Wednesday, July 13, 2011

Sesi Perkenalan Yang Penuh Motivasi

Ini bukan lambang sebarang bentuk pemujaan yer....Sekadar hiasan sahaja.

As Salam,




Aku suka untuk berkongsi cerita tentang manusia-manusia yang positif yang pernah aku jumpa. Okey, kalau dirujuk blog post aku yang lepas-lepas..aku ada citer pasal myBoss kan? Tapi yang itu dah jadi 'my ex-boss'. Setiap yang pergi/hilang pasti akan digantikan dengan yang baru.
Haa? Ape bende ni? barang ke ? Ohhh..tak! bukan barang tapi ini kisah seseorang.
Dia adalah my new Boss. Tapi, dia dalah seorang wanita.
Serius la aku ckap...memang aku cuak dengan dia ni....ntah naper bila nampak je dia, aku terus transform macam kura-kura. Nak kata dia garang..macam tak. Mungkin dia nampak tegas dan very independent women. I LIKE!
So, for the 1st time -nyer aku terpaksa face-to-face dan kami berbual (atau lebih kepada sesi suai kenal yg sebenarnya sesi tu adalah sesi review prestasi kerja) dalam tempoh yang lama. Sebagai orang baru dalam kompeni tu, aku perlu dengar dengan baik setiap apa yang disampaikan nya. Rugi lah kalau aku buat sambil lewa...dan buat dengar tak dengar jek..sebab nya, dia adalah di antara super senior di kompeni tu..Dah terlalu banyak makan asam garam berbanding aku ni yang masih lagi merangkak-rangkak cuba mencari tapak supaya berada dalam keaadaan yang stabil.
Aku tak mau citer panjang-panjang sebab apa yang di sampaikan oleh beliau kepada aku adalah lebih kurang sama dengan bos lama aku cakap ta-pi lain pula dari segi perspektif. Aku suka motivasi dan nasihat yg disampaikan oleh kedua-dua nya. Cuma bos baru ni aku sangat kagum la...sebab bagi aku dia diantara 'Wanita Yang Hebat'.




Antara nasihat dan motivasi yang menjadi koleksi didalam kotak positif aku ialah:-



  1. Kita perlu berani bersuara dan keluarkan pendapat untuk meningkatkan kualiti kerja.
  2. Kita perlu berfikiran kreatif dan jangan mengharapkan arahan baru nak buat kerja...bermaksud - sekali ketuk,sekali jalan...yg bagus nya kalau, Sekali ketuk,berkali-kali jalan tanpa henti!
  3. Kita perlu belajar walaupun sekadar ambil tahu kerana ilmu tu penting. Kerana ilmu juga kita akan dihormati.
  4. Pekerjaan yang multi-tasking membolehkan kita mengumpul seberapa banyak pengalaman dalam kerjaya dan boleh diaplikasikan didalam kehidupan.
  5. Buat kerja biar ikhlas..jangan buat sambil lewa dan separuh jalan.Tau! 



Okeylah, sekian saje lah perkongsian citer aku untuk kali ni.( Skema kan? Hehehe...ilmu tu...)




P/s: Walaupun pekerjaan aku sekarang BUKANLAH kerjaya impian (malah tak pernah termimipi atau bayangkan pun) Aku terima seadanya apa yang telah ditetapkan dan diberi oleh Allah S.W.T. Sesungguh nya Dia lebih mengetahui segala kebaikkan dan keburukkan. Inilah rezeki dari-Nya untuk aku. Alhamdulillah~
Macamana pun, kerjaya impian masih setia di hati...aku masih berharap utk mendapatkan nya. InsyaAllah~
Cuma hikmah daripada pekerjaan yang aku perolehi skrg ni, aku dikelilingi oleh insan-insan yang mempunyai aura-aura yang postif dan hebat-hebat. Kalau kat skolah, kira nya aku duduk kat dalam kelas yang pertama lah...hehehehe (^_^)

Tuesday, July 12, 2011

Pertama kali dalam sejarah......dan FILEM KITA?





As salam,


Baru-baru ni buat pertama kali nya dalam sejarah hidup aku berseorangan menjejakkan kaki ke GSC. Rasa macam janggal dan sengal. Iyelah, selama ni aku pegi GSC/TGV ada la jugak peneman (Oppss....perempuan k!)
Tapi untuk kali ni, terpaksa la jugak aku menapak ke situ sorang diri semata-mata nak gi tengok citer 'Sekali Lagi'. Macam biasa, sebelum masuk panggung aku akan pastikan, yg aku membawa masuk Cappucino + Caramel popcorn ta-pi, malang nya pada aritu tak ada pulak 'hot drink'.Ceh! Memandangkan aku dah lewat  20 minit (citer start pukul 7.30- sempat ke surau solat Maghrib-rushing ke kaunter) aku terus melangkah masuk dengan Coke + Caramel popcorn. Tergedek-gedek aku berlari-lari....terkial-kial aku mencari panggung No.1.Maklumlah...bila sorang-sorang nih macam budak sengal lah jadi nya. Bila masuk je, citer  dah start...aduh! Kat sini bermula lah masalah kecik ta-pi bagi aku mase tu macam besar je..huh! Aku terhendap-hendap dari satu barisan ke satu barisan...."Haish! mana la seat no.E14 nih!" bebel aku dlm hati. Mase tu, aku mula rasa mcm sumer orang dok tengok gelagat aku yang terbongkok-bongkok mencari tempat duduk tu. Dah tau rabun..aku dengan pendek akal nyer..tak pulak keluarkan henfon utk dijadikan torchlight. Adui.....
Last-last...aku ternampak lah barisan kerusi yang bertanda E 8-21. Yang membuatkan aku nak mengutuk diri sendiri...bila aku pergi cari lagi E14 sedangkan terang-terang dekat barisan  yg bertanda E 8-21 tentulah ada E14 di antara nya...bila rasa malu dah sampai ke tahap yang tak boleh dikawal lagi..aku main duduk je kat satu kerusi dalam barisan E 8-21...aku pandang kiri-kanan..risau gak kalau tiba-tiba tuan punya kerusi datang...malu lah aku...


Tapi, bila tengok jam dah pukul 8.00....dengan penuh yakin nyer aku rasa tak ada orang yg akan masuk.Fuhh! Sempat gak aku jeling tempat duduk kiri-dan kanan aku...Di sebelah kiri E8....di sebelah kanan E10...ini bermakna aku duduk di E9..Hehehehehhehe...Aku kira-kira, E14 di tengah-tengah sana...kalau aku nak duduk jugak kat situ aku kenalah melintasi dua pasangan kekasih..Huh! tak mau lah..rela aku dok kat E9 diam-diam. Dalam hati dok berdoa harap-harap tak ada orang datang.Alhamdulillah...akhirnya berjaya aku mem-fokus-kan diri untuk menonton filem MELAYU-ISLAM bertajuk 'Sekali Lagi'.


Err...nampak tak ayat yang aku 'underline' kan tu? Ya, aku menulis kali ni bukan semata-mata nak cerita tentang ke-sengal-an aku pergi tengok wayang sorang-sorang. Ta-pi...ade sesuatu yang aku nak kongsikan pendapat.....Pernah dengar tak ayat ni? "Filem kita wajah kita"...pernah kan?
Baiklah...filem yang aku tengok ni tak ada lah tahap 5 star..cuma aku puji lakonan pelakon utama nya kerana karektor yang dibawa lain daripada yang lain. Citer ni memang me-rilek-kan otak..kira macam makan jajan atau nama glamer nyer-junkfood la.
Pendapat aku tentang filem tu (a.k.a komen) - Ada satu 'scene' yang mana hero & heroin cuba flashback zaman persekolahan diorang...mase scene tu diorang pakai baju sekolah dan ape yang membuatkan aku mengerutkan dahi PATUTKAH TUNJUK ADEGAN-ADEGAN ROMANTIK DENGAN MELAKONKAN WATAK BUDAK SEKOLAH YANG MEMAKAI UNIFORM SEKOLAH????
Sila jawab tuan-tuan dan puan-puan....Aku mase tu macam nak maki-hamun je pembuat citer dan scene tu..ape ke 'ngok' sangat...tak tau ke scene tu akan mempengaruhi fikiran budak-budak remaja yang baru nak kenal dunia tu? Haa! inilah antara FAKTOR TERBESAR. Bila ada kes 'Aksi Budak Sekolah Melampau'...masing-masing dok tunding jari sana-sini...salah mak ayah lah...salah cikgu lah...salah sana..salah sini....so apa peranan media? Aku rasa media hiburan la yang banyak mengajar. Agak-agak la kan, macam mana la kan cara pemikiran orang-orang di bahagian penapisan filem kita ni yek? Pakai redah je, tak fikir impak pada masyarakat muda. Sebab tu budak-budak skolah sekarang 'advance'. No wonder lah kalau budak-budak sekolah rendah pun boleh buat aksi terlampau nih...mana diorang belajar? Lu pikir la sendiri!


Lagi satu part...mungkin tak ramai yang perasan bende ni atau mungkin kalau ade yang terbaca blog aku ni diorang akan cakap 'poyo'la...bende kecik tu pun nak kecoh ke? biasalah skrip berlakon...
Ohooo...peduli kah aku dengan serangan-serangan tu? Tidak sama sekali.
Ape kebende yang aku dok emo sangat nih? Okey, sila baca dialog ni, " Mak saya cakap tak boleh pegang-pegang, sebab bukan muhrim" (Lebih kurang mcm ni lah dialog nyer,kalau nak sahih..gi tgok sndiri)
Dah baca? Bunyi macam bagus kan? Kata-kata nasihat untuk semua. TAPI!  seriuskah nasihat tu? bagi aku la, statement  tu macam nak memperlekehkan atau memandang ringan je hukum haram pegang sebab bukan muhrim tu...sebab nya...dalam citer tu (atau dalam mana-mana 'filem kita wajah kita' yg lain tu) pun ade adegan yang lebih dari hukum haram tu...bukan setakat pegang tangan...tapi lebih....terlalu bebas macam dah tak ada rule dalam agama. (Nasib baiklah tak ada adegan 'tut') Agak-agak la kan, nasihat tadi tu orang akan pandang dari perspektif mana yer?? 
Okey la, letih kalau nak komen semua benda dalam 'filem kita wajah kita' ni....apa definisi Melayu..apa definisi Islam...? Aku rasa dah tak ada makna lagi bagi diorang-diorang ni...konon cerita nak bagi pengajaran, tapi aku rasa 99% cerita filem Melayu kita lebih mengajar kepada keburukkan daripada beri pengajaran yang baik. Tak caya yer? Cuba duduk kat cybercafe...cuba perhatikan gelagat budak-budak bawah umur dan cuba dengar baik-baik bahasa pertuturan diorang....pasti korang akan percaya dan dapat teka..dari manakah ayat kurang sedap didengar tu keluar? Bukan budak belasan tahun jer tau...bawah 10 tahun pun tau...
Aduh! Rosak lah anak bangsa, salah siapa? Pikirlah sendiri....




P/s : Apa definisi utama 'U' -Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat?  Hampeh la...




1st time dalam sejarah hidup...i'm watching movie-ALONE (kecoh tul la budak ni...)