Assalamu'alaikum w.b.t,
HIJRAH. Apa makna
yang tersirat disebalik perkataan ini? Tentu sekali jika dikaitkan dengan
sejarah Islam, kita akan teringat akan peristiwa umat Islam dan Nabi Muhammad
SAW berpindah dari Mekah ke Madinah bagi menyebarkan dakwah dan menegakkan
agama Islam. Tetapi, bagaimana pula pengertian hijrah dalam konteks ‘diri kita
sendiri’ ? Perkataan hijrah mengandungi elemen ‘dari’ atau ‘ke’ dan ‘daripada’
atau ‘kepada’. Dan inilah elemen yang memperngaruhi diri insan bernama manusia.
Sebenarnya, dalam konteks hijrah terhadap diri sendiri boleh juga dikatakan sebagai hijrah hati.
Hijrah hati bermaksud, berhijrah daripada cinta selain dari Allah, kepada
mencintai Allah. Berhijrah daripada menghambakan diri kepada manusia, kepada
menjadi hamba kepada Allah. Berhijrah daripada bergantung kepada selain Allah
(manusia & dunia), kepada takut dan berharap kepada Allah.
Setiap orang
mempunyai pengalaman penghijrahan masing-masing. Bagaimana ia bermula? Sudah
tentu melalui Dia yang Maha Esa. Tidak dinafikan, kadang-kadang sikap ego kita
yang sentiasa menidakkan kehadiran hidayah Allah. Bila terasa hendak membuat
kebaikkan, maka muncul lah bisikan-bisikan syaitan yang menghasut. Ini kerana,
kita sudah terlalu selesa dengan cara dan gaya kehidupan yang tanpa kita sedari
ianya terkeluar dari landasan Islam yang sebenar. Apa yang kita inginkan hanya
keseronokkan, kepuasan, kegembiraan, kesenangan, kemegahan, pengaruh, dan
puji-pujian. Kesemua ini adalah bersifat sementara. Apabila kesemuanya hilang,
maka dengan itu kita merasa resah, merasa kehilangan, kemurungan, merasa diri
tidak berguna, merasa kesunyian dan hati rasa kosong. Nah! Inilah cara Allah
SWT menyapa hamba-hambaNya yang ego dan hanyut dengan keseronokkan dunia.
Dan, aku hambaNya
tidak terkecuali dari semua itu. Beberapa kali ditegur oleh Allah SWT (dengan
ujian dan dugaan). Namun, tidak juga aku sedar. Pernah suatu ketika, pada tahun
2009 berlakunya peristiwa lemas yang hampir meragut nyawa. Sewaktu lemas yang
mana ketika itu merasakan badan ditarik perlahan-lahan ke dalam air . Aku dapat
merasakan semakin gelap dan semakin hilang cahaya. Aku cuba berusaha untuk naik
ke permukaan, tetapi gagal. Dalam hati
terdetik, “Ya Allah, aku akan mati ke hari ni?”. Kemudian, selepas beberapa
ketika aku terasa simbahan cahaya dan terasa oksigen mula memasuki
rongga-rongga pernafasan. Alhamdulillah! Aku memandang sekeliling. Aku mulai nampak
ramai orang. Aku masih melihat alam. Ya! Aku masih diberi peluang untuk hidup
dengan pertolongan Allah melalui seorang penyelamat. Ketika didalam perjalanan
pulang, lama aku termenung memandang langit senja. Hatiku berbisik, "Alhamdulillah.
Aku masih dapat melihat dunia. Jika tidak, sudah pasti aku tidak akan dapat
melihat senja…” Aku merasa sebak.
TETAPI! Peristiwa
itu lansung tak memberi kesan sepenuhnya terhadap diri sendiri. Insafnya hanya
sekejap. Kemudian, kembali kepada asal. Inilah yang dikatakan ego kerana tahu
akan kebenaran tetapi tidak mahu mengikuti. Aku memilih untuk berada di dalam
zon selesa, berada didalam keseronokkan dunia, bergantungan kepada manusia. Bagi
aku, itu semua sudah cukup membuatkan aku merasa lengkap dan tidak memerlukan
apa-apa lagi. Walaupun aku masih menunaikan ibadah-ibadah yang wajib seperti
solat dan puasa tetapi pada masa itu aku tidak peduli akan keikhlasan melakukan
ibadah tersebut. Hanya buat tetapi pengisiannya…kosong!
Allah SWT tidak jemu
dalam menguji hamba-hambaNya. Lalu aku diuji dengan perasaan berputus asa, kehilangan segala rasa bahagia, konflik dengan
seorang sahabat yang disayangi dan sebagainya. Dan, ketika itulah aku tersedar
bahawa aku memerlukan Tuhan. Lalu aku menunaikan solat, dan aku berdoa hingga
menitis air mata. Aku memohon agar aku dijauhkan dari penderitaan perasaan itu
dan dijauhkan dari manusia-manusia yang menjadi punca kesengsaraan jiwa.
Sehinggalah, pada suatu malam kehadiran sebuah mimpi. Kelihatan aku sedang
melalui suatu titian atau jambatan yang dilalui oleh ramai manusia. Kebanyakkan
manusia yang lalu disitu adalah orang-orang kafir. Sehinggalah dipenghujung
jambatan itu, aku diikuti oleh seseorang. Aku menoleh dengan mata yang mengecil
kerana disimbahi cahaya yang sangat terang. Kelihatan seorang lelaki yang
memakai serban dan berjubah putih berjalan menghampiri aku. Aku cuba melarikan
diri. Kemudian, orang dengan wajahnya yang bercahaya itu mengucapkan sesuatu
sambil tersenyum kearah ku. Pesannya lebih kurang begini, “Celakalah! Orang-orang yang ingkar akan
perintah Allah. Dan, berbahagialah orang-orang yang mengikut perintahNya.”
Selesai saja berkata-kata, orang itu tersenyum manakala aku terus melarikan
diri kerana ketakutan. Kemudian, perlahan-lahan cahaya itu hilang dan aku
terjaga dari tidur yang lena. Aku terpingga-pingga dan terus bibir mengulang
kata-kata yang di sampaikan oleh ‘orang’ di dalam mimpi tadi. Sehingga hari
ini, kata-kata ‘orang’ itu sentiasa berlegar-legar di kotak fikiran.
Allahuakhbar!
Subahanallah! Di atas rasa keyakinan dengan pertolongan Allah SWT, itulah
permulaan kepada membulatkan niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Penghijrahan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui petunjuk dan
hidayah yang Allah SWT kurniakan. Kini,
aku mula merasai ketenangan dan kemanisan iman. Allah menghilangkan segala kesedihan
dan kemurungan. Allah mengurniakan teman-teman yang positif dan sentiasa
memotivasikan diri. Aku bersyukur dengan
apa yang aku miliki pada hari ini. Jika diberikan harta seluas lautan hatta sebanyak gunung sekali pun, tidak sekali-kali ingin aku ulangi masa lalu. Tiada
anugerah nikmat yang paling bermakna selain anugerah nikmat IMAN & ISLAM dan tiada yang paling
berharga melainkan kalimah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ !
Ketika saat ini, aku masih lagi sedang bermujahadah dan
istiqamah. Masih belum layak dikatakan solehah. Terlalu banyak kejahilan,
kelemahan dan kekurangan. Aku mula menggali lubuk-lubuk ilmu kerana jiwa
mendahagakannya. Jika ditanya ‘apa yang sedang aku hijrahkan (ubahkan)?’
jawapannya adalah : Ia meliputi keseluruhannya - iaitu diri sendiri,
samada dari aspek fizikal (luaran) dan juga pemikiran (dalaman). Kesemua ini
sedang aku adunkan untuk dibentuk mengikut acuan Islam, kerana Islam itu adalah
cara hidup. Selain itu, aku juga menanam impian untuk berniqab. Namun, ia tidak
semudah memasang impian dek kerana takut akan tersasarnya niat. Maka, aku perlu
mengadakan sedikit percaturan dengan diri sendiri, juga dengan mengharap
suluhan petunjuk dari Ilahi. Jika diizinkan-Nya selaras dengan niat dihati.
InsyaAllah. Semoga dipermudahkan.
Maaf jika entri ini terlalu panjang dan mengambil masa
kalian untuk membaca. Tetapi inilah hakikatnya kepada sebuah penghijrahan.
Sesungguhnya penulisan ini hanyalah sekadar sebuah perkongsian yang membawa
harapan agar kalian-kalian yang sedang berhijrah/ ingin berhijrah mengambil
apa-apa manfaat daripada entri ini. Tak dinafikan ketika proses penghijrahan
itu berlaku, terlalu banyak ujian dan halangan. Hati berbolak-balik, fikiran
tidak menentu dan terasa hilang semangat. Namun ingatlah wahai kalian, bahawa
pilihan untuk menjadi hamba Allah yang patuh terhadap suruhanNya tidak
sekali-kali akan rugi. JANGAN
BERTANGGUH untuk bertaubat
kerana tiada jaminan untuk setiap detik yang mendatang. Apa yang difikirkan
tentang dunia? Kerana dunia ini pinjaman sementara. Jika tidak percaya,
perhatikan sekeliling mu, lihat detik-detik waktu yang berlalu. Sangat pantas
kan? Hilangnya keberkatan waktu dan terjadinya banyak kemusnahan serta bencana.
Tanda-tanda apakah ia? (Fikir-fikirkanlah…..) Wallahua'lam~
Berbanggalah jika kalian dikatakan asing (kerana mengikut
syariat) kerana Islam itu sendiri bermula dalam keaadaan yang asing. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Islam mulai dalam keadaan
asing dan akan kembali sebagaimana ia mulai iaitu menjadi asing. Kerana itu
berbahagialah orang-orang asing”
[Hadis
Riwayat Muslim]
Sekian, wassalam.
# Perkongsian dari seorang Hamba Allah. Semoga Allah memberinya taufik dan hidayah untuk terus istiqamah. Aamiin~

Wahh, bestnya bait-bait :) Semoga kita samasama terus lurus di jalan Allah :)
ReplyDeletedari segman yang sama =)
ReplyDeletehttp://www.ubaidullahjaafar.my/2013/03/segmen-hijrah-itu-indah.html
semoga istiqamah dalam berhijrah...Amin
ReplyDeletedr segmen y sama
http://noraiiiiiin.blogspot.com/2013/03/hijrah-itu-indah.html
terima kasih atas perkongsian .
ReplyDeleteinnshaaallah sama sama istiqamah :D
Sama2 kasih :)
DeleteInsyaAllah..mudah2an kita semua diberi taufiq dan hidayah. Aamiin Allahumma Aamiin