Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dan bersyukur sebab berjaya jugak aku menamatkan pembacaan buku yang bertajuk 'Berfikir Secara Sistemik'. Buku ni aku beli pada 31.Disember.2011 sebelum Happy New Year 2012 dan buku ni sebagai hadiah untuk diri sendiri. (^^,)
Aku mula membaca awal bulan Januari 2012 dan...baru je tamatkan pada 20.2.2012. Lama kan tempoh masa utk habiskan buku ni ? Hahaha.....Sebab nya buku ni memerlukan ruang waktu yang banyak dan perlu lapangkan fikiran untuk memahami isi kandungannya.
Best ke buku ni?
Pada pandangan pertama, bagi aku buku ni agak menarik. Bila di pertengahan, agak membosankan dan bila dah habis baca......buku ni BEST! (not bad la...)
Kenapa?
Sebab buku ni menerangkan tentang cara berfikir dengan sistemik bukan sistematik yang mana kebanyakkan manusia pada zaman ini menggunakan cara berfikir sistematik (linear). Buku ni juga menerangkan perbezaan Sistem, Sistematik & Sistemik (Fuhh...komplikated je bunyi nyer kan???)
Cuba ringkaskan sikit ape tu Sistem, Sistematik & Sistemik?
Okey, sila rujuk imej kat sebelah ni :
Sistem = Adalah gabungan komponen yang berinteraksi antara satu sama lain.
Sistematik = Adalah gabungan sistem yang berinteraksi secara linear.
Sistemik = Adalah gabungan sistem yang berinteraksi secara loop.
Paham? Hehehe..mesti agak pening sikit kan? Tak apa...pelan-pelan kayuh!
So, ulasan untuk buku ni?
Aku tak mampu nak cerita keseluruhan buku ni memandangkan ianya tersangatlah komplikated untuk difahami. Aku akan huraikan apa yang aku faham dan apa yang aku highlight kan sepanjang pembacaan aku tu. Kat bawah ni aku akan senaraikan antara topik-topik yang aku hightlight kan :
Respons Kebalikan (Inverse Response)
Topik ni menjadikan termometer sebagai contoh. Pabila kita masukkan termometer ke dalam air yang bersuhu panas, merkuri dalam termometer tu tidak akan terus naik. Biasanya, ia akan turun ke bawah sekejap dan kemudian barulah ia akan naik perlahan-lahan untuk menunjukkan suhu air panas tersebut. Ini lah yang dikatakan 'Respons Kebalikan (Inverse Response)'.
Topik ni juga menerangkan dalam sesuatu sistem mempunyai 'penebat' atau komponen yang akan memastikan sesuatu sistem itu terpelihara. Dalam contoh tadi, penebat bagi termometer itu adalah 'merkuri'.Kalau nak tau, akal manusia juga sebenarnya bertindak sebagai penebat. Nak tau sebab apa?
Sebab, biasanya akal kita ni akan menolak sesuatu yang asing pada peringkat awalnya. Kecuali jika ia diyakinkan dengan fakta dan hakikat yang boleh diterima.
Selain tu, penebat di dalam diri manusia juga adalah keyakinan atau dipanggil 'Ego'. Kenapa? Apa kaitannya?
Okey macam ni. Perasan tak, bila kita mengingatkan atau menegur seseorang yang tak biasa pada dirinya dia macam nak tak nak terima dan ada yang terus menolak. Haa..ni lah ego yang sedang mengembang kerana teguran yang diberikan kat dia mungkin bersalahan dengan prinsip yang dia pegang atau percaya selama ni.
Ego juga adalah bertindak sebagai mekanisme 'pelindung' dalam diri manusia. Dan, faktor pengembangan ego ni lah yang akan menyebabkan kita yang menegur berkemungkinan akan dikutuk dan di marahi dengan mengatakan kita ni penyibuk, jaga tepi kain orang..dan bla-bla-bla...faham-faham lah sendiri.
Gerakkan Sasaran Kepada Posisi Yang Lebih Tinggi
Haa! Topik ni mengaitkan dengan tupai pulak. Ia dipanggil kaedah tupai yang melompat dari pohon ke pohon yang lain. Si tupai akan melompat menuju ke sasaran pucuk yang paling tinggi pada sebatang pokok. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi, bila si tupai tu melompat dan terjatuh, dia takkan terus jatuh ke tanah tetapi akan jatuh ke atas dahan yang dibawah sasaran tertinggi tadi. Bijak kan?
Jadi pengajarannya, bila kita berhadapan dengan sesuatu yang menjadi 'penghad' kepada kejayaan, kita perlu letak sasaran yang lebih tinggi. Kerana, jika kita tak mampu mencapai nya, kita masih dapat tahap kejayaan yang dibawahnya dan ianya masih lagi dianggap berjaya.
Situasi ni boleh dikaitkan dengan temujanji. Kalau kita nak seseorang tu datang tepat pada waktu nya tanpa mencuri masa kita. Kita mesti memberitahu padanya waktu yang lebih awal. Contohnya, mesyuarat sepatutnya akan diadakan pada pukul 10 pagi. Untuk mengelakkan kelewatan mesyuarat bermula, maka kita maklumkan mesyuarat akan bermula pada 9.45 pagi. Ini akan membuatkan, ahli-ahli jemputan mesyuarat akan cuba menghadirkan diri pada waktu tersebut(9.45) dan ianya tidak akan menyebabkan kelewatan pada waktu yang sebenar(10.00).
Makin kuat daya dikenakan, Makin kuat sistem memantulkan
Aku sangat tertarik dengan teori 'Makin kuat daya dikenakan, makin kuat sistem memantulkan' ni.Sebagai contoh dalam subjek fizik, kan kita ada buat eksperimen untuk mengkaji daya geseran dan rintangan sesuatu objek. Cuba kita perhatikan buku kat atas meja, bila kita nak gerakkan buku tu mestilah kenakan daya pada buku tu. Tapi kalau permukaan meja tu kasar (ni dinamakan rintangan), ini bermakna kita perlu mengenakan daya yang lebih berat daripada buku tu.
Faham? Err..kalau tak faham aku akan bagi contoh lain.
Okey, cuba kita perhatikan kepada fenomena perubahan dalam masyarakat. Sebagai contoh, di dalam satu organisasi syarikat yang mana mahu pekerja-pekerjanya bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh akan adanya rintangan yang wujud antara mereka (pekerja). Antara rintangan tersebut adalah dari segi emosi dan perasaan mereka sendiri. Jadi, macam mana nak kurangkan rintangan ni? Jawapan nya, CEO atau pihak atasan organisasi syarikat tersebut perlu meletakkan 'pelincir' pada akal dan perasaan serta emosi mereka.
Caranya adalah :
- Dengan memberi bonus/insentif
- Memberi kata-kata semangat setiap hari
- Bermanis muka dengan mereka
- Dan, merapati mereka mengikut personaliti masing-masing.
Komen:
Buku ni bukan saja menerangkan cara berfikir secara sistemik dengan mengaitkan kehidupan di dunia tetapi ia juga ada mengaitkan setiap yang berlaku di dalam kehidupan kita dengan apa yang telah di terangkan di dalam Al-Quran. Penulis juga ada memberi contoh ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengaitkan dengan cara kita menguruskan kehidupan terutama AKAL. Apa yang menjadi fokus utama buku ni iaitu berfikir secara sistemik atau loop (boleh rujuk definisi sistemik kat atas tadi). Kita sebagai orang Islam perlu berfikir mengikut Sunatullah (hukum yang Allah tetapkan) dan kembali rujuk kepada yang mula-mula iaitu tujuan penciptaan manusia serta kewujudan alam. Ini boleh dikatakan mekanisme looping.
Memang cara penyampaian nya agak komplikated sebab penulis banyak mengaitkan dengan teori-teori dan idealogi sains yang mana tak semua pembaca adalah berlatar belakangkan bidang sains. Aku yang Ex- 'budak sains' ni pun pening nak faham apa yang di terangkan. Macam mana lah dengan pembaca-pembaca yang bukan dari bidang tersebut. Mungkin memakan masa yang lama untuk memahami dan akan cepat merasa bosan lalu berkeinginan untuk ZzZzZzZz....Aku pun akui, salah satu faktor kelewatan untuk habiskan buku ni sebab banyak kali ter-ZzZzZzZz....bila terjaga, buku entah kemana..apa yang di baca pun terbang melayang..jadi, kenalah baca untuk kali kedua pada perenggan yang sama. Aduhh~
P/s: Kepada yang nak tau lebih lanjut tentang keseluruhan buku ni, silalah dapatkan di mana-mana kedai buku yer. Maaf lah, aku tak mampu ak terangkan kat sini kesemuanya. Its complicated. Tapi bermanfaat jika bersungguh-sungguh untuk memahaminya. Dan, bila dah faham boleh lah mengamalkannya. Jangan dok peram jadikan pekasam. Lama-lama busuk, dan terus buang. Rugi kan??
Ada satu ayat yang aku suka dengar "I always practice what i've read"-Pn.Rozita.
(Maaf yer boss...ter-curi-curi dengar ayat ni hehehehe) i hope to be like her...practice what i've read. InsyaAllah!
Pada sesape nak beli Online, boleh usya-usya kat sini : Berfikir Secara Sistemik
