![]() |
Ini bukan lambang sebarang bentuk pemujaan yer....Sekadar hiasan sahaja. |
As Salam,
Aku suka untuk berkongsi cerita tentang manusia-manusia yang positif yang pernah aku jumpa. Okey, kalau dirujuk blog post aku yang lepas-lepas..aku ada citer pasal myBoss kan? Tapi yang itu dah jadi 'my ex-boss'. Setiap yang pergi/hilang pasti akan digantikan dengan yang baru.
Haa? Ape bende ni? barang ke ? Ohhh..tak! bukan barang tapi ini kisah seseorang.
Dia adalah my new Boss. Tapi, dia dalah seorang wanita.
Serius la aku ckap...memang aku cuak dengan dia ni....ntah naper bila nampak je dia, aku terus transform macam kura-kura. Nak kata dia garang..macam tak. Mungkin dia nampak tegas dan very independent women. I LIKE!
So, for the 1st time -nyer aku terpaksa face-to-face dan kami berbual (atau lebih kepada sesi suai kenal yg sebenarnya sesi tu adalah sesi review prestasi kerja) dalam tempoh yang lama. Sebagai orang baru dalam kompeni tu, aku perlu dengar dengan baik setiap apa yang disampaikan nya. Rugi lah kalau aku buat sambil lewa...dan buat dengar tak dengar jek..sebab nya, dia adalah di antara super senior di kompeni tu..Dah terlalu banyak makan asam garam berbanding aku ni yang masih lagi merangkak-rangkak cuba mencari tapak supaya berada dalam keaadaan yang stabil.
Aku tak mau citer panjang-panjang sebab apa yang di sampaikan oleh beliau kepada aku adalah lebih kurang sama dengan bos lama aku cakap ta-pi lain pula dari segi perspektif. Aku suka motivasi dan nasihat yg disampaikan oleh kedua-dua nya. Cuma bos baru ni aku sangat kagum la...sebab bagi aku dia diantara 'Wanita Yang Hebat'.
Antara nasihat dan motivasi yang menjadi koleksi didalam kotak positif aku ialah:-
- Kita perlu berani bersuara dan keluarkan pendapat untuk meningkatkan kualiti kerja.
- Kita perlu berfikiran kreatif dan jangan mengharapkan arahan baru nak buat kerja...bermaksud - sekali ketuk,sekali jalan...yg bagus nya kalau, Sekali ketuk,berkali-kali jalan tanpa henti!
- Kita perlu belajar walaupun sekadar ambil tahu kerana ilmu tu penting. Kerana ilmu juga kita akan dihormati.
- Pekerjaan yang multi-tasking membolehkan kita mengumpul seberapa banyak pengalaman dalam kerjaya dan boleh diaplikasikan didalam kehidupan.
- Buat kerja biar ikhlas..jangan buat sambil lewa dan separuh jalan.Tau!
Okeylah, sekian saje lah perkongsian citer aku untuk kali ni.( Skema kan? Hehehe...ilmu tu...)
P/s: Walaupun pekerjaan aku sekarang BUKANLAH kerjaya impian (malah tak pernah termimipi atau bayangkan pun) Aku terima seadanya apa yang telah ditetapkan dan diberi oleh Allah S.W.T. Sesungguh nya Dia lebih mengetahui segala kebaikkan dan keburukkan. Inilah rezeki dari-Nya untuk aku. Alhamdulillah~
Macamana pun, kerjaya impian masih setia di hati...aku masih berharap utk mendapatkan nya. InsyaAllah~
Cuma hikmah daripada pekerjaan yang aku perolehi skrg ni, aku dikelilingi oleh insan-insan yang mempunyai aura-aura yang postif dan hebat-hebat. Kalau kat skolah, kira nya aku duduk kat dalam kelas yang pertama lah...hehehehe (^_^)
No comments:
Post a Comment