Monday, December 31, 2012

Bekerja - Kerana Apa?




Assalamua’alaikum  wbt,

Pernahkah kalian dengar atau mengalami dialog dibawah?

“Aku malas la nak buat overtime, macam la company nak bayar aku lebih,”
Fed-up aku dengan company ni, bonus punyalah payah nak kasi, nak cari keje lainlah!”
“Buat apa aku nak tolong keje dia? Bukan ada kena mengena dengan keje aku pun…huh!”

Aku percaya, kepada kalian yang berkerjaya pasti pernah mendengar atau mengalami situasi seperti dalam dialog tersebut. Dan aku sendiri tidak menafikan, terkadang aku juga tersasar dari matlamat utama, pernah juga beberapa potong dialog di atas terdetik di hati . Namun itulah fitrah lahiriah seorang makhluk yang bernama ‘manusia’. Tidak terlepas daripada melakukan khilaf . Astagfirullahal’adzim~

Baiklah, kali ini aku ingin berkongsi sedikit kefahaman yang bersangkut paut dengan dialog tersebut. Oh ya..kalian tahu apa hubungkaitnya? (Kalau tahu angguk, kalau tak tahu senyum je….ok? )

Ianya berhubungkait dengan matlamat utama dan keikhlasan dalam melakukan perkerjaan. Dalam bahasa mudah yang merangkumi maksud keseluruhannya iaitu –NIAT.

Apabila kita bergelar seorang ‘pekerja’ (tak kiralah di syarikat apa pun atau bekerja sedirian berhad) PERTAMA: Kita Tanya pada diri sendiri…Apa matlamat dan tujuan aku bekerja ni?  KEDUA : Untuk siapa aku bekerja?
KETIGA: Ganjaran apa yang aku nak setelah penat bekerja?

Jawapan bagi yang PERTAMA: Of course…majority akan jawab. Aku bekerja kerana nak menyara keluarga dan diri sendiri, nak bayar hutang, nak beli kereta, untuk kestabilan hidup, nak jadi orang kaya, nak jadi bos…dan bermacam-macam jawapan yang bersifat duniawi.

Jom kita tengok jawapan yang KEDUA:
Aku bekerja untuk company la..Aku bekerja untuk diri aku sendiri..aku bekerja untuk bos aku  jek..bos lain tak masuk korum okey!

Jawapan untuk yang KETIGA pulak:
Sudah tahu bertanya pula…sudah tentulah aku nak bonus lebih! Aku nak kenaikkan gaji tiap-tiap tahun. Aku nak bos puji aku lebih dan semua orang respek aku. Aku nak dapat ‘Anugerah Pekerja Terbaik’ dan bermacam-macam lagi jawapan yang ala-ala angkuh gitu….huh!

Baiklah, aku akan huraikan satu persatu apa hubungkaitnya ketiga-tiga jawapan tersebut dengan dialog diatas?

Dialog-dialog diatas terjadi kerana ianya berpunca daripada niat dan matlamat yang tidak tepat.  Kalau ditelitikan daripada jawapan-jawapan yang diberi. Ternyata  jelas kesemuanya adalah bersifat duniwai semata-mata. Kemana letaknya akhirat? Di manakah Allah di dalam hatinya?

Kebanyakkan manusia yang menuturkan dialog-dialog tersebut kerana kurangnya kesedaran terhadap kebergantungan hidup. Hidup hanya disandarkan kepada matlamat dunia. Bila tak dapat bonus atau gaji tak naik mulalah menyalahkan kompeni. Bila disuruh buat kerja lebih masa, muncung terus ditarik dan mengeluh-ngeluh. Tahu tak kenapa itu boleh berlaku? Pernah tak kalian fikirkan tentang Allah Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Pemberi Rezeki? Tahukah kalian, siapa pemberi rezeki yang utama? Kompeni kah? Manager kah? CEO kah? Dan tahukah kalian siapa CEO yang paling utama?

Haa..ce try jawab…kalau tahu senyum je. Alhamdulillah~

Kalau kita bekerja dengan niat kerana Allah dan meyakini bahawa Allah itu Maha Melihat setiap perlakuan dan gerak-geri serta Allah itulah pemberi rezeki maka, tidak sekali-kali kita menuturkan mahupun terdetik di hati dengan dialog-dialog tersebut.

JANGAN merungut kalau kamu belum dinaikkan gaji. Mungkin usaha mu belum cukup. (Allah Maha Mengetahui dan Dia-lah Pemberi Rezeki. Bukan Manager, bukan CEO atau syarikat kamu. Mereka-mereka ini cuma medium untuk Allah menyalurkan rezeki kepada kamu. Ingatlah! Tanpa izin Allah, dan Allah mengatakan itu bukan hak mu atau rezeki mu, maka kamu tidak akan memperolehinya.)

JANGAN mengeluh bila terpaksa bekerja lebihan masa. Mungkin kamu telah mencuri-curi masa kerja mu dengan aktiviti peribadi. Jadi Allah memberi lebihan masa untuk kamu menebus masa kerja yang kamu curi. Amanah dalam bekerja itu punca keberkatan rezeki. (Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui)

JANGAN malas-malas jika ada rakan sekerja minta bantuanmu. Mungkin Allah mahu memberimu extra pahala dengan membantu orang lain. (Allah Mengetahui apa yang diniatkan di dalam hati hamba-hamba Nya.)

JANGAN mengutuk/ mengata berlebihan jika ada bos  atau rakan sekerja yang tidak kamu senangi. Mungkin Allah mahu menguji tahap keimanan mu dan anggaplah ia sebagai satu medan tarbiah dalam kehidupan. (Allah mencipta manusia dengan pelbagai ragam dan perilaku)

JANGAN rasa tersinggung atau sedih jika hasil usahamu tidak dihargai mahupun mendapat pujian. Kerana mungkin Allah ingin mengajarmu tentang erti ‘keikhlasan’.

Jadikanlah medan pekerjaan adalah medan mengumpul saham pahala. Sematkan  di dalam hati bahawa bekerja kerana inginkan ganjaran pahala. Tiada sebaik-baik ganjaran daripada pahala melainkan Allah memberi bonus berupa syurga di akhirat kelak. Pujuklah hati dengan yakin kepada firman Allah :

...Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.
[Surah Al-Baqarah, ayat: 212]

Dan berapa banyak makhluk bergerak yang bernyawa yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui. [Surah Al-Ankabut, ayat: 60]

Jika matlamat pahala dan akhirat menjadi tunjang niat ketika bekerja, sudah pasti kita akan berasa bahagia, senang sentiasa dan rajin bekerja. Biarpun tiada bonus yang banyak, biar pun tiada pujian manusia, biarpun terpaksa bekerja lebihan masa, seandainya ada sifat bersangka baik dengan Allah, semua itu tidak akan menjadi masalah yang mengoncang jiwa. Asalkan masih ada kehidupan, itu sudah cukup bermakna. Masakan kita mahukan harta dan kemewahan tanpa kehidupan yang bahagia? Huh!  Mustahil!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? [Surah Ar-Rahman]

Oleh itu, jom kita bekerja dengan hati yang senang dengan meyakini  Yang Maha Pemberi Rezeki dan anggaplah kita bekerja kerana CEO yang paling utama iaitu –ALLAH SWT!

Muhasabah untuk diri ku juga diri mu….


3 comments:

  1. hai freewriter,
    boleh tak nak luahkan perasaan dlm comment box awak ni,,
    cmni citenyer,,,
    saye baru keje kat company bru,,long story short..saya tak suke dgn keje saya, saya mcm tak ikhlas nak keje, so saya mmg end up curi tulang time keje,,macam skang nie..saye tgh bce blog awak..
    ur writing inspired me to be a better person.. but the thing is,, i just so fed-up with my works, i dont have friends, my boss seems to hate me.. and i totally lost..
    i dont know how to balik to pangkal jalan.. i dont even know how to "ikhlaskan niat kerana Allah"
    if you do have time, please respond and give me ways to help myself..
    thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam & Hi :)
      Terima kasih sbb sudi singgah dan baca di blog ni.
      Saya faham dengan apa yang awak alami. Saya pernah mengalami situasi macam awak.
      Ketika saya menulis entri ni, saya sebenarnya sedang memujuk dan muhasabah diri.
      So far, company tempat saya bekerja memang bagus..tiada masalah...saya gembira bekerja kat situ, cuma ada beberapa faktor yang menyebabkan saya terrr-paksa membuat satu keputusan.

      Ketika saya sedang menjawab komen awak ni, saya sedang dalam tempoh untuk resignation saya. Tinggal lagi 2 bulan lebih. Pada awalnya saya memang berat hati sebab saya dah berkhidmat lebih kurg 4 tahun kat kompeni tu. Tapi, ada suatu perkara yang tak boleh saya elakkan. Sy cuba lapangkan hati untuk terima...ubah mind-set...pujuk hati..muhasabah diri...tapi masih tidak boleh diubah. Jadi, selepas berfikir...jika hal itu berlaku..sy tak boleh biarkan diri saya terus dalam keadaan tersebut. Memang boleh merosakkan hati...mengugat iman...

      Pernah ustazah saya berpesan dalam usrah, sekiranya kita berada dalam satu situasi yang mana tidak mampu untuk kita ubah (CONTOH: orang menghina kita, orang mengumpat kita, orang memfitnah kita, dan sebagainya) maka, kitalah yang perlu move-on untuk kebaikkan semua pihak dan menjaga keadaan supaya tidak lebih teruk. Terutama diri kita sendiri. Kita perlu sayangkan diri kita. Bilamana emosi kita terganggu...hati kita kerap tercalar..bimbang kesemua itu akan menganggu ibadah kita pada Allah. Malah, kalau kita buat kerja pun, kerja jadi x bersungguh.

      Sebab itu, selepas berfikir lama...saya mohon Allah beri petunjuk..so..saya jelas dgn keputusan saya walaupn masih ada sayang :)

      Untuk situasi awk, pada pendapat saya, lebih baiklah awk cuba untuk move on dan cari lah pekerjaan yang serasi dengan minat awk..atau pekerjaan yang sejiwa dengan awak. Yang penting, mohon kepada Allah minta supaya Dia gerakkan hati awk ke arah pilihan yang terbaik. Jangan sesekali buat keputusan ikut nafsu dan emosi. Minta pada Allah...biar Allah tunjukkan. Saya jarang on9 kat blog, anything bleh PM di inbox FB Ana Amatullah. InsyaAllah.

      Delete
  2. saya da keja 1 kompeni ni hampir 8 thn...msa mula2 keja..projek x bnyk..payment prob...saya sanggup tgu gaji smpi 2 bln...smpaila 2 thn kbelakangan ni rezeki mula naik...tp bos saya langsung x ingt msa susa dlu..dlu ckp masa susa sama susa..senang sama senang....tp skang time susa sama susa...time
    senang dia sorg...bonus liat nak bg...tp dia enjoy cuti 1 kg...antar duit kat sedara 1 malaysia...msa tu memg skit ati sngt...skang ni memg xda hati keja da..kalo ingt mulut manis dia..memg meluat...selama.ni saya da bnyk tahan sabar..saya thn je sbb niat keja tuk famly..ni rezeki saya..tp kalo org da amik ksempatan ats kbaikan kita...memg xbole maafla...

    ReplyDelete