Assalamu’alaikum
WBT & Salam Sejahtera,
20
MEI 2016 | 13 SYAABAN 1437H
Pejam
celik pejam celik, kita semakin menghampiri Ramadhan 2016 bersamaan 1437H.
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang menikmati kehidupan. Syukur tak
terhingga kepada Allah SWT atas banyak kurnianNya. Syukur juga kepada Allah
atas hikmah dan tarbiah yang dikirimkanNya. Itu tidak lain hanya untuk menguji
dan menambah ‘value’ insan disisiNya.
Aku.
Salah
seorang daripadanya. (Mungkin juga kalian)
Ketika
aku sedang menulis entri ni, aku membawa bersama hati yang ‘kegalauan’ (ini
dalam bahasa Indonesia, bahasa Melayunya – kesedihan). Sungguh, ujian yang
mendatang pada bulan mulia ini (yakni Syaaban) sangat menguji mental. Sekali
lagi aku diuji dengan ‘sakit’nya dalam berukhuwah. Jika 5 tahun yang lalu, aku
mengalami kemurungan dalam tempoh masa yang agak lama. Di ketika ini, aku
merasakan seolah-olah ianya terjadi lagi. Sungguh ujian yang sukar!
Kenapa
aku katakan ianya sukar?
Kerana
aku adalah seorang penderita OCD. (Wahh! Apekebenda tuu??) OCD tu singkatan
kepada Obssesive Compulsive Disorder.
Ia adalah salah satu cabang penyakit dalam psikologi. Secara umumnya, ia adalah
penyakit was-was dan kebimbangan yang melampau dan berlaku secara berulang-ulang.
Penderitanya tidak dapat mengawalnya secara normal kerana faktor-faktor biologi
yang tidak sempurna. Cehh ceh..korang faham ke tak ni? Buat-buatla faham
ya..Ok, sambung - OCD ada tiga kategori.
Haih, dah macam entri kesihatan pula ya. Tapi tak apalah, ilmu untuk dikongsi,
aku akan kongsikan serba sedikit tapi secara ringkas je la yer. Nak tau lanjut,
sila ‘Googling’ :P Ok, sambung–
OCD
ada tiga kategori:
1. Washer – Ia lebih cenderung kepada kebersihan. Contohnya, basuh
tangan berkali-kali, cuci pinggan berkali-kali walaupun dah bersih berkilat,
pesakit akan melakukannya sehingga mereka rasa macam nak baling je pinggan tu
ke dinding. (Ha Ha – seriously!)
2. Checker – Pesakit kategori ni sangat bagus kalau jadi ‘Pak Guard’
(Ha-Ha) Sebabnya, pesakit kategori ni cenderung kepada hal-hal keselamatan
dirinya atau orang-orang yang mereka rasa sangat penting dalam hidup. Mereka
punya kebimbangan dan ‘caring’ tuh terlajak
over! Contohnya, kalau mereka nak
tidur, mereka akan periksa semua pintu, tingkap dan pastikan semuanya berkunci.
Kalau pintu bilik, mereka akan check
tombol pintu sampaikan tombol tu nak tercabut dibuatnya. (Ha-Ha – Seriously wehh!)
3. Geometry – Pesakit
kategori ni cenderung pada penyusunan dan kekemasan. Paling ‘annoying’, adakalanya mereka ni
sangat-sangat cerewet dan yang bagusnya, mereka ni sangat superb teliti. So, hasil kerja mereka memang tip-top lah! (Tip-top
selepas berperang dengan ketelitian melampau – uhuks!) Dan, boleh dikatakan
mereka ni agak ‘skema’ sebab mereka akan ikut segala peraturan. Eh...jangan salah
fikir. Bukan peraturan sekolah atau pejabat. Tapi, peraturan yang ada dalam
dalam pemikiran mereka. Ini diistilahkan juga sebagai ‘Geometry Pattern Thinking’.
Ya, ‘Geometry
Pattern Thinking’ (GPT). Aku salah seorang daripada kategori ini.
Sejujurnya, penyakit OCD
yang menganggu hidup aku ni sangat memberi kesan kepada banyak segi. Pada
mulanya, aku memang acuh tak acuh je bila dapat tahu tentang
simptom-simptomnya. Sejak dari umur belasan tahun sehingga pertengahan umur
20-an aku dah menternak si OCD ni dalam diri. Aku mula tersedar dan mula ambil
berat bilamana penyakit ni dah menguasai hampir 90% corak pemikiran aku. Pada
asalnya, OCD hanya menganggu dari segi zahirnya sahaja seperti tingkah laku
pengulangan perbuatan dan rasa was-was. Iyela...was-was kan ramai orang
mengalaminya, so aku tak expect ia akan jadi lebih buruk. Bila
aku kaji, was-was penderita OCD berbeza dengan was-was orang normal. Orang
normal boleh control lagi, tapi
OCDian tak dapat mengawalnya dalam masa yang singkat. Kesian...
Selain daripada gangguan
dari segi perbuatan, aku sedari OCD mula menganggu corak pemikiran melalui ‘Geometry Pattern Thinking’. Segala
perkara yang ada dalam otak semuanya siap disusun rapi. Complete set! Daripada A – Z. Dari hal yang belum berlaku hingga kononnya
macam dah berlaku (actually belum berlaku
pun, tapi memandai-mandai create
sendiri). Yang sadisnya, syarat utama GPT ni (aku tulis singkatan je lah ye)
setiap yang disusun tu kena WAJIB! berlaku. (WHATTTT!) Sekiranya tak berlaku, maka akan berlakulah konflik jiwa.
Akan stress. Akan mengungkit-ungkit. Akan menyesal dan macam-macam lagilah.
Penat wehh... Plus, dengan
kebimbangan melampau dan IVT (Aisehh..apebenda pulak IVT?) IVT tu singakatan
kepada Inner Vocal Tic juga salah
satu gangguan dalam OCD. Dalam bahasa Melayu, ia dipanggil lintasan hati.
Sering berlaku dalam solat atau sedang melakukan sesuatu yang memerlukan fokus.
Tujuan ia adalah untuk membuatkan kita hilang keyakinan pada akidah. Dan, aku
perasan yang IVT ni boleh muncul dalam pelbagai bentuk. IVT pandai ‘meniru’
nada suara hati kita. Ia akan mengatakan sesuatu yang boleh menganggu emosi dan
mengecas corak pemikiran negatif. Maka, jadilah orang itu orang yang berfikran
negatif. Jika dalam Islam, IVT tu adalah bisikan syaitan. Sebab tu, bagi
penderita OCD muslim, disarankan untuk lebih dekatkan diri dengan Allah SWT. Jaga
solat. Zikir harian dan selawat. Kalau boleh, jangan tinggal walau satu.
Pada diri aku pula, IVT
seringkali mengatakan malah mendesak supaya aku jadi bimbang dengan sesuatu
perkara. Padahal perkara tersebut belum pun berlaku dan tak pasti pun akan
berlaku. Akibat kebimbangan melampau, aku bertindak atas apa yang di‘katakan’.
Maka, terjadilah pelbagai kerumitan. Terutama dalam suatu hubungan (bukan coupling-coupling ehh...ni tentang ukhuwah
- khususnya), sering kali berlaku ketengangan disebabkan ‘aku yang sukar untuk
difahami’ dan aku sendiri sukar nak memahami diri. Kadang-kadang ia berlaku ‘undercontrol’. Bila dah bertindak,
mulalah berlaku penyesalan. Akan keluarlah monolog-monolog dalam diri, “Kalaulah
aku tak cakap macam tu...” “Kalaulah aku tak fikir camtu..” Kalau..dan
kalau...!
Inilah salah satu
ujiannya, akibat daripada IVT –OCD ni, berlakulah beberapa konflik. Ia sangat
membuatkan aku kembali menikmati kemurungan. Mood makan pun terbang melayang (ada hikmah juga, boleh kuruskan
badan He-He). Bohonglah, kalau aku kata aku tak menyesal dan tak ber’kalau-kalau’,
bohonglah kalau aku tak bermandi hujan air mata, bohonglah kalau aku rasa macam
nak masuk wad mental, bohonglah kalau aku rasa macam ‘useless’, rasa tak layak, rendah diri dan sebagainya. Inilah
kejujurannya. Aku faham, sukar untuk orang normal (yang tak mengalami semua ni)
faham apa yang aku alami. Kalian tak merasa betapa siksanya. Bohonglah kalau
aku kata ujian yang sedang aku lalu ni tak menaikkan persen (%) OCD ni. Uhukks~
Bohonglah kalau aku tak pernah bertanya pada Tuhan, WHY? WHY? WHY ME??? Dan sehingga aku bertanya, HOW? HOW? HOWWW CAN I DOOO!
:’(
Sedih. Sedih bila
mengenangkan diri sendiri. Orang-orang yang paling rapat pun tak faham
sepenuhnya hal ni. Kerap juga aku dianggapkan sebagai ‘sengaja’. Seolah-olah
aku gembira dengan semua ni. Gembira bila mana tercetusnya konflik. Ahh..adakah
mereka fikir aku gila?? Allah...
Hanya Allah Maha Tahu.
Dialah Allah yang tahu
segala keadaan ku. Dia mendengar setiap keluhan ku. Dia tahu aku nak sembuh dan
normal seperti orang lain. Dia tahu aku kemurungan lagi. Dia tahu aku hilang
semangat diri. Dia tahu, aku melalui perkara yang sama lagi (walaupun jalan
cerita dan asbabnya berbeza, tapi rentaknya masih sama). Di bulan Syaaban yang
mulia ni, aku diuji. Inilah yang aku nak highlightkan
di awal-awal entri tadi. Jika dulu, aku melalui ujian dengan mencari segala
kekuatan dan pada masa itu jugalah aku tekad untuk meninggalkan segala fasa
jahilliyah dalam diri. Penghijrahan. Ketika itulah ia bermula. Sehinggalah aku
menjadi seperti hari ini (tapi tak de lah baik sangat, jauh lagi nak jadi
alim). So, aku kira aku berjaya melalui
ujian dengan baik. Alhamdulillah. Malah, Allah hadiahkan pula dengan suasana
yang lebih baik dan rakan-rakan yang solehah. Allah letakkan aku dalam kelompok
mereka-mereka yang cintakan ilmu dan sentiasa mengingatkan diri kepada Allah.
Dan, paling aku tak percaya sehingga hari ini, aku ex-jahiliyyah ni aktif pula
dengan program-program keagaamaan hingga aku pernah beberapa kali menjadi
sebahagian daripadanya AJK-AJK nya. Allahu...nikmat Tuhanmu yang mana kau ingin
dustakan? :’)
Ternyatalah, ujian tidak
lain dan tidak bukan hanyalah untuk upgrade
value seorang hamba disisiNya. Klu untuk berjaya dalam ujian ni adalah
KESABARAN, KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH, IBADAH SUNGGUH-SUNGGUH & DOA DENGAN
YAKIN. Aku harap, aku mampu lalui ujian
ni dengan baik sepertimana dulu aku pernah melaluinya. Walau setiap hari
bertemankan air mata, hati hanya berharap kepada yang empunya kekuatan. Allah rabbul ‘alamin. Aku tak tahu
apakah hikmah ujian kali ini, tetapi aku (PERLU) yakin bahawa ujian ini memberi
sesuatu yang baik. Mungkin, Allah nak bagi sesuatu yang lebih istimewa! Aku
bersangka baik. Jika dulu, Allah upgrade
aku daripada seorang dalam fasa jahiliyyah kepada yang lebih baik. Kini, apakah
Allah ingin upgrade lagi kepada yang
lebih-lebih baik?? :’) Allah...aku sedang cuba memujuk diri.
Sejujurnya, aku cuba
mengheret hati dan berusaha untuk bangkit. Kalian yang sudi membaca sehingga ke
perenggan ni, doa-doakanlah aku supaya jadi orang ‘normal’. Er..i
means, sihat mental dan fizikal, baik akhlak dan be more positive. High
spritual. Dan, dikurniakan keteguhan iman.
P.s: Can’t wait for
Ramadhan. Nak bercinta-cinta dengan Allah. Nak grab bonus-bonus yang ada. InsyaAllah.
Allahumma balighna Ramadhan. Aamiin
Allahumma Aamiin~
Okeylah, sekian saja
perkongsian kali ni. Yang baik ambillah sebagai pelajaran, yang buruk kalian campak jauh-jauh ya. ;)
[Kalau nak tahu lebih lanjut tentang OCD dan IVT yang aku sebutkan diatas, bolehlah kalian jengguk kat sini http://husnuzzonloa.blogspot.com]
No comments:
Post a Comment