Assalamu’alaikum wbt & Salam
sejahtera,
Antara dua pilihan…Antara cita dan
cintaNya. Aku memilih….
Pada 26.Jun.2013 bersamaan dengan 17
Syaaban, 1434 Hijrah aku telah membuat suatu keputusan yang mana telah mengubah
hala tuju hidup 3600 secara keseluruhannya.
Bukan mudah untuk membuat keputusan ni. Ia mengambil masa hampir sebulan lebih
untuk aku membuat penilaian, penafsiran, menanyakan pendapat dari rakan-rakan,
meminta fatwa dari hati dan petunjuk dari Ilahi dengan Ishtikarah.
Dan pada ketika itu pula, syaitan
rancak meniup api hasutan dan mempengaruhi hati dengan memutar belitkan maksud
yang tersirat. Memang amat memerlukan iman yang kental. Puas juga aku
bermujahadah, cuba melawan segala rasa. Tapi, Alhamdulillah…Allah memudahkan
segalanya. Walaupun petunjuk tidak hadir melalui mimpi Ishtikarah, tapi ia
hadir dengan rasa kecenderungan di hati. Hati berat ke arah pilihan B dan ia
mula menjauhi dari pilihan A. A adalah pilihan berasakan dunia semata manakala
B ia lebih fokus pada akhirat. Aku juga bimbang, jika aku memilih pilihan A ia
akan menjauhkan aku dari jalan kebenaran dan melalaikan aku dari mengingati
Allah. Ia akan memisahkan aku dengan sahabat-sahabat seperjuangan dan ia akan
memisahkan aku daripada menghadiri majlis-majlis ilmu. Apa yang akan dilakukan
nanti hanyalah ilmu dan pekerjaan dunia semata-mata. Tidak dinafikan juga,
bahawa pilihan A itu adalah suatu cita-cita yang pernah aku memohon
bersungguh-sungguh kepada Allah untuk memilikinya, dan ia hadir disaat aku mula
memasang niat untuk melupakanya kerana bahagia dengan jalan yang telah Allah
berikan. Iaitu jalan-jalan yang mendekatkan jasad dan rohani ini kepadaNya
dengan menghadiri majlis-majls ilmu, suasana hidup yang islami dan
sahabat-sahabat yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikkan.
Namun, aku yakin
bahawa itu adalah ujian daripada Allah. Mungkin Dia mahu melihat dan menguji
adakah benar aku ingin berjuang didalam agamaNya? Atau sekadar ungkapan biasa
di bibir? Nah, inilah ujiannya. Pilhan untuk dunia vs pilihan untuk akhirat. Alhamdulillah…akhirnya
aku diberi petunjuk walaupun tidak dinafikan fitrah sebagai seorang manusia,
aku merasa sedih dengan cita-cita yang mana menjadi impian sejak kecil lagi.
Kini, aku perlu menutup segala kenangan tentang itu serapat-rapatnya dan menyimpannya
rapi sebagai kenangan terindah. Aku lepaskan mu wahai cita-cita ku kerana Allah
semata-mata….Kini, baru aku mengerti bawaha Allah memandu hati hamba-hambaNya
yang ingin berjuang dijalanNya.
Oleh kerana pilihan ini, aku juga
telah bertekad untuk merasmikan pilihan ini dengan merealisasikan impian untuk
berniqab/berpurdah. Sehari sebelum tarikh bersejarah itu, sempat aku menelefon
ibunda yang tercinta untuk memohon restu. Alhamdulillah, beliau sangat
supportive dan merestuinya. Mendengarkan itu, berbunga rasa hati dan kembali
bersemangat. Kerana, setiap perkara yang ingin dilakukan selain daripada
keizinan dan restu daripada Allah, restu daripada seorang ibu juga amatlah
diperlukan. Syukur-syukur!
Maka, pada tarikh 26.Jun.2013,
bermulalah kehidupan baru ku sebagai seorang niqabis/ muslimah berpurdah yang
membawa cita-cita sebagai seorang hambaNya. Tiada lagi cita-cita khusus. Hanya
yang ada iatu cita-cita sebagai seorang hambaNya yang akan membantu dalam
urusan agama. Sebenarnya dalam erti kata lain, ingin menjadi seorang dai’
(pendakwah) tetapi memandangkan ilmu didada tidaklah sehebat mana cukuplah aku
hanya mengatakan ingin menjadi hambaNya. Nampak seperti tiada apa-apa, tetapi
pabila disebut sebagai ‘hambaNya’ ia membawa suatu tanggungjawab yang besar di
atas muka bumi ini. Setiap manusia yang dicipta adalah bertanggungjwab diantara
satu sama lain, baik sesama manusia, haiwan dan alam. Kesemuanya saling
berkait. Tiada yang diciptakan berseorangan. Ini kerana hanya Dialah yang Maha
Tunggal. Tidak berpasangan dan tiada yang kedua mahupun ketiga. Manusia sebagai
hambaNya, ada amanah dan tanggungjawab masing-masing dan tanggungjawab yang
paling besar adalah dalam mempertahankan agamaNya sehingga dihujung nyawa dan
sehingga berakhirnya alam dunia. Ya, inilah yang ingin aku laksanakan. Ia tidak
bermaksud ingin mengetepikan dunia, tetapi setiap perkerjaan itu ingin aku
laksanakan sebagai sumbangan terhadap agama Islam. Biarpun usaha itu nampak mustahil bagi hamba
yang serba kekuarangan ini, semoga ia dipandang oleh Allah dan mendapat
keredhaanNya. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Kerana aku yakin, kekuatan
dalaman ku hanya ada pada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Kuat.
Manakala, keluarga serta sahabat-sahabat perjuangan adalah kekuatan luaran. Kedua-duanya
saling memerlukan. Namun, kekuatan dalaman itulah yang paling utama. Tanpa kekuatan
luaran masih tidak mengapa tetapi jika hanya dengan kekuatan luaran tanpa
kekuatan dalaman (iaitu beriman kepada Allah) ia tidak bererti apa-apa. Its
nothing!
Ya, itulah kisahnya di saat hati diuji
untuk memilih antara Cita dan CintaNya. Maka, aku memilih….CintaNya ~