Sunday, August 14, 2011

AKU vs KEMBARA KE ANGKASA (Part II)

Subhanallah......
As Salam,


Alhamdulillah kerana masih berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Pejam celik pejam celik, arini sudah masuk hari yang ke 14 Ramadhan. Ini bermakna, hanya tinggal 2 minggu saja lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi bagi menjemput Syawal yg dinanti-nanti kan oleh kebanyakkan mereka yang ingin menikmati keseronakkan berhari raya berbanding menikmati kemanisan beribadat di bulan keberkatan ni. 
Baiklah, seperti yang dijanjikan. Aku akan menulis sedikit ulasan pendapat selepas aku menyudahkan pembacaan buku Kembara Ke Angkasa (KKA) hasil penulisan Dr.Sheikh Muszaphar.
Alhamdulillah...dalam mood malas yang sentiasa mengiringi...akhirnya berjaya jugak aku habiskan bacaan buku yang mempunyai 304 M/S tu (Sbenarnya sebelum puasa lagi aku dah habiskan, cuma lambat update dalam blog)...Bagi korang-korang kaki novel yg ekstrem, sudah tentu tak ada masalah nak habiskan 304 m/s dalam masa 1 hari kan?kan? (^_^)"   
Okey,apa yang aku dapat hasil daripada pembacaan buku tersebut adalah - 'Aura yg Positif'
Sebagaimana yang aku coretkan di AKU vs KEMBARA KE ANGKASA (Part I) adalah sama hingga ke akhir muka surat cuma disini aku berani katakan ianya menjadi 2x ganda positif! 
Kegigihan - adalah keyword utk Dr.Sheikh mencapai impian nya. Bukan mudah utk menjadi seperti beliau jika hati tidak cekal dan kuat. Cuma, bonus bagi beliau kerana dilahirkan drp keluarga yang berpengaruh dan berpendidikan tinggi.


Ta-pi, hati pernah menanyakan aku satu soalan : Jika beliau datang drp keluarga yang sederhana dan bukan drp latar keluarga yang berpendidikan tinggi...Adakah beliau akan dapat merealisasikan impian beliau??


Sejenak aku berfikir, kemudian aku menjawab : " Mungkin ya..mungkin tidak..."


Hati bertanya lagi : " Apa yang mempengaruhi 'Tidak' ?


Aku jawab: " Segala-gala nya adalah duit...ramai yang cerdik dan bijak tak dapat sambung belajar tinggi-tinggi dan terpaksa bekerja menanggung keluarga. Memandangkan, zaman sekarang sangat susah  nak dapatkan tajaan untuk belajar.Hanya org2 yang bernasib baik je yang dapat...Tetapi, dgn izin Allah swt...jika Dia mengkehendakinya maka walaupun miskin....dapatlah juga dia menjadi angkasawan.Ini jawapan yg mempengaruhi 'Ya' tadi "


Kemudian hati pun diam. Tak mahu berbicara lagi. Akur dengan ketentuan Ilahi yang telah menetapkan takdir bagi setiap hamba-hambaNya. Ya, Dr.Sheikh mungkin insan yang ditakdirkan oleh Allah swt utk menjadi angkasawan. Namun, jika beliau tidak cekal dan lalai mungkin beliau juga takkan mampu merealisasikan nya.
Taniah buat beliau. Dan beliau bertuah kerana dapat melihat ciptaan Allah swt yang kita (golongan bukan angkasawan) tidak mampu melihat nya.
Disini aku ingin kongsikan beberapa petikan daripada buku KKA tersebut :


" Melihat bumi adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Perasaan saya bercampur-campur. Degupan jantung saya seolah-olah berhenti. Mata saya lansung tidak berkerdip. Ia terlalu menakjubkan dan hebat. Setiap kali saya melihat, walaupun saya sudah banyak kali melihatnya. Ia adalah satu pemandangan yang membuatkan anda sanggup melakukan apa saja. Entah kenapa saya merasa lebih rapat kepada Allah....."
Subhanallah!Alhamdulillah!
Berani aku katakan, penulisan beliau ditulis dengan perasaan dan hati yang ikhlas. Sehinggakan ketika aku membaca nya, seolah-olah aku sedang mengikuti setiap pengalaman nya. Taniah sekali lagi Dr.Sheikh! Beliau adalah insan biasa bukan nabi yang ada mukjizat...Namun, beliau berusaha secara luar biasa dengan izin Dia Yang Esa.
Sebelum aku menutup ulasan buku KKA ni, aku ingin mengatakan bhwa impian tidak akan dicapai jika kita hanya bermimpi tanpa melakukan apa-apa perubahan dalam hidup. Perubahan ke arah kebaikkan memang payah dan banyak halangan. Jika hati cekal dan sentiasa yakin bahawa Allah swt itu memerhati setiap gerak-geri dan mengerti setiap niat dihati. InsyaAllah! Kita akan berjaya mendapatkan nya...
Akhir kata, jika kalian ingin merasai sendiri apa yang aku alami ketika membaca buku KKA ni...silalah mendapatkan nya di kedai-kedai buku ( kalau masih ada stok la...) - aku sarankan kalian cari di kedai buku MPH. 




P/s: Sebaik-baik penulisan...tiada yang dapat menandingi kalam Allah S.W.T -Al-Quran~



Wednesday, August 10, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2011



As salam,

'Salam Ramadhan Al-Mubarak' kepada yg sudi menjengah ke laman blog ini samada Publicly follower mahupun Anonymously reader/follower (kalau ade lah).
Pertama, aku nak ucapkan الحمد لله kerana masih dapat menikmati kemeriahan suasana bulan Ramadhan yg banyak keberkatan ni. Memang diakui, masa sgt pantas berlalu...dan ketika aku menulis ini pun sudah hari ke-9 Ramadhan.Padahal aku rasa, mcm baru semalam aku tengok pengisytiharaan Ramadhan di TV3. (Aku perasan penyampai pengisytiharaan tu dah bertukar org la...)
 Dan Sabtu Ahad yg lepas, aku bersyukur kerana dapat bersahur,berbuka dan berpuasa dengan family di kampung. Walaupun suasana nya tak semeriah zaman kanak-kanak, tapi tetap BEST! Terima kasih Allah diatas nikmat itu (^_^)/ Paling best bila mak aku masak bubur lambuk (my feveret) utk juadah berbuka. Thanks Mum! 

Tapi, aku tau...dlm kegembiraan aku merasakan kemeriahan Ramadhan bersama keluarga, ada insan-insan yg bersedih. Bersedih kerana masalah peribadi..masalah kewangan..masalah keluarga..dan macam-macam la masalah...Termasuk juga aku..antara golongan bermasalah..ta-pi..itulah..dalam dilema permasalahan..Allah bagi juga sedikit kesenangan. Seperti didalam Al-Quran,Surah Al-Insyirah (Ayat 5-6) : "Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." 

Apa yg penting..LA TAHZAN~ 
Selalu aku ungkapkan nya..tapi kadangkadang hati ni masih lagi berdegil...Hurmm!