As salam,
IBU,EMAK,MAMA,UMMI adalah wanita yang telah melahirkan kita ke dunia. Allah s.w.t telah meletakkan rahim mereka sebagai tempat bermula nya kita sebelum menjadi makhluk bernama Manusia. Betapa susah nya mereka mengusung perut sebelum kita keluar melihat dunia.Dan betapa seksa nya mereka menahan sakit sewaktu kita beriya-iya ingin keleuar dr rahim mereka. Jadi, memang sepatutnya mereka diberi setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan.Berdoalah utk kesejahteraan mereka didunia dan di akhirat kelak. Tidak perlu menunggu tibanya sambutan Hari Ibu...malah kita boleh melakukan nya setiap hari. Setiap hari kita mendoakan ibu bapa kita...semoga mereka berada di bawah perlindungan dan keberkatan Allah s.w.t. InsyaAllah!
Perenggan diatas aku coretkan kata-kata aluan berbaur motivasi sempena sambutan Hari Ibu dan sbg intro sebelum aku meneruskan penulisan aku kali ini yg akan aku ceritakan tentang seorang wanita yang aku panggil nya " Mama"
MaMA,bagi aku beliau seorang wanita yang kuat semangat,cekal dan tabah.Beliau juga seorang yatim piatu. Ibu nya (my grandma) meninggal dunia sewaktu melahirkan diri nya. Ya, beliau tidak sempat melihat mahupun menatap wajah ibunya sendiri. Menurut cerita mama yg pernah diceritakan kpd kami adik-beradik...sewaktu kecil beliau hanya menumpang kasih ibu saudara nya yg dianggap seperti ibu nya sendiri. Kehidupan masa kecil nya tidak la tetap didalam sesebuah keluarga. Beliau selalu bertukar-tukar tempat tinggal...sekejap dirumah org ini..sekejap dirumah org itu.(Org ini dan org itu tu merujuk kepada saudara-mara dan juga abg2 nya) So, kasih syg yg diterima tidak la sebanyak dan setulen kasih syg drp seorang ibu bapa kandung sendiri. Oh ya! lupa...beliau sempat juga di jaga oleh ayah nya (my grandpa) sebelum ayah nya itu juga meninggal dunia kerana sakit tua.Dan selepas itu, bermula lah kehidupan nya yang tidak tetap dan sering berubah-ubah. Mama- seorang yang rajin...sangat-sangat rajin dalam membuat kerja rumah.Kerja yg menjadi feveret nya adalah membasuh kain baju..dan aktiviti paling digemari nya adalah mengemas dapur walaupun dapur tak lah bersepah pun...katanya, dah terbiasa. Paling aku respek my mama, beliau jarang sekali panggil kami adik-beradik utk tolong dia buat kerja-kerja rumah..mahu pun memasak. Kata nya, dia lebih suka memasak sendiri di dapur...Tapi, tak lah kiteorang mengambil kesempatan utk x menolong lansung...kan...tapi itulah berbeza nya mama. Kalau sesetengah ibu akan selalu terjerit2..membebel-bebel kalau anak2 tak menolong buat kerja2 rumah..tp my mama...rilek jek...xde pulak dia merungut-rungut..mengeluh..membebel2...memang jarang lah nk dengar beliau membebel kecuali kalau ada diantara kitaorang adik beradik menyepahkan barang-barang atau tidur tak hingat dunia...Haa! part ni mmg x bleh lari lah! mana-mana ibu pun akan membebel klau anak dorang tidur mcm 10 tahun tak tidur...kan???~Yg penting part ni bukan aku yea...hehehehe....
Tau tak, my mama kalau sakit dia akan diam jer...jarang sangat-sangat lah dia mengadu sakit...itupun kteorang adik-beradik je yg alert sendiri kalau tgok beliau baring je...pastu kalau dia demam dia akan pkai baju sejuk..haa! mase tu barula kiteorang tau dia demam...Beliau gak bukan jenis orang yg cerewet...terutama bab-bab makan...pernah suatu ketika kami sekeluarga mengalami masalah ekonomi yg kritikal...beliau sanggup makan nasi berlaukkan kicap+minyak goreng ikan yg digaul-gaul bersama nasi panas(sedap! dah menjadi ikutan kiteorang adik-beradik)...dan pada waktu tu ada la sikit rezeki ayam goreng...kiteorang disuruh nya makan ayam goreng tu...huhuhu..terharu nya~
Beliau juga seorang yang cekal hati nya walaupun pernah ditimpa pelbagai dugaan sejak kiteorang kecil hingga dewasa...beliau sering kali memendam rasa dan makan hati sendirian....dan bila kiteorang adik-beradik menginjak dewasa..barulah beliau ada tempat untuk berkongsi rasa.Mama juga sangat menyenangkan, memang sangat sesuai lah dengan maksud nama nya yg membawa maksud 'Kesenangan Ku'.
Begini lah kisah wanita yang aku memanggil nya 'Mama'. SETINGGI-TINGGI PENGHORMTAN BUAT MAMA~
Aku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberikan sedikit kebahagian buat beliau yg sekian lama tidak merasai nya. Begitu juga buat lelaki yang aku memanggil nya 'Abah'. Opps! pasti ada yg tertanya-tanya kenapa dalam perenggan-perenggan di atas aku tak menceritakan watak si Abah ini....Alaa....kan bersempena Hari Ibu...so, aku penceritaan aku fokuskan la pada pengorbanan seorang ibu...Nanti bila tiba Hari Bapa aku akan coretkan kisah si Abah pula yer....
Okeylah, sekian saja penulisan aku kali ini bersempena sambutan Hari Ibu 2011. Tapi bagi aku hari untuk ibu adalah hari-hari sepanjang kehidupan kita.Tak perlu lah nak menunggu hari ibu barulah kita sibuk nak show kita punya rasa homat dan penghargaan buat mereka. Dengan berdoa pun sudah cukup....
Allah SWT berfirman yang bermaksud- “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24)
FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Kau sinaran bulan Menyerikan bitang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi - Lagu Mama by Sharifah Aini
ilOvemyMama (>_6)/
No comments:
Post a Comment