As salam,
20hb.March.2011 (Ahad) - Disuatu petang yg mendung dan ketika aku sedang bermandi-manda...kedengaran bunyi dr henfon pinjam ku. Kebetulan my younger sis pun ada dalam bilik, aku pun suruh je la dia pass henfon tu ( ntah nape rase nk jawab gak tepon w/pun tengah basah lenjun ).
Aku pun jawab." Hello...haa..nape?" Aku sambung lagi," Haa? Bila? ye ke...Innalillah.."
Habis je talian,kedengaran suara adik aku yg kedua dr luar pntu bilik air," Nape kak?''
Aku jawab pertanyaan nya dengan nada perlahan,'' Tokki dah meninggal...baru je tadi pukul 3 ptg,"
" Hah?? Ye ke kak?'' Dia terkejut.
Aku hanya diam sebelum kiteorang ambik keputusan untuk balik ke kampung utk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham Tokki aku.
Walaupun, kami taklah rapat..tetapi aku tetap merasai kehilangan nya di dalam keluarga kami. Memandangkan mama dan abah aku adalah insan yg setia menjaga nya ketika beliau terlantar sakit dan sehinggalah beliau menghembuskan nafas nya yang terakhir.
~Al-Fatihah,buat Allahyarham Tokki Kassim....Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh ~ AMIN.
~Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala dan memberkati kesungguhan kedua ibu bapa aku dalam kesetiaan mereka menjaga allahyarham. Harap suatu hari nanti kami adik beradik akan menjaga mereka berdua dengan baik-InsyaAllah~
Pengalaman dari peristiwa ini:
- Untuk pertama kali nya aku berani berhadapan dengan jenazah.
- Untuk pertama kali nya juga aku mencium jenazah (walaupun agak cuak sebenar nya. Ni juga pengalaman pertama buat adik2 aku)
- Pertama kali juga tengok secara live proses pengkebumian sehingga selesai.
- Menginsafkan diri bahawa hidup ni adalah pinjaman.
- Balik kerumah...fikiran dah terbayang yg bukan2...nk masuk toilet pun klu bleh nk berteman huhuhuhuhu ~
No comments:
Post a Comment