As salam buat kalian semua,
Jika diteliti maksud topik yg akan di rencana kan...mungkin ada yang terlintas difikiran ianya berkaitan dengan soal JODOH. Nevermind...aku akan terangkan kenapa tajuk itu dipilih utk penulisan kali ini.
Masih dalam pencarian, aku merujuk pada agamaku iaitu ISLAM- Opps! Mesti ada yg terfikir adakah aku ni sebelumnya bukan muslim? Oh..takk...bukan itu yang aku maksudkan. Aku bukan lah mualaff atau saudara baru, cuma maksud nya disini aku masih lagi ingin mencari Nur iman....mencari dan ingin mengkaji sedalam-dalam nya ISLAM iaitu agama yg aku anuti sejak mula nya aku membuka mata melihat dunia -Alhamdulillah!
Kenapa? Kenapa baru sekarang nak mencari dan nak mengkaji sedangkan sudah pun mencecah angka puluhan tahun?
Soalan yg agak bernas! Sudah lumrah manusia selalu terlupa...terlalai dek keseronokkan dunia...dan sibuk dengan mencari kebahagiaan dunia...maka, semakin banyak lah dosa-dosa yang dilakukan. Walaupun dosa-dosa kecil jika dilakukan berulang kali maka ia akan menjadi setinggi-tinggi gunung! Bak kata pepatah Melayu -" Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ". Bila sudah terlalu tinggi,barulah terfikir untuk menarah nya semula supaya menjadi rata....Alahai..mampukah? Tanya diri ini.
Apa yang menyebabkan ingin mula mencari dan mengkaji, padahal asas ilmu Islam itu sendiri sudah ada didalam diri?
Soalan yang agak baik...Ermm,baiklah..aku akan ceritakan melalui penulisan. Sejak kecil aku memang suka membaca, tetapi bukan buku-buku yang berunsurkan ilmiah jadi pilihan. Then, bila usia sudah melangkaui angka puluhan....aku semakin meninggalkan buku-buku yg berunsurkan hiburan. Memang jarang sangat2 aku membelek nya. Entah kenapa, sejak itu hati ini mula tertarik utk menelaah buku-buku yg berunsurkan ilmiah dan keagaamaan. Apa yg aku pasti, antara kisah-kisah yang menjadi TOP Ranking adalah kisah berkaitan dengan 'Saudara-saudara Baru' yg mana mereka menceritakan tentang pengalaman mereka yg mula tertarik utk memeluk agama ISLAM. Apa yg membuatkan aku rasa bersyukur, pabila mengenangkan betapa sukarnya mereka utk menemui hidayah dan petunjuk dan menghadapi pelbagai dugaan. Namun,mereka tetap kuat dan tabah sehinggalah mereka melafazkan kalimah syahadah-|Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah| ~ Alhamdulillah!
Dari kisah itu, selepas mereka bergelar muslim, mereka sangat-sangat lah menjaga agama yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Sehingga ada yg diantara mereka kini menjadi seorang alim ulama' dan pendakwah yang dikenali seantero dunia dan dihormati masyarakat Islam.Subhanallah! Tengok! Macamana insan yang dilahirkan kedunia tanpa Nur ISLAM (dan ada diantara mereka adalah bekas-bekas paderi gereja) kini mampu menjadi seorang hamba Allah yang sangat-sangat warak malah ilmu agamanya juga sangat tinggi jika hendak dibandingkan dengan ilmu agama yang kita ada. Sedangkan kita telah pun mendapat Nur Islam dan sudah pun bergelar muslim sejak kita melihat dunia! Tetapi, kenapa kita tak seperti mereka? Saudara-saudara baru kita?
Iman mereka lebih teguh dan utuh berbanding kita yang sudah berpuluh2 tahun bergelar muslim. Ini lah hal yg sentiasa bermain-main difikiran...bila terbaca kisah-kisah saudara-saudara baru kita ni, aku merasa sebak...sebak kerana memikirkan diri sendiri dan mula tertanya-tanya..Kenapa aku tidak seperti mereka? Mencari dan terus mencari...
Tetapi apa yg dilakukan, hanya mendiamkan diri. Berteleku mengenangkan nasib sambil menyulam calit-calit dosa....
Kini aku sedar, tiada guna nya bergelar muslim hanya pada nama, sedangkan cara hidup dan pegangan masih longgar dan tiang iman masih goyang.Walaupun aku adalah Islam sejak lahir nya, tetapi aku masih merasakan aku sama seperti saudara-saudara baru kita. Mungkin Allah sudah menarik balik nikmat iman yang pernah diberikan Nya kepada ku kerana dosa-dosa yg dilakukan. Dan kini aku bersyukur kerana aku seperti merasai nya kembali...Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Ya, untuk berubah menjadi sesuatu yang lebih baik bukan lah boleh dilakukan secara drastik. Ianya akan dilakukan secara perlahan-lahan.Yang penting niat!
Semoga kekal nikmat yang diberikan ini. Ya Allah! Jangan lah Engkau menarik kembali Hidayah yang telah Engkau berikan ini...dan peliharalah aku daripada menjadi golongan-golongan yang sesat..Nauzubillah!
InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment