Assalamu’alaikum WBT & Salam sejahtera,
Alhamdulillah. Sekian
lama tak menjenguk ruangan bisu ini. Tentu pada zahirnya dah berhabuk tebal. Tapi tak apalah, aku cuma
berharap ilmu dan perkongsian di ruangan bisu ini tidak terhapus dek zaman. Pada coretan kali ni,
entah kenapa tergerak hati ini untuk berkongsi secebis rasa. Hmm, mungkin
sekadar celotehan biasa-biasa. (Sebenarnya aku dah lama rindu nak
menulis..uhukss!)
Seindah Mawar Berduri - Inilah sebuah karya lama tetapi ia muncul
semula dengan berwajah baru! Karya ni sangat evergreen. Ia telah diterbitkan pada tahun 2009 oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Alhamdulillah, pada tahun ini, penulis telah berjaya mendapatkan hak cipta
untuk menerbitkan semula novel ini dengan tema baharu. Novel ini, aku tidak pernah tahu kisahnya.
Pada 2009, langsung aku tak pernah ambil tahu tentang wujudnya novel ni, padahal
pada waktu tu, novel ni antara novel yang ter’hot’ dipasaran. Hmm, mungkinla pada
waktu tu, aku bukanlah penggemar bahan bacaan islamik. Penulisnya pun mungkin aku tak berapa kenal.
:p
Ketika saat ini, selepas
aku menelaah setiap isi penulisan
barulah aku tahu kenapa novel ini evergreen
dan dicari-cari peminat novel islamik. Subhanallah, rupanya mereka kagum
dengan keunggulan watak di dalam novel ini.
Khazinatul Asrar, seorang mujahidah, seorang role-model muslimah yang
sememangnya layak menjadi ikutan muslimah zaman kini. Keperibadian Khazinatul
Asrar persis sekuntum mawar berduri yang
mekar ditaman cinta Ilahi. Muslimah yang
sentiasa cintakan tarbiah dan dakwah. Misi dan Visi hanya untuk agama Allah.
Cintanya bukan cinta suka-suka. Tiada istilah ‘couple-islamik’ di dalam prinsip
percintaan sepertimana yang kerap dilafazkan oleh muda-mudi ‘trend islamik’. (Trend - bermaksud ikutan, ia bukanlah budaya yang diamalkan dengan penuh penghayatan dan pemahaman).
Aku kagum dengan watak
Khazinatul Asrar dan juga rakan-rakannya. Sungguh jauh berbeza daripada diri
sendiri. Aku terlalu banyak ketinggalan untuk menjadi seorang mujahidah demi
menggapai cinta Ilahi. Terdetik juga rasa hati, andai dapat ku undurkan putaran
dunia, aku ingin menjadi seorang ‘muslimah’ yang teguh berjalan menuju
redhaNya. Aku ingin menyambung pelajaran di bidang agama. Aku ingin hafaz
al-Quran dan hadis. Aku ingin fasih berbahasa Arab iaitu bahasa syurga. Aku
ingin…..
Ahh..! Semua itu hanya keinginan
yang sudah berlalu. Terkadang timbul rasa kesal kerana memilih jalan yang
salah. Namun, jauh disudut penyesalan, hati memujuk dengan mengatakan itu semua
takdir Tuhan. Segala yang berlaku sudah pastinya disulami hikmah yang baik.
Seindah Mawar Berduri
- betul-betul membuka mata hati untuk
lebih usaha dalam perbaiki sahsiah diri. Bukan mudah menjadi muslimah yang
bermujadahah, tetapi ia mudah dengan pertolongan Allah SWT. Novel ini sarat
dengan tarbiah, hingga terkadang mengundang sebak didada lantaran menghisab kejahilan diri. Allahuu…
Akhir kata...
Semoga Allah berkati dan
rahmati penulis novel ini iaitu Ustazah Fatimah Syarha. Semoga beliau dilimpahi sebanyak-banyaknya
kebaikkan atas setiap sumbangan ilmunya dalam bidang penulisan. Semoga ia
mengalir menyuburi ladang pahala lalu diganjarkan syurga Firdausi. Aamiin…..
Sekian sajalah coretan
kali ini. InsyaAllah jika dikurniakan ilham untuk menulis disini, aku akan
kembali mencoret.
Wassalam.
P.S: Berminat nak baca kisah mawar berduri? Boleh jengguk di laman web www.bukuonlineterbaik.com
P.S: Berminat nak baca kisah mawar berduri? Boleh jengguk di laman web www.bukuonlineterbaik.com