Assalamualaikum w.b.t/Salam sejahtera...
Alhamdulillah masih dikurniakan kudrat dan nafas sehingga masih boleh menaip di blogspot ni. Walaupun kekadang demam bertandang pada hujung minggu. Tapi bersyukur tidak mendapat penyakit yang serius. Ini lah dipanggil nikmat kesihatan yang Allah s.w.t bagi. Alhamdulillah!
Bersyukur - Agaknye ni lah perkataan yang sesuai untuk aku sekarang. Kenapa? Kerana masih ada lubuk untuk mencari gali rezeki walaupun ianya sangat-sangat asing. Aku dilatih dan mempelajari bagaimana untuk menggali di lubuk A.....tapi sekarang aku terpaksa menggali di lubuk Q! asing nya.... (Ni sekadar kiasan, tapi ianya berkaitan)
E-Commerce...suatu bidang yang asing.. sebelum ni aku sekadar mengetahui nya melalui pembacaan (tu pun sambil lalu jek) tak pun tgok kat mana-mana artikel. Aku lansung tak pernah terfikir untuk lebih mengetahui apatah lagi untuk bekerja dalam bidang ni. Sebab, manakan mungkin seorang mekanik membuat kerja menjahit baju kan? (kiasan jer...sebagai contoh) Tapi lebih kurang macam ni lah aku.
Tapi Alhamdulillah lah! Sebab, serba sedikit ade jugak lah pengetahuan aku dalam dunia internet dan sedikit ilmu dalam bidang IT juga bisnes yang aku kutip samada secara lansung dan tak langsung. That's why la..org cakap ilmu tu penting. Tak kira la kita sebagai apa...tapi tak salah pun kalau kita mempelajari sesuatu yang bukan ada kaitan dengan diri kita sendiri. Then, bila dicampakkan kemana-mana...kita still boleh 'survive' cuma nak kena asah dan dapatkan extra knowledge supaya lebih fokus. Yeah, itu yang sedang aku lakukan.
Cuma...terasa rendah diri. Kerana aku perlu merangkak-rangkak dulu lepas tu baru boleh belajar macam mana nak berdiri dengan stabil..kemudian belajar berjalan pulak..setapak demi setapak...kemudian baru boleh berlari..huhuhu..
Sedangkan orang-orang yang didalam bidang tu dah mampu untuk berdiri..untuk melangkah bertapak-tapak dan ada yang mampu berlari dengan pantas. Aku? Ya, still merangkak huhuhu...
Tak apa lah..pelan-pelan kayuh...Nasib baik lah ada kawan-kawan yang sudi bagi semangat. Dioarang kata," InsyaAllah..boleh...pelan-pelan..." Thanks to all.
Tahu tak yang kita semua ni pun bodoh dan cerdik?. Bodoh yang aku maksudkan kat sini...kita tak tahu semua ilmu yang ada atas dunia ni. Sebagai contoh, seorang doktor mungkin tak tahu cara-cara menangkap ikan dilaut. Ini bermakna, dia tiada pengetahuan (ayat ni sedap sikit kot drp dipanggil 'bodoh' kan...hehe) dalam bidang perikanan. Tetapi dia sangat cekap dalam bidang perubatan. Ini bermakna dia seorang yang berpengetahuan tinggi (cerdik,bijak...dll) dalam bidang kedoktoran. You see?? Sama gak macam si nelayan...dia pun tak tau macam mana nak merawat orang dan melakukan pembedahan kan?
So, jangan lah bangga sangat dengan kepakaran dan ilmu yang ada. Belum cukup lagi tu....Dan tak payah lah nak kata diri HEBAT! dan berlagak...sebab tak semua benda kamu tahu.
Sebab tu Allah swt kurniakan akal untuk berfikir. Kita sebagai manusia, as a manager!. Kita yang perlu menguruskan nya dengan baik. Kalau pengurusan kita betul (berpandukan syariat islam bagi seorang muslim), maka akal kita akan beroperasi dengan baik dan hasil nya juga baik...kesan ke atas diri kita juga akan lebih baik. InsyaAllah!
So, aku kena teruskan jugak walaupun sedikit payah. Ilmu akan terus digali, dicedok dan dikumpul. Ilmu umpama alat untuk aku mengali di lubuk baru ni. Kalau tak ada alat yang sesuai, macam mana nak menggali untuk dapatkan hasil yang baik kan?
Biology vs IT + e-Commerce...Wahh kombinasi yang sangat unik!
Semoga Allah bagi kekuatan untuk aku terus belajar dan bekerja dengan baik. Tak ada apa yang mustahil dengan izin Allah swt. Dan seperti kata-kata semangat dari bos baru " Ada niat & kesungguhan untuk mencuba, InsyaAllah akan berjaya! " Thanks to her. (Yes, my new boss is a woman again...)
Dan, inilah yang aku katakan 'lamaran baru' dari post yang sebelum ni...
Sekian....
P/s: Don't Stop at the Top, Touch the Sky before You DropsAlang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan
No comments:
Post a Comment