.jpg) |
We love Muhammad SAW |
Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,
7.Okt.2012 (Ahad) - Pada jam 7.30 pagi, aku (bersama my younger sister) melangkah kaki keluar dari rumah dengan satu misi. Kalau diikutkan waktu keluar dari rumah itu memang agak lewat. Aku risau dan bimbang. Memang beberapa hari sebelum tarikh ini aku dihentam dengan pelbagai perasaan dan hati seakan ingin menghalang niat. Pelbagai tafsiran muncul di minda dan cuba untuk mengacah-ngacah sang hati yang sedang resah. Semakin hari semakin aku tidak keruan. Sehinggakan aku pernah berniat untuk batalkan aje misi pada hari ini. Tetapi, pada malam sebelumnya aku berdoa di dalam sujud yang lama agar dipermudahkan urusan hari ini jika ia akan memberi manfaat yang baik untuk kami semua (mission volunteer). Disebabkan kekuatan daripada Allah SWT-lah yang membuatkan aku tekad dan tegar melawan segala perasaan negatif yang menghentam jiwa. Biasalah, pabila kita ingin melakukan sesuatu yang baik pasti syaitan akan cuba menghalanginya. Lebih-lebih lagi, jika perkara itu berkait rapat dengan aktiviti dakwah dalam menyebarkan agama Allah SWT dan mempertahankan Rasul Nya- Nabi Muhammad SAW.
Apa misi nya?
Misinya adalah- menyertai program 'flashmob' (Rapat Seni Kerahmatan Rasulullah) anjuran IKRAMTeens yakni ini adalah pengalaman baru buat aku dan mungkin juga yang lain-lain. Flasmob ini bertujuan untuk memberitahu masyarakat umum tentang betapa mulianya adab dan akhlak Rasulullah SAW. Ini juga berkait rapat untuk menafikan dan membersihkan perspektif umum berkenaan kisah yang telah dipaparkan oleh filem 'Innocence of Muslims' yang telah menghina Nabi SAW dan tidak menghormati umat islam keseluruhannya.
Pada jam 9 am (++)- Kami semua (peserta) berkumpul di dataran Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. Bilangan peserta agak ramai, hampir mencecah 3 angka. Alhamdulillah. Cuma nak di-highlight-kan kat sini, bilangan kaum hawa mendahului bilangan kaum Adam. Ahaks! (^_<) Tahniah muslimah! Kemudian , kami diarahkan oleh fasilitator untuk bergerak dan berkumpul di luar perkarangan masjid bagi sesi taklimat dan latihan.
Namun, selepas beberapa minit berlalu. Program kami diuji oleh Allah SWT dengan kedatangan seorang pakcik (mungkin AJK masjid) yang menaiki motorsikal telah menegur dan melarang kami untuk berkumpul di situ, katanya kami telah menganggu kawasan masjid. Hemm..pada pendapat akulah. Kami taklah sebising mana. Lagu yang dimainkan pun lagu nasyid yang berunsurkan selawat kepada Nabi SAW. Lagipun, bukan kami menari-nari macam buat joget lambak kat situ. Rasanya, bunyi kenderaan yang lalu lalang tu lagi bising dari kami. Jadi, aku pun membebel dalam hati... "Inilah..kalau orang Melayu-Islam sendiri pun tak cuba nak bagi support. Macam mana Islam nak maju? Macam mana tak ditindas oleh orang-orang kafir?? Haish.."
Ketika ini, aku lihat muka sekalian fasilitator. Jelas terpapar kebimbangan dan keresahan di wajah mereka yang keletihan. Dan, aku faham situasi itu memandangkan aku juga kerap terlibat selaku AJK event di ofis. Pabila masalah 'dihalau oleh pakcik masjid' itu berlaku, maka fasi perlu mencari tempat lain untuk sesi latihan kami. Alhamdulillah, Allah SWT membantu mereka dengan mencadangkan agar kami semua bergerak dan berkumpul di padang Setiawangsa. Walaupun berpanas terik dan keletihan, anak-anak muda ini masih kuat semangatnya untuk terus melangkah. Ya, aku kagum melihat belia-belia muda belasan tahun dan awal 20-an ini mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan misi jihad. (Err..maaf, sebenarnya aku tidak boleh dikategorikan sebagai belia 'awal' 20-an lagi...huhuhhu. Mungkin akukah yg paling tua???) Whatever la...
Di taman permainan yang diteduhi oleh rimbunan pokok-pokok di situ, kami duduk berkumpul menyambung sesi latihan yang tertangguh. Ketua fasilitator bersungguh-sungguh mengajar kami step-by-step formasi dan gerakkan yang akan dilakukan ketika pertunjukkan flashmob nanti. Maklumlah, flasmob akan dibuat di khayalak ramai dan di sebuah kawasan 'hot' di ibukota yang majoriti pengunjungnya adalah non-muslims dan foreigner. Untuk memastikan kejayaan mesej yang disampaikan, maka setiap pergerakkan perlu dilakukan dengan teratur dan tersusun. Jadi, untuk memudahkan kami fasi telah membahagi-bahagikan kami kepada beberapa kumpulan (kesemuanya ada 7 kumpulan).
Pada jam 12 pm - Kami diarahkan untuk berehat, makan tengahari dan solat Zuhur. Yeay! Tapi, apa yang mengembirakan kami pabila Allah SWT menghadiahkan kami rezeki berupa berbungkus-bungkus nasi lemak dari seorang makcik yang berniaga di tepi jalan berhampiran dengan taman permainan itu. Alhamdulillah....terima kasih makcik! Ucap kami semua (^^,)
Pada jam 2 pm - Kami berkumpul semula mengikut kumpulan yang telah dibahagi-bahagikan tadi. Ketika berkumpul dan menanti arahan daripada fasi-fasi sekalian, masing-masing mula berlatih gerak gaya formasi yang telah diajar oleh Bro. Deen (ketua Fasilitator) tadi. Agak lama kami berkumpul dibawah terik matahari. Maka aku memujuk hati, "...bersabarlah duhai hati. Inilah dugaan untuk berjihad. Baru jihad kecil macam ni belum berjihad yang sebetul-betulnya di medan peperangan. Panas ni pun tak seterik panas di padang masyar. Bersabarlah..' -Pujuk hati. Hampir setengah jam lebih berlalu, barulah kami dibawa ke stesen LRT Setiawangsa untuk menuju ke stesen Hang Tuah kemudian menaiki monorel menuju ke Bukit Bintang. Ya! kami akan berkumpul dan melakukan flasmob disana. Bukit Bintang!
Pada jam 4 pm (++) - Suasana di Bukit Bintang @ BB memang dipenuhi selautan manusia yang cintakan dunia. Maksudnya disini, majoritinya ke BB hanya untuk mencari keseronokkan dan kebahagian dunia. Bagi mereka, BB itulah syurga. Ya, syurga dunia untuk mereka. Dan disinilah kami, para pendakwah jalanan (bak kata Bro. Deen la....DJ = Dakwah Jalanan) akan melakukan misi kami. Agak mencabar sebenarnya sebab kami dikelilingi oleh masyarakat yang majoritinya adalah non-muslims.
Kami tiba dihadapan shopping mall LOT 10 dan berhadapan dengan kedai mewah Uni Qlo. Di ruang dataran laluan manusia lalu lalang itulah akan menjadi pentas pertunjukkan dakwah jalanan kami. Semoga semuanya berjalan lancar! Masa diambil kira-kira hampir jugalah satu jam untuk kami berlakon seperti crowd yang lain. Konon-konon datang saje-saje melepak. TAPI! Lakonan kami ternyata tidak dapat mengelak daripada disoal siasat oleh seoarang encik polis yang meronda disitu. Mungkin dia peka dengan keadaan sekeliling (al-maklumlah kan..polisss...) dan dia nampak suasana crowd yang nampak asing. Manakan tidak, sudah menjadi kebiasaan mata crowd yang ada disekitar itu berpakaian agak ranggi, up-to-date, seksi, dan bermacam-macam fesyen, tetapi pada petang yang indah itu crowd dihiasi dengan para muslimah (manjoriti) yang solehah-solehah semuanya. (^^,) Hehehehe...Jadi, dia bertanyakan soalan (ketika itu aku bersama teman-teman peserta),
En. Polis: Korang semua ni datang daripada mana?
Aku : Err...(agak blur ketika ini. Takkan nak citekan hal sebenar pulak kan?? Haishh..)
En.Polis: Korang dari mana ni ramai-ramai ni? (Dia tak puas hati)
Aku : Er..kiteorang dari Setiawangsa.
En.Polis: Ooo..Setiawangsa. Ingatkan apa la ramai-ramai ni..
Aku: Er..saje je, kiteorang datang ber-shopping...hehehe (Wahh...idea spontan ni. Tak tau la logik ke tak. Hentam je lah)
Masanya telah tiba!
Seperti yang dirancangkan. Penjaga speaker telah pun bersedia dan lagu telah dipasang dengan kuatnya. Maka bergemalah lagu nyanyian Opick - Shollu 'ala Muhammad. Pertunjukkan flasmob di mulakan dan diketuai oleh Bro. Deen dan begitu jugalah untuk lagu yang seterusnya Opick - Pewaris Surga. Dan, selepas selesai kedua-dua lagu maka pergerakkan akhir adalah 'freezing' iaitu dengan duduk statik sambil mengayakan amalan sunnah Nabi SAW. Kumpulan aku membawa mesej 'freezing' yang berbunyi 'Muhammad SAW taught us to >> "Respect your parents" '. Gaya 'freezing' ni tak lama, hanya 2-3 minit je. Okey la tu...
SELESAI...
Maka, "Tepuk!-Tepuk!-Tepuk! ". Alhamdulillah. Kemudian, flyers mula diedarkan dan sampul surat berwarna putih yang bertulis ' Duit Raya daripada Muhammad SAW' juga turut diberi kepada mereka yang bertuah (secara random). MasyaAllah, semoga Allah SWT memberi pahala yang banyak dan memberkati penganjur program dan semua yang terlibat.
Pada jam 5.30 pm (lebih kurang la kot...) - Tamatlah sudah program flasmob kami dan berjayalah misi jihad kami tanpa senjata. Kami diarahkan untuk bersegera menunaikan sola Asar di Pavillion sebelum kembali berkumpul untuk pulang bersama-sama. Sekian sudah coretan perjalanan program yang merupakan pengalaman pertama aku. Agak teruja dan happy bila program ini berjalan dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai dugaan dan halangan serta sedikit kelemahan.
TRIVIA:
- Pada jam 6 pm, sekumpulan manusia non-muslims (mungkin berbangsa cina) telah membuat pertunjukkan seakan flasmob juga di hadapan Pavillion. Yang jelas kontranya dengan flasmob kami, mereka menari tarian...huh! apa lagi tarian yang tengah 'hot' sekarang? Oppa Gangnam Style! Huh! (Akhlak Jahanam Style!) --> Sorry to say diz. Aku memang anti dengan tarian yang tak bertamadun ni. (Oppss..sorri la ye kalau ade peminat dance yang ntah apa-apa ni....Opps!)
- Kemunculan kumpulan besar kami di stesen LRT & Monorel membuatkan orang-orang disekeliling memandang dengan [?] di dalam kotak fikiran mereka. Adakah kami nampak weird? atau kami adalah antara golongan asing yang minoriti?
Dan, inilah hakikat yang telah dijangkakan:
"Islam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” [Hadis Riwayat Muslim, 1/350, no. 208]
“Maka beruntunglah mereka yang dianggap asing, iaitu orang-orang yang melakukan islah (pembaikan) di ketika manusia berkeadaan rosak.” [Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/219, no. 2554. At-Tirmidzi mensahihkannya]
PENDAPAT:
- Untuk lebih mantap, latihan flashmob perlu dibuat beberapa hari awal supaya nampak lebih cun dan seragam. Mungkin next time akan lebih power kot. Aminn..InsyaAllah. Teruskan! Teruskan! ye adik-adik! (^_<)
- Mungkin, perlu cari tempat yang lebih luas sikit (jika peserta mencapai 3 angka)
- Terdapat sedikit kelemahan dalam perjalan aturcara. (Yang ini, no wonder lah kan...mana-mana event organizer pun kadang-kadang buat silap yang ini). Tetapi masih boleh diperbaiki. InsyaAllah.
- So far....kesemuanya okey! Dan misi hari ini BERJAYA! Mabruk 'alaik untuk antum semua!
P/S: Semoga apa yang telah dilakukan akan dipraktikkan didalam kehidupan. Terutama dalam bab-MEMBINA UKHUWAH. Nabi Muhammad SAW dan agama Islam itu sendiri sangat mementingkan persaudaraan. Baginda SAW tidak memilih untuk bersalaman dan berkenalan di antara satu sama lain dikalangan umat islam. Murahnya senyuman baginda semurah hatinya. Dari Hasan dari Rasulullah SAW, baginda bersabda : "Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."
Rasulullah SAW bersabda : "Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka yang di langit akan mengasihi mu."
Dan, jika hal ini tetap juga berlaku (longgarnya tali persaudaraan) maka bersiap sedialah untuk menunggu penghujungnya umur dunia seperti salah satu hadis Nabi SAW :
Daripada Abdullah Ibn Mas'ud r.a, beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba (1.) orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenalinya sahaja, (2.) perniagaan akan bertambah maju, sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, (3.) banyak orang memutuskan hubungan silaturahim (hubungan kekeluargaan), (4.) banyak saksi palsu (5.) orang menyembunyikan penyaksian yang benar, (6.) dan akan banyak kemudahan alat tulis." [Hadis riwayat Ahmad]
Lastly, aku ucapkan jutaan terima kasih buat team penganjur yang bertungkus lumus dan berpenat lelah dalam menjayakan program yang sangat-sangat bermanfaat. Kalau tak kerana diadakan program ni, maka tak terciptalah pengalaman pertama hamba Allah ini. Jazakumullahu Khairan! Syukur kepada Allah SWT juga yang memberi kudrat dan kesihatan yang baik untuk join program ni.
Dalam banyak-banyak lagu Opick. Lagu yang digunakan di dalam program ni adalah yang pertama kali aku dengar. Kalau nak dengar lagu Opick - Shollu 'ala Muhammad, sila klik disini & untuk lagu Opick - Pewaris Surga, sila klik disini.
Apa yang boleh aku katakan, walau apa pun yang terjadi, biarlah apa orang nak kata...aku join program ni atas rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW, niat untuk memberi sokongan sesama umat Islam dan niat untuk berdakwah....lillahi ta'ala! <--Inilah ayat penguat jiwa ketika fikiran jahat berbisik kepada hati untuk tidak hadir ke program ni.
Alhamdulillah~