ke setiap rak-rak buku dengan harapan aku akan menjumpai buku KKA hasil penulisan Dr. SMS ni...tiba di booth MPH. Sekali lagi hati tergerak untuk mencari buku KKA kat situ. Aku berjalan hingga ke bahagian belakang dan cuba menjenguk ke arah sebuah rak yang terletak dihujung. Alhamdulillah! Akhirnya aku mampu tersenyum puas! Buku tersebut ada dua versi..satu versi BM, satu lagi versi English. Memandangkan aku ni bukan la pro sangat bahasa English, so...aku pun terus aje mencapai buku versi BM yang bertajuk KEMBARA KE ANGKASA (KKA) dan terus membuat pembayaran di kauter. Abah yang masa tu setia mengikuti aku, hanya mengeleng-gelengkan kepala. Itu bukan tanda nya dia memprotes, tapi meng-iyakan ke-obsesan (ayat imbuhan salah ni,jgn tiru ye) aku pada Dr.SMS dengan buku-buku nya. Sebelum ni aku dah dapatkan buku yg bertajuk 'Reaching To The Star' versi English. Buku tu turut ditulis oleh arwah adik kesayangan beliau -Ajil. Memang mereka bukan lah sasterawan mahupun penulis hebat. Tapi kerana keikhlasan dan kejujuran dalam setiap hasil penulisan mereka membuatkan aku menitik air mata lebih-lebih lagi bila membaca buku yg bertajuk 'Reaching To The Star' tu.Huhuhu~
Okey lah, back to KKA. Buku yang bermuka surat sebanyak 304 m/s tu hingga hari ini aku baru je membaca sebanyak 166 m/s.Tak sampai separuh pun lagi...huhu...bukan kerana buku tu membosankan. Tapi keletihan dan mOod yg menjadi faktor penghalang. Kadang-kadang bila tengah syok-syok membaca...feel mengantuk mulalah menjalankan operasi nya. Maka, tergendalah lagi mood utk meneruskan pembacaan yang tak sampai 2 muka surat.Huhuhu..very bad!
Apa yang menarik tentang buku KKA ni adalah penceritaan nya yang menampakkan keikhlasan dan kejujuran penulis-Dr.SMS. Beliau bercerita seolah-olah sedang berbicara dengan kita. Penulisan nya yg bersungguh-sungguh membuatkan aku terasa seperti sedang mengikuti nya ketika program angkasa. Memang dapat dirasakan semua jenis mood yang ditunjukkan melalui bahasa penulisan. Mood sedih,mood gembira, mood keletihan,mood ceria...dalam bahasa ringkas, penulisan beliau memberi satu aura yang positif kpd setiap pembaca nya.
DR.SMS- aku memang mengkagumi nya bukan kerana dia handsome semata-mata tapi intelligence dan seorang yang sangat brilliant dalam setiap apa yang beliau lakukan. Aku suka bila beliau menyatakan tentang semangat dan cita-cita.  Pemikiran dan pandangan nya berkenaan cita-cita hampir sama dengan perspektif aku suatu ketika dahulu. Ketika membaca buku KKA tu, aku dapat rasakan bahawa ada sesuatu dalam diri aku yang telah lama hilang tanpa aku sedar. Sesuatu yang sangat berguna jika aku masih menjaga nya dengan baik. Dan jika masih ada, aku tidak akan menjadi seperti sekarang, hidup tanpa arah tujuan yang tak pasti. Sesuatu yang aku jumpa dalam buku KKA tu adalah 'semangat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang diimpikan' - Itulah sesuatu yang telah lama hilang dalam diri aku. Sebab tu aku menjadi seperti sekarang walaupun sentiasa dibayangi oleh cita-cita dan impian yang tinggi melangit tu! Huh....
Penulisan beliau juga mengingatkan aku tentang diri sendiri yang pernah bercita-cita menjadi seorang angkasawati pertama negara.Ceh! Bila teringatkan itu, aku hanya mampu ketawa terkekek-kekek. Jika hendak dibandingkan kelayakkan aku dan Dr.SMS atau pun Miss Vanajah (salah seorang kandidat perempuan yang tercalon bersama 3 orang lagi lelaki iaitu - Dr.SMS,Dr.Faiz,Mr.Faiz (juruterbang) didalam Program Angkasa Negara- mereka adalah 4 calon yang terpilih daripada 11,425 penyertaan! Bravo!) memang seperti planet Pluto dan planet Utarid.  Walaupun mcmtu, aku tetap bagi sokongan pada program ni dan berharap sangat suatu hari nanti dapat berjumpa face-to-face with them. Sebab..mereka adalah golongan orang-orang yang optimistik dan positif.
Setakat ni aku baru je habis membaca tak sampai separuh muka surat. Masih banyak lagi pengalaman Dr.SMS yang belum diketahui. Masih banyak cerita beliau untuk dikongsi. Secara jujur nya, buku ni membuat kan aku teringat akan diri sendiri yang dulu nya seorang yang optimis dan positif berbanding sekarang aku adalah seorang yang sentiasa berfikiran negatif dan masih hidup dalam kenangan.Very bad....kan? Aku dulu nya yang ceria dan aktif sekarang seorang yang hampir pasif dan kerap moody. Dahulu nya seorang yang penuh bersemangat kini menjadi seorang yang mudah putus asa..sikit-sikit..MALAS! MALAS! MALAS! sebab tu la jadi macam ni. Kalau dulu ditanya tentang cita-cita, setebal 500 muka surat pun aku boleh karangkan. Sekarang, sebaris perkataan belum tentu! Bila aku membaca KKA ni, ia membuatkan aku ingin kembali pada beberapa tahun yang telah berlalu. Aku ingin memperbetulkan semua yang salah. Zaman yang penuh penyesalan adalah di zaman aku ingin mendapatkan segulung Diploma. Tak tahu ke aku dengan segulung Diploma tu aku boleh melangkah lebih jauh? dan tak mustahil jika 'semangat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang diimpikan' tu masih aku jaga...InsyaAllah, aku boleh menjadi salah seorang daripada mereka-mereka yang berjaya? dan tak mustahil jugak kalau diizinkan Allah swt, jika ada program pemilihan ke angkasa kali kedua... aku pun boleh join sekali. Kan? (Wahh..tinggi ke angkasa harapan kau yer - monolog dalam diri) Tapi, entah lah...mungkin masa tu dipengaruhi oleh pesekitaran sekeliling. Salah satu nya pergaulan..tak pun cara pemikiran atau kurang kesedaran..atau lupa diri! Seribu satu macam penyesalan..tapi nasi dah menjadi bubur. Segulung Diploma hanya disimpan seperti kenangan (kerana value nya kurang memuaskan -aku yg tak berpuas hati dgn diri sendiri) .Sebab tu aku selalu ingatkan pada adik-adik supaya belajar sungguh-sungguh dan jangan fikirkan apa orang kata. Ayat ni aku selalu sebut pada diorang," Biar orang kata kita miskin harta, sekurang-kurang nya kita kaya dengan ilmu," 
Aku redha dengan apa yang dah berlaku dan aku tak menyalahkan takdir. Sebab yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk tu adalah daripada diri kita sendiri. Macam Ex-Boss aku pernah cakap, yang membezakan manusia adalah AKAL! kalau berakal sudah tentu individu tu mampu memikirkan tentang agama nya dan memilih yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Dan sekarang, baru aku sedar. Kesilapan dalam pengurusan akal juga membuatkan aku hilang segala fokus untuk mencapai impian dan bersikap sambil lewa. Jika selepas ini, aku diberi peluang seterusnya, InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik dengan menjadikan sikap dan cara pengurusan akal Dr.Sheikh Muszapahar Shukor sebagai sumber inspirasi.
I'm proud of him! Dia telah merealisasikan impian aku yang setinggi ke angkasa tu. (^_^)/
Okey lah, setakat ni aje yang boleh aku coretkan tentang buku feveret -KEMBARA KE ANGKASA. InsyaAllah akan ada PART II iaitu selepas aku selesai membaca keseluruhan nya. Aku akan share' kan bagaimana rasa aura positif hasil pembacaan dari penulisan oleh seseorang yang positif. -Dia bukan sasterawan, dia bukan karyawan, tetapi dia adalah seorang ANGKASAWAN!


P/s: Aku tau korang dapat rasa perbezaan penulisan kali ni kan? Nampak lebih skema walaupun di campur adukkan dengan penggunaan bahasa-bahasa 'pasar' (perosak bahasa ni). Haaa! tu la kesan nya lepas membaca buku KKA tu..(lagipun aku tengah dalam mood menulis novel, so pratice makes perfect kan?Hehehehe) Korang apa lagi??? Kalau nak jadi positif boleh la try baca buku tu. If u dare..u get it! 


" Baru sikit je aku baca but dah ada kata kata semangat dia yang buat kita pun turut sama merasa. Dan buat kita lebih yakin menggapai cita cita kita. Seronok sangat~"  Ni salah satu ayat contoh dari salah satu blog yang aku TER-jumpa.You see...betapa BAGUS nyer buku KKA tu. Bukan aku je yang teruja...hermm~

He's the man!

Thursday, June 23, 2011

mOod menulis Oh! MoOd mEnulis

As salam buat kalian,




Baru-baru ni entah kenapa aku terasa ingin meneruskan hobi feveret aku iaitu 'menulis novel'. Novel yang aku tulis ni bukan la sama level dengan novel-novel 'Andai itu Takdirnya','Cinta Itu Milik Kita','Cinta Kau Dan Aku' dan bla....bla...bla...SEBAB! novel yang ditulis dan dikarang oleh aku tu belum di komersial kan lagi. Aku hanya suka menulis kemudian aku sendiri yang baca. Kalau nak tau, dah lebih dari 10 citer aku tulis. Eh! Aku bukan menulis dengan cara menaip guna MS Word tau...aku tulis pakai pen dan kertas. Kalau zaman sekolah dulu, boleh dikatakan setiap minggu kena beli pen baru dan buku  latihan sekolah yang kulit dia warna coklat tu akan jadi mangsa mata pen aku.Ha-ha!


Pernah gak kawan-kawan aku tanya, " Macamana kau bleh tulis novel haa?" Ha-ha..entah la. Aku pun xtau macamana la aku bleh ada bakat menulis novel. Nak kata aku ni minah jiwang bunga-bunga...org kata aku ni brutal! ceh...Nak kata masa aku menulis tu dalam hati ada taman...huh! celah mana taman....semak samun ade lah...Entah la wei..susah aku nak explain mcmana aku bleh reti nak menulis novel. Yang aku tau, idea-idea yang aku dapat tu, melalui 'daily observation' dan kadang-kadang idea tu datang melalui pengalaman atau kisah hidup orang-orang sekeliling cuma aku akan ubahkan sikit supaya nampak lebih gempak la...ceh! Bukan senang tau! Setiap satu 'scene' atau babak dalam satu cerita tu ada pulak cabang-cabang nyer...kalau tak bercabang-cabang tu bukan novel nama nya....itu boleh dikatakan cerpen. Sebab,kalau cerpen jalan cerita nya direct dan tak panjang. Ni hanya pendapat aku la...pendapat korang aku tak tau la mcamana kan...


Okey,kalau dirujuk kepada tajuk penulisan blog aku kali ni...bunyi mcam aku tengah tak ada mood nak menulis kan? Tapi rajin pulak aku dok menulis kat dalam blog underground aku nie.Huh...
Memang pun..aku akui...mood untuk menulis novel dah kurang...kadang-kadang aku mcm memaksa diri sendiri pulak...tapi aku rindu nak memulakan nya. Dan, tiba-tiba terasa nak komersial kan kisah-kisah hasil karangan aku tu...ada yg dah berhabuk dah pun...InsyaAllah, aku akan cuba untuk merealisasikan impian cinonet untuk meng'komersial'kan (ayat ni kalau aku guna dlm penulisan novel aku tu confirm! kene reject ngan Dewan Bahasa Dan Pustaka) novel aku yang tak seberapa tu. Terima kasih lah kepada kawan-kawan yang pernah mengikuti kisah-kisah hasil karangan aku tu dan komen-komen..serta kritikan-kritikan yang membina....terima kasih juga kepada yang bagi support untuk aku komersial kan kisah-kisah hasil karangan aku tuh....InsyaAllah~ semoga aku kuat semangat untuk terus berkarya...walaupun aku budak baru belajar dan masih layak digelar 'penulis amatur' dalam bidang penulisan nie.(Wahh....mcm teks ucapan pemenang anugerah Berita Harian)
MoOd Oh! mOoD (-0_0-)




P/s : " Aku sebenarnya malu nak kasi orang baca...he-he-he...sebab, bila aku bandingkan novel cikai-tak-komersial  aku tu ngan novel-novel yang dah berlambak kat kedai-kedai mahupun pasar malam tu...aku rasa macam aku budak baru nak belajar Bahasa Melayu  darjah 1. Serius! "


TAPI: " Aku akan cuba gak...demi korang-korang (ceh! mcm ramai jek) Just wait n see..myfren!" InsyaAllah~

Saturday, June 4, 2011

Unexpected!

Sekadar illustrasi tanpa makna. myBoss bukan macam ni yer :)


As salam kalian semua,


Dah alang-alang ada mood nak menulis, baik aku teruskan dengan satu lagi pengkongsian kisah.
Boss...merangkap motivator tak rasmi aku tak lagi bersama kami di office. Beliau telah pun berhijrah ke tempat kerja yang lain...(Wallahualam..aku tak di maklumkan dimana dia berhijrah).
Hemm! Ini lagi satu kejutan sebelum kejutan drp sahabat yg menyatakan hasrat nya untuk membina Baitul Ummah tu.myBoss yang pernah aku coretkan tentang beberapa kisah dan nasihat-nasihat dari nya di dalam blog ni berhijrah tanpa pengetahuan aku lansung. Mungkin ada rakan-rakan dr team aku yg rapat nya tahu pasal hal ni, dan sengaja mereka rahsia kan..mungkin juga atas permintaan my Boss tu sendiri.
Tak apalah, aku menghormati cara dan keputusan nya. Mungkin dia ada alasan tersendiri....Wallahualam~


Walau ape pun, aku doakan kejayaan nya dan semoga sentiasa diberkati Allah swt. Aku akan sematkan kata-kata motivasi nya di atas papan kenyataan di dalam otak aku ni. InsyaAllah~ Dan aku cukup menghargai setiap ilmu yg diberikan samada secara lansung dan tak lansung. Trimas myBoss!

Mengapa Gundah Gulana?









As salam buat kalian semua,


Sepi seketika daripada penulisan di layar blog ni bukan bermakna ingin berhenti menulis untuk berkongsi rasa kehidupan. Cuma hati yang kurang senang kerana dijangkti penyakit 'gundah-gulana'.
Baru aje semalam, aku diberitahu tentang seorang sahabat ku bakal membina Baitul Ummah. Ianya agak mengejutkan sebab aku dimaklumkan jangka masa untuk ke arah itu masih panjang lagi. Tup-tup...awal tahun depan pula.
Ya! Aku patut rasa bersyukur kerana mereka akan melaksanakan salah satu kewajipan dan ianya mencegah daripada fitnah dan maksiat. Cuma di sini, sebagai seorang manusia yang normal, yang mempunyai akal fikiran serta emosi akan merasai seribu satu macam rasa. Malah, jika tidak dikawal akan dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif dan termakan godaan syaitan laknatullah!
Kenapa jiwa, hati dan perasaan ini berasa sedih ye?
Jawapan nya, aku masih tidak percaya dan masih dalam emosi terkejut dek keputusan sahabatku yg secara tiba-tiba itu. Al-maklum lah, kami dah berkawan lama...lebih kurang 9 tahun! Dah anggap macam adik beradik dah...Ape tak nya, sejak dari skolah berasrama penuh sampai lah masing-masing dah ada kerjaya sendiri, kami masih lagi stick together..orang pun dah jemu agak nya tengok kami berdua. Macam belangkas! Ta-pi, sejak kami menuju ke alam kedewasaan ni, no more macam belangkas. Kami sudah mula memberi ruang di antara satu sama lain.Mula menuju haluan hidup masing-masing dan mencari peneman perjalanan. Alhamdulillah, harapan aku untuk sahabat aku tu supaya mendapatkan peneman nya dulu dh pun berjaya...walaupun aku masih lagi mengemudi kehidupan ini seorang diri. Ini lah hakikat...ya! hakikat yg perlu aku terima. Kesedihan yang aku rasai pabila mendengar berita yg disampaikan nya tu berpunca daripada akal fikiran yang bermain-main dengan perasaan. Aku mulai takut akan perhubungan kami yg  mungkin tidak serapat dulu..takut juga dia akan melupakan aku nanti. Ini juga berlaku, dek kerana kebergantungan aku kepada nya.Ya, mgkin selepas ni aku perlu berdiri di atas kaki sendiri.
Bila difikirkan semula secara sedar dan positif, apa hak aku untuk menghalang nya? Sedangkan perkhawinan itu adalah tuntuan agama.Dan aku tertarik dengan 1 perkataan yang aku jumpa dalam sebuah artikel  iaitu "Uhibbuki Fillah"-Aku mencintai nya kerana Allah. Maksud nya kat sini, sesiapa pun di dunia ni walaupun sahabat kita sendiri mereka adalah milik Allah s.w.t, maka kita tiada hak sepenuh nya ke atas mereka. Hanya doa mampu di lafazkan supaya mereka sentiasa berada di dalam rahmatNya. Suka atau tak, itu hak kita tetapi untuk mencampuri urusan Nya, kita TIADA HAK! Sesungguhnya, Allah swt itu lebih tahu apa yang kita ketahui...dan Dia tahu setiap apa yang diaturkan nya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya. Samada hikmah tu untuk orang2 disekeliling kita atau sebagai muhasabah untuk diri kita sendiri. 
Memang pada mula nya, aku teramat ralat. Rasa macam di alam mimpi. Dan segera memikirkan tentang Bagaimana nasib aku pada masa akan datang selepas sahabat ku itu berada di haluan nya sendiri bersama peneman hidup yang dipilih.Aku? Bagaimana? Tentu ada had pertemuan di antara kami....
Aduhai jiwa,hati dan fikiran....bertenang lah! Masih ada ramai lagi manusia di luar sana. Dia berkhawin bukan bermakna mencipta perpisahan dengan mu.Dan suatu hari nanti, dengan izinNya, kamu juga akan seperti dia. Bersabar lah! Bertenang lah! (Pujuk akal positif)
Tapi aku masih merasa kesedihan tu walaupun sedikit...biasalah manusia....
Ada satu coretan kata yg aku suka (juga di ambil dr artikel yang sama) :-

Di jalan Allah,Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yg mengetahui segala rahsia,Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,Semuanya kerana Allah,Sungguh,Bukan kerana selain daripada-Nya.....

Sahabat, apa yang mampu aku ucapkan walaupun hati,jiwa & perasaan ini masih kurang sihat akibat diserang penyakit 'gundah-gulana' :-


بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما

 وجمع بينكما في خير




Diharap keputusan yang di buat adalah keputusan yang terbaik, iaitu keputusan yang di redhai Allah swt dan keputusan yang di putuskan kerana Nya bukan kerana dunia dan menghalalkan nafsu semata. InsyaAllah~