Tuesday, March 29, 2011

Meeting lagi ~

As Salam,

29hb.March 2011(Selasa) - Hari ni ada meeting lagi. Kali ni dengan student-student praktikal pulak.
Sebelum start meeting ni, my boss ber-mukadimah dengan sharing lagi satu ilmu berbentuk motivasi buat kiteorang semua. My boss membuka laptop nya dan membuat sambungan wayar ke monitor besar (yg digunakan khas utk presentation or meeting) utk memaparkan sesuatu didalam skrin dekstop nya. Kiteorang juz menunggu dengan tenang dan tertanya2..ape kebende la boss aku nk tunjuk nie? Bisik hati kecik aku ni.
Soalan pertama dr my boss," Sape pandai buat surat rasmi?" Kiteorang tercengang. Surat rasmi? Time skolah dulu adelah aku blajar wat bende alah tu. " Err..pernah la buat," Jawab salah seorang student praktikal tu.
My boss juz senyum jek. Aku pun hairan.
" Okey,sebelum kita mulakan perbincangan kita....saya ada perkara yg nak dikongsikan la.." Dia menyambung kata-kata nya sambil scrolling pelayar di dekstop monitor besar tu. Aku tengok ia memaparkan baris-baris ayat yang di taip kan ke dalam bentuk surat. Tu la surat rasmi yg dia buat kot...ntah. Apa kaitan nya aku x pasti.
" Semalam sy pergi ke sekolah anak saya, saya berjumpa dgn guru besar. Masalah nya..buku teks anak sy tu kena rampas..." 
Lorr...itu je ke my Boss. So tu la surat rasmi yang dia kena buat agak nya. " Cikgu sekolah dia ambik semua buku teks kat dalam beg  sebab tak bawak 1 je buku" sambung nya lagi. Mak aih....otai nyer cikgu sekolah.
" Saya tau pun pas balik dr outstation aritu, anak saya bagi tau...dia cakap - Ayah Ikmal pergi sekolah tak belajar- Saya pun tanya dia - Hah? pergi sekolah tp tak belajar? kenapa?? Anak saya cakap buku teks dia kena rampas....."
" Ooooo...." Balas kiteorang serentak. Hahahaha....Semua ketawa.Kelakar ke? Ntah.....
My boss cakap lagi," Sy pergi jumpa guru besar dia siap bawak buku lagi...saya keluarkan pen..kemudian saya yg tanya dia,apa masalah anak sy cikgu?" 
" Waahhh..."  Balas kiteorang serentak lagi. Cayalah. Boss pergi jumpe cikgu mcm nak gi meeting dengan CEO lak. Very professional person!
" Kita ni dalam hidup kena pandai handle masalah...korang sumer ni bujang2 lagi kan? ke ade yg dah kawin..??" Seloroh boss smbil mata nya memandang kiteorang satu-satu. Dia ketawa. Kiteorang geleng. Ade yg bagi respon," Eh,bujang lagi lah.." Hahahahaha.....
" Haa..korang bujang lagi.. masalah yang datang pun masalah-masalah dan ujian-ujian kecil...yang penting mesti pandai dan belajar utk control stress,"
Kiteorang mengangguk-angguk faham. Ni lah sedikit nasihat dan perkongsian cerita nya dengan  kiteorang semua. Walaupun aku sendiri tak paham dan apa yg related nya dengan perampasan buku teks tu, aku tetap simpan kan kata-kata nya yg berbau motivasi ke dalam blog ni.


Sekian sajalah utk kali ini ye~


P/s: "Cikgu sekolah tolong la pulang kan buku teks anak boss saya tu yer....." 

myBoss Dan Ilmu



- Aku pernah tengok myBoss guna pic ni jadi wallpaper laptop dia...ahaks!-




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


28.March.2011 (Isnin) - Hari ni seperti biasa setelah penat membuat part-time job kini kembali kepada kerja harian di ofis. Macam biasa lah juga...bila dah lama my boss oustation, maka di panggil nya kami semua utk duduk berkumpul di meja bujur.Senang citer, dia wat MEETING la...

So, ape yang aku nak taip kan kat sini bukan lah pasal kenapa dia nak wat meeting. Tetapi outcome daripada meeting tu. Untuk kali ini, aku dapat lagi ilmu tambahan. Rasa macam masuk kelas Business Management. Mana tak nya, topik hari ni mmg 90% la dok berdiskusi bout business...paling haru la buat aku sebagai budak science-biology ni bila my boss nak kan kiteorang buat Business Plan! Huh!...Habis la gini. Dulu zaman study ade jugak la buat BP ni sebagai  assigment untuk subjek elektif....subjek ni adalah subjek tambahan yang wajib diambil oleh student science sem 6 (aku dah lupe ape kod subjek nye tu) Tapi time tu, buat by group...dan mungkin tak se-details zaman bekerja ni...lagi pun BP zaman study juz reka je company ape2 pun...main taram jek. Janji siap pastu bleh present. Yang kali ni bukan main-main punya BP, bukan boleh main taram jek..kene dok fikir betul-betul..kena kaji dulu...kena wat ini, wat itu..waduhhhh! Sebab nya, ia akan mempengaruhi operasi syarikat. Adus!

Dah tak terkata....dah terima arahan so, follow je lah. Nak tak nak..no choice!
Tak ape lah. Anggap jelah ni satu lagi pengalaman baru yang mencabar. Dan ilmu pengetahuan yang boleh diguna pakai suatu hari nanti.Who knows?? kan....

Ade lagi satu topik yang menarik bila my boss berdiskusi pasal Misi & Visi. Dia tanya kiteorang, apa maksud Misi & Visi tu?? Hah..ternganga jap sengsorang...termasuk lah aku. Berputar 360 darjah sebanyak 10x  kepala otak aku ni.

At last, my boss bagi la satu analogi yang berkait sikit dengan agama sebab nk bagi kitaorang paham.My boss cakap- Visi : Menjalani kehidupan untuk masuk ke syurga. Misi : Kita manusia yang dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi.

Begitu lah analogi dr my boss utk paham kan kteorang yang blur-blur pasal Misi & Visi tu.
Walaupun sebenar nya aku masih lagi dok cube untuk memahami nyer...RAM aku punya otak dah slow sikit dok asyik kena virus ke-tension-an jek.Hurm!
Orait lah, sekian saja coretan kali ni.

Sekian~


P/s : Terima kasih la untuk Encik boss yang sentiasa berkongsi ilmu dengan anak-anak buah nya. I Like!

Hai anak-anak zaman sekarang ~





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




26.March.2011 (Sabtu) - Aku join my ex-college punya marketing team open booth kat Ekspo Selangkah ke UiTM @ Shah Alam,Selangor selama 2 hari (until 27hb Mac). Ni aku kira nya mcm part-time job la...sekadar untuk improve + refresh my marketing & communication skills. Walaupun penat dapat jugak lah RM nyer...Alhamdulillah! (bleh la backup sementara 2 3 hari lagi nk dapat gaji..ahaks!)

Apa yg aku nk sharing story kat sini its about fenomena2 yang telah pun aku usha di sepanjang aku berada di ekspo tersebut. First,apa yang boleh aku tabik kat sini bila tengok parents2 zaman sekarang ni sangat-sangat lah concern dengan education anak-anak mereka. Sampaikan bila sampai je kat booth mak bapak yang curious nak tau itu ini berbanding dengan anak diorang yang dh besor panjang tu....U know what? Boleh dikatakan jumlah parents yg datang lebih ramai drp pelajar lepasan SPM sendiri...Ada juga yang datang tanpa anak2 dorang. Mungkin anak2 diorang tu malas nak ikut @ bz bekerja part-time or what else??...ntah! Kesian aku tengok parents yang sibuk menjijit file & result SPM anak ke hulur ke hilir...Bila ditanya,'' Anak pakcik mana?" 
"Ooo..anak pakcik kat rumah,dia tak datang sini," ~ Adoii yaiii.......anak-anak sekarang!

Second, aku berani cakap budak2 sekarang sangat-sangat MANJA++++++ haish! Ade ke nak isi borang maklumat diri untuk apply study pun disuruh nya mak ayah isi kan.Apekejadah ni???
Bila mak tak nak isi, mula lah tarik muka...keluar muncung sedepa. Pastu merajuk. Nak tak nak..terpaksa jugak la si emak dan si ayah tolong isikan...mungkin malu agak nye dengan perangai anak mereka tu.Kurang asam punya budak!

Okey la, ni saje lah gambaran2 yang bleh aku ceritakan di dalam bentuk penulisan. Kalau sendiri tengok, mmg sakit hati dan menyampah. Menyampah tang budak2 yang manja terlebih. Tak tau lah samada mmg parents diorang dah train anak tu manja camgitu atau anak tu memang gedikss! Hurmph! Dun know what to say dah (--,'') Hmmm~


P/s: Ni baru zaman sekarang, zaman akan datang macam mana pulak yer???? Mau nya nanti disuruh nya mak ayah pulak yang study kat IPTA/IPTS sbg pengganti empunya diri. Haru biru la gini!

He's Gone......

As salam,


20hb.March.2011 (Ahad) - Disuatu petang yg mendung dan ketika aku sedang bermandi-manda...kedengaran bunyi dr henfon pinjam ku. Kebetulan my younger sis pun ada dalam bilik, aku pun suruh je la dia pass henfon tu ( ntah nape rase nk jawab gak tepon w/pun tengah basah lenjun ). 
Aku pun jawab." Hello...haa..nape?" Aku sambung lagi," Haa? Bila? ye ke...Innalillah.." 
Habis je talian,kedengaran suara adik aku yg kedua dr luar pntu bilik air," Nape kak?''
Aku jawab pertanyaan nya dengan nada perlahan,'' Tokki dah meninggal...baru je tadi pukul 3 ptg," 
" Hah?? Ye ke kak?'' Dia terkejut. 
Aku hanya diam sebelum kiteorang ambik keputusan untuk balik ke kampung utk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham Tokki aku.
Walaupun, kami taklah rapat..tetapi aku tetap merasai kehilangan nya di dalam keluarga kami. Memandangkan mama dan abah aku adalah insan yg setia menjaga nya ketika beliau terlantar sakit dan sehinggalah beliau menghembuskan nafas nya yang terakhir.

~Al-Fatihah,buat Allahyarham Tokki Kassim....Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh ~ AMIN.

~Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala dan memberkati kesungguhan kedua ibu bapa aku dalam kesetiaan mereka menjaga allahyarham. Harap suatu hari nanti kami adik beradik akan menjaga mereka berdua dengan baik-InsyaAllah~

Pengalaman dari peristiwa ini:

  • Untuk pertama kali nya aku berani berhadapan dengan jenazah.
  • Untuk pertama kali nya juga aku mencium jenazah (walaupun agak cuak sebenar nya. Ni juga pengalaman pertama buat adik2 aku)
  •  Pertama kali juga tengok secara live proses pengkebumian sehingga selesai.
  • Menginsafkan diri bahawa hidup ni adalah pinjaman.
  • Balik kerumah...fikiran dah terbayang yg bukan2...nk masuk toilet pun klu bleh nk berteman huhuhuhuhu ~




Monday, March 14, 2011

"SIMBIOSIS- Mutualisme"



As Salam ~

Baiklah..aku straight to the point sementara tengah ade mood nak menekan keyboard laptop ni. Untuk topik pembuka tirai blog aku yang baru nie..aku nak share story tentang "SIMBIOSIS- Mutualisme".
aHaa! bunyi nyer macam topik yang skema je kan? Untuk budak2 science stream mgkin orait la kot...but others..uhuhuhu..mau aku kene maki pnyer! OK-ok..ape yg aku nak citer ni bukan lah pasal Science Biology' ( mungkin ada la terselit sikit notes...ilmu kene kongsikan??) tetapi ia nya tentang cara manusia yang memanipulasikan keadaan untuk matlamat hidup masing-masing. Dari pendapat aku, aku mengatakan ia adalah hubungan simbiosis! Pernah dengar tak simbiosis? Of coz la kan...Ella punya lagu pun ade tajuk Simbiosis kan?....Baiklah, kpd yang masih keliru dengan ape kebende nye simbiosis tu..kat sini aku akan selitkan sikit notes untuk di fahami di dalam istilah biologi (Aaa sudah...sains pulak! - Sikittttt jek! ok :0)
"Ce citer..ce citer..."


  1. Simbiosis berasal dari bahasa Yunani sym yang bererti 'dengan' dan biosis yang bererti 'kehidupan'. Simbiosis merupakan interaksi antara dua organisme yang hidup berdampingan.
  2. Simbiosis merupakan pola interaksi yang sangat erat dan khusus antara dua makhluk hidup yang berlainan jenis. Makhluk hidup yang melakukan simbiosis disebut simbion.
  3. Ada beberapa bentuk simbiosis yakni:

- Parasitisme adalah di mana pihak yang satu mendapat keuntungan dan merugikan pihak lainnya.
- Mutualisme adalah hubungan sesama mahkluk hidup yang saling menguntungkan kedua pihak.                    
- Komensalisme, adalah di mana pihak yang satu mendapat keuntungan tapi pihak lainnya tidak dirugikan dan tidak diuntungkan. 
- Amensalisme, iaitu saat satu pihak dirugikan dan pihak lainnya tidak diuntungkan 
mahupun dirugikan.
- Kompetisi, di mana kedua pihak saling merugikan, biasanya terjadi melalui kompetisi dalam
memperebutkan makanan.
- Netralisme, dimana kedua pihak tidak saling diuntungkan mahupun dirugikan.  
Interaksi antara kedua spesies tidak menyebabkan keuntungan mahupun kerugian bagi keduanya.
                     

Aku tak nak huraikan panjang lebar cume nak ambik 2 jenis jek iaitu Parasitisme & Mutualisme. Kenapa dua nie jek?
Sebab, kedua-dua ni yang biasa berlaku didalam kehidupan manusia tanpa disedari.(memandangkan jenis-jenis simbiosis di atas kebiasaan nya hanya berlaku didalam komuniti haiwan dan tumbuh-tumbuhan-HARAP MAKLUM ye!)

Berbalik kepada isu simbiosis, memang ia berlaku didalam kehidupan..tak kiralah manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Jika tiada simbiosis apa erti nya kehidupan?? Cuma di dalam komuniti manusia cara simbiosis tu berbeza-beza. Paling banyak berlaku adalah jenis Parasitisme - kita tgok je zaman skrg, ramai org yang membuat penindasan...siapa yang lemah itu lah mangsa nya., yang kuat  adalah juara nya. Lemah dan kuat tu tak tertumpu juga pada fizikal ye...juga pada akal fikiran...bagi orang islam, IMAN adalah aset utama! Lemah nya Iman maka mudahlah nafsu menawan jiwa, maka akan berlaku la pula perkara-perkara maksiat dan kemusnahan anak bangsa. Syaitan akan berparti sakan, empunya badan mendapat DOSA. Haa! Parasitisme la ni....siapa untung? siapa rugi?- Lu pikir la sendiri.....


Jenis kedua adalah Mutualisme- hubungan sesama mahkluk hidup yang saling menguntungkan kedua pihak. Ha! Yang nie bagus! Sangat sesuai jika amalkan oleh setiap insan yg bergelar manusia. Ini kalau selalu dipraktikkan akan membawa kemajuan dalam masyarakat. Terutama kepada bangsa aku sendiri, MELAYU! Ini tidak, ramai yang mahu bangsa sendiri tersungkur jatuh...bukan nak menolong..malah lagi di henyak supaya tak boleh bangun lansung.Pergh! jenis ni memang dasar parasit punya orang. Bukti nya? Alaah..u  can see the bomoh-bomoh dan ilmu-ilmu hitam...ni sumer kaedah-kaedah dikalangan bangsa aku selalu guna utk menjatuh kan sesama sendiri...sebab tu KURENG kemajuan nyer - (gaya bahasa sopan skit nie) Tetapi, lebih baik jika sesuatu yang kita rasakan berada didalam hubunga jenis parasitisme " Err...boleh paham ke ni? " 

Baiklah senang cakap la....Bila ada kawan kamu yang kamu rasa cuba untuk menindas kamu lets say macam mengambil kesempatan la..so ni boleh dikatakan parasitisme jika kamu yg akan rugi dan dia  mendapat untung. " Err..paham ker ni?" BAIKLAH! Begini, konon nya jika ada la sorang kawan ni tetibe jek ajak korg gi parti sekolah tapi pada masa yang sama korang pulak nak  pergi kelas tuisyen Matematik. Dia merayu-rayu..dia pujuk-pujuk..dia kata.;
 "Alaa..pleasee...utk kali ni je. Parti ni kan setahun sekali.,lagipun kita dah last year..please..teman kan lah aku ni, aku takde orang nak teman..segan la sorang2..budak-budak lain semua dah pergi awal..jom la..," - Lebih kurang gini lah ayat nyer. Maka korang pun dengan tak rela hati dan kerana kesian kan dia korang pun pergilah terkial-kial.


Situasi kat parti :
- Kawan korang tu jenis yang peramah tak hingat....so tinggallah korang kat dalam parti tu macam kera sumbang (if korang ni kat skool macam budak nerd la ). Tapi bernasib baiklah jugak, ada skoolmate2 korang yang sudi menegur dan berkenalan dengan korang lebih detail..ewaahh! Ade la jugak kawan..


Situasi selepas parti ,didalam kelas:
-Hampeh! Cis! Cis! dan Cis!....kawan korang yang ajak korang temankan dia ke parti tu dah tak tegur korang..pandang pun tidak..apatah lagi dia nk kasi korang  senyuman yang tak seberapa cun tu. Dahla korang terpaksa skip kelas tuisyen Matematik yang sebenarnya jauh lebih penting drp parti tu.


Bertenang....takpe-takpe!


Sakit hati kan? Terasa diri dipergunakan untuk kesenangan. Lebih sesuai jika diumpamakan seperti ' Habis madu, sepah dibuang'. Baiklah, jika situasi tersebut adalah jenis parasitisme...why not kita tukarkan ia menjadi Mutualisme. Ha?? macam mana tu? Begini, untuk sedap kan hati dan untuk tak merasakan diri diperbodohkan. Apa kata korang cari kesan positif yang korang dapat mase pergi parti tu. Positif nya kat sini, walaupun korang tak ikhlas nak pergi, tetapi sekurang-kurang nya korang dapat berkenal-kenalan dengan ramai skoolmate yang belum pernah korang kenal sebelum ni (iyelah..skool kan ade bnyak kelas).Dan sekarang bila korang kat skool, ade la jugak kenalan-kenalan mase parti tu senyum dan say Hi! kat korang. Tak macam sebelum ni,korang berjalan macam invisible jek. So, bagus tak macam tu? Baguskan? Kawan korang yang macam hampeh tu untung dan korang pun dapat gak keuntungan tu walaupun berbeza dengan dia.


Haa! Next time if jadi la situasi hubungan parasitisme ni cepat-cepat korang memanipulasikan ia kepada mutualisme. Cuba mencari sesuatu yang positif supaya korang tak rasa yang korang loser! You're not loser,my friend! 




Okey, sekian saja untuk topik pembukaan tirai ni...(tepuk-tepuk-tepuk!) If ada kesalahan dari segi pemahaman atau maksud simbiosis harap sangat dapat membantu memperbetulkan nya. Dan apa yang aku cuba sampaikan ni adalah mengenai pendapat aku sendiri tentang sifat-sifat manusia, lansung tak berniat untuk menyamakan dengan haiwan @ tumbuh-tumbuhan ye - HARAP MAKLUM!
Minta maaf *****


Err...masih macam skema yer? Okey-okey, pasni i cuba lagi. Biasalah dah terbiasa menulis skema (Iyer ke??.....) NO COMMENT! - Shhhhh!







Assalamualaikum W.B.T

As Salam,


Welcome to my 2nd blog! 
Kenapa harus ada blog yang kedua ye??
Okey, sebab nya...aku mahu wujudkan satu genre penulisan yang bergaya santai dan ringan. Yang mana lebih berunsurkan humor dan perkongsian cerita di dalam kehidupan hari-hari...its look like more to diary but not too privacy...(of course la kan..hehehehe). Berbanding dengan blog pertama ianya more to.. 'penulisan ilmiah' dan nampak skema. Bukan la aku katakan blog pertama tu tak bagus cuma aku ingin jadikan ia sebagai  my virtual references book!. If aku terjumpa mana-mana artikel yang bagus utk diaplikasikan dan sumber rujukan motivasi di dalam kehidupan, aku akan post kan didalam blog yg pertama tu. Itu aje beza nya....dan apa yang pasti matlamat kedua-dua nya adalah sama iaitu 'PERKONGSIAN ILMU KEHIDUPAN ,juga UNTUK AKHIRAT' ~ InsyaAllah!