Assalamu'alaikum WBT & Salam sejahtera,
Kali ni, aku ingin berkongsi tentang HAKIKAT ILMU. Memahami hakikat ilmu sangat penting untuk mengenal ilmu. Sebelum tu, aku nak berterus terang bahawa apa yang akan aku share ni dicedok daripada buku 'Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf' yang di tulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Aku akan menghuraikan poin-poin yang disampaikan mengikut kefahaman. InsyaAllah.
Jika ditanya, apakah hakikat ilmu?
Soalan ini boleh dijawab dengan baik berdasarkan kisah Hatim al-Asam dengan gurunya, Syaqiq al-Balkhi. Gurunya itu bertanya kepada muridnya Hatim:
"Sudah berapa lama awak belajar denganku?"
Jawab Hatim, "Tiga puluh tiga tahun, guru."
Tanya Syaqiq lagi, "Berapa banyak ilmu yang kamu petik?"
Jawab Hatim, "Hanya 8 masalah sahaja." Terkejutlah gurunya seraya berkata, "Tiga puluh tiga tahun hanya 8 masalah?"
Jawab Hatim,"Benar guru. Saya tidak berdusta."
Gurunya berkata, "Sila datangkan 8 masalah tersebut."
Kata Hatim:
1. PERTAMA - Aku lihat kepada makhluk.
Setiap orang mempunyai kesayangannya tetapi bila sampai ke kubur, nescaya berpisah. Justeru aku jadikan kesayanganku segala kebajikanku supaya ia kekal bersamaku di dalam kubur.
===============
Benar pandangan Hatim. Jelas bahawa beliau seorang yang dikurniakan kebijaksanaan. Memang tak dinafikan setiap orang ada perkara yang menjadi kesayangannya. Boleh jadi dalam bentuk material atau bukan material (apa ya istilah lainnya?) Contohnya: jam, iphone, ipad, laptop, kereta, motor dan apa-apa sajalah yang berbentuk material dan bukan material pula tentulah orang-orang tersayang, haiwan ternakan, pokok-pokok yang ditanam...dan sebagainya. Tetapi, bila kita fikirkan kebenaran kata-kata Hatim, ianya benar! Apakah kesemua yang disenaraikan diatas dapat kita bawa ke kubur kelak? Melainkan......ada kebajikan yang mendatangkan manfaat atas perkara-perkara tersebut. Contohnya: kita ada kereta, kereta tu kita guna untuk manfaat kehidupan. Kita bawa untuk mencari rezeki halal, kita bawa ke majlis-masjlis ilmu, kita tolong tumpangkan kawan-kawan yang susah, kita gunakan untuk berdakwah. Jika ini yang kita lakukan, biarpun kereta kita tak dapat bawa masuk kubur, tapi manfaat dan kebajikannya itulah yang akan kekal bersama kita dalam bentuk amal jariah atau pahala. InsyaALLAH.

2. KEDUA - Aku lihat firman Allah SWT dalam surah al-Nazi'at, ayat 40:
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -"
Justeru, aku bersungguh-sungguh mujahadah nafsu hingga stabil dalam ketaataan kepada Allah SWT.
===============
Hatim membuat keputusan yang tepat. Dia memilih untuk terus menerus dalam mujahadah sehingga dia mencapai kestabilan dalam ketaatan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa sabar dalam melakukan ketaatan itulah sifat yang paling utama dan akan mengangkat darjat manusia disisi Allah, insyaAllah.

3. KETIGA - Aku lihat setiap orang mempunyai barang yang berharga yang disimpannya. Kemudian aku lihat ayat Allah SWT dalam surah al-Nahl, ayat 97:
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."
Taktala dapat bagiku sesuatu yang berharga nescaya aku hadapkannya (kepada Allah dengan bersedekah) supaya sentiasa kekal disisiku.
===============
Benar! Itulah yang sebaik-baiknya. Jika kita ada berjuta-juta duit sekalipun diatas dunia dan kita simpan di dalam peti besi, itu bukanlah harta kita yang sebenar-benarnya. Ia akan menjadi harta kita bilamana kita bersedekah atau membuat sesuatu yang bermanfaat daripadanya. Nak jadi kaya dunia akhirat, maka segeralah bersedekah. Jika rasa berat untuk mulakan dengan nilai yang banyak, mulakan dengan satu ringgit. Jika rasa itu masih berat, mulakan dengan sepuluh sen. Jika rasa berat jugak...haii, tak tahulah nak kata apa. Muhasabah diri, jangan sampai Allah tarik semula nikmat harta yang dimiliki. Apa-apa pun, mulakan dengan niat ya. InsyaAllah, Allah akan permudahkan hajat.

4. KEEMPAT - Sesungguhnya aku lihat ramai manusia bermegah.
Mereka bermegah dengan harta kekayaan, nasab keturunan dan kemuliaan. Sedangkan semuanya tiada nilai. Lantas aku lihat firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 13:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Justeru, aku beramal untuk bertakwa supaya aku mulia disisiNya.
===============
Pilihan Hatim adalah yang terbaik. Dia melihat pada ayat Allah "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu," Maka, Hatim memilih untuk menjadi mulia disisi Allah daripada mulia yang dipandang manusia. Baginya, Allah adalah segalanya kerana Allah adalah Raja! Malah Dia adalah Penguasa Alam! Apakah kemulian disisi makhluk ciptaanNya lebih bernilai daripada Penciptanya? Sebab itu kita perlu bijak, jangan terlalu memikirkan pandangan manusia, tetapi utamakanlah pandangan Allah kepada kita. Azamkan diri untuk menjadi insan yang bertaqwa. Yang penting jaga niat!

5. KELIMA - Sesungguhnya aku lihat manusia saling berhasad dengki.
Kemudian aku lihat ayat surah al-Zukhruf, ayat 32:
"(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan."
Justeru, aku tinggalkan hasad.
===============
Ya. Melihat kepada ayat ini. Tidak sepatutnya kita berhasad dengki, kerana Allah telah beri jaminan terhadap keperluan hamba-hambaNya diatas muka bumi. Tetapi, tak dinafikan juga sebagai manusia sifat hasad ini adalah fitrah. Cuma, ianya perlu dikawal dan cepat-cepat dinyah-hapuskan oleh sifat taqwa (sebab itu taqwa tu penting!) Kadang-kadang, kita rasa hasad dengan orang yang dapat apa yang kita terlalu hajatkan. Jika ini berlaku, bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin apa yang kita hajatkan itu belum cukup baik untuk kita. Dan, bersabarlah dengan berharap Allah memberikan sesuatu yang lebih baik lagi. Maka, janganlah kita berhasad dengki lama-lama ya...hasad yang positif ia akan membantu kita untuk terus berusaha. Hasad yang negatif ia akan merosakkan jiwa dan hubungan sesama manusia.

6. KEENAM - Aku lihat kebanyakkan mereka saling bermusuhan.
Kemudian aku lihat firman Allah SWT dalam surah al-Fathir, ayat 6:
"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."
Justeru, aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh.
===============
Bijak! Sangat bijak! Inilah manusia yang diberikan sebaik-baik hikmah. Bila baca tentang pendirian Hatim tentang permusuhan ni buatkan jiwa rasa tenang. Sebab, tak perlu nak bermasam muka dengan manusia. Kita perlu berlapang dada dan bersikap pemaaf. Kalau kita teruskan pergaduhan, bimbang itu akan mengheret kita sama-sama dengan penghuni kekal neraka-yakni syaitan. Na'uzubillah! Mulai sekarang, maafkan sesiapa saja yang menyakiti anda. Jika ada bermusuh dengan sesiapa, cepat-cepat maafkan dia. Tiada untung bermusuh lama-lama sedangkan Allah dah bagitau MUSUH MANUSIA HANYALAH SYAITAN! Tapi...kalaun rasa nak ikut jejak langkah 'musuh' yang disebutkan tadi tu...silakanlah bermusuh dengan manusia lama-lama. *saja nak kasi sentap sikit buat yang masih ketegaq! (degil)*

7. KETUJUH - Aku lihat manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki. Bila aku lihat firman Allah SWT dalam surah Hud, ayat 6:
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
Justeru, aku sibukkan dengan apa yang menjadi amanahku dan meninggalkan urusan rezeki kepada Tuhanku.
===============
Tak dinafikan, kadang-kadang kita ni terrrlalu risau dengan rezeki kita (termasuklah orang yang menulis entri ni *huk! huk!* -terbatuk). Baru hari ni dapat gaji, kita dah sibuk fikirkan tentang rezeki ditengah bulan. "Cukup tak duit ni.." "Macama mana nak bayar bil ni?" "Nanti tak de duit nak pinjam dengan sape ye?" <---Inilah persoalan-persoalan dari keluh kesah seorang hamba yang 'mungkin' lupa tentang REZEKI ITU DALAM PENJAGAAN ALLAH. Lagi parah, bila ada yang pulun kerja sampai lupa nak jalankan kewajipan utama iaitu solat. Kadang-kadang solat, ada masa tinggal. Alasannya - busy! Tak sempat!
Nah! Sekarang belajarlah daripada Hatim yang mendalami maksud firman Allah. Allah dah bagitau bahawa Dia menanggung rezeki setiap...ulang...SEEETIIIAPPPP..Ya! Setiap makhluk-makhlukNya. Tiada yang berkecuali hatta ulat didalam batu sekalipun. Jadi, tak perlu risau sangat pasal rzeki. Teruskan berkerja dengan bersungguh dengan menjaga hak-hak Allah yakni solat 5 waktu ya (pekerjaan kerana Allah inilah yang dikatakan amanah) dan bertawakal-lah urusan rezeki kepada Allah. Ingat, bahawa rezeki bukanlah bos anda yang bagi. Tapi daripada Allah jualah ia datang, bos anda hanyalah sebagai asbab (penyebab) sahaja. Jika ada rezeki lebih anda pada bulan itu yang Allah nak bagi, maka Allah akan datangkan ilham kepada bos anda untuk bagi bonus pada bulan tersebut. So....rajin-rajinkanlah solat sunat Dhuha ye. InsyaALLAH, mudah-mudahan Allah lapangkan jalan rezeki buat kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.....

8. KELAPAN - Aku lihat mereka bergantung pada hasil buatan perniagaan dan kesihatan mereka, tetapi aku bertawakal kepada Allah.
===============
Yang ini sama seperti konsep rezeki tadi. Dalam apa jua perkara sekalipun, perlu letak kebergantungan hanya pada Allah. Walaupun dalam permasalahan yang kecil, perlu ada ingatan terhadap Allah. Minta dengan berdoa supaya dalam setiap perkara yang kita lakukan ada manfaat dan kebaikan di dalamnya dan semoga dijauhkan daripada segala keburukan serta kejahatan. "Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr" (Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami)

Jawab gurunya Syaqiq, "Sesungguhnya aku lihat dalam Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Dan inilah inti pati kitab Samawi yang empat ini. Siapa beramal dengan 8 masalah itu nescaya dia beramal dengan keempat-empat kitab."
Maka, dengan kisah Hatim dan gurunya ini ia merungkai hakikat disebalik ilmu yang dipelajari. Hakikat disebalik ilmu adalah hikmah. Hikmah adalah ilmu daripada ilmu. Dalam erti kata lain, ia adalah bahagian paling dalam dalam sesuatu ilmu. Contohnya, kita tahu alam ini ada kehidupan, alam semesta dan sebagainya. Tapi adakah kita memikirkan tentang penciptaannya? Tujuan penciptaannya? Ini yang dipanggil ilmu daripada ilmu yang kita sedia tahu. Sebab itu ada ayat al Quran yang mengalakkan supaya kita berfikir dengan melihat kejadian alam semesta dan melihat kebesaran Allah SWT, bukan hanya melihat dasarnya sahaja.
Alhamdulillah. Sekian saja ilmu yang ingin dikongsi. Semoga beroleh manfaat kepada kalian yang sudi singgah, jengguk dan ziarah di blog tak seberapa ni. Terima kasih diucapkan. Jika ada manfaat, ambilah simpan dan kongsikan semoga menjadi amal jariah. Tetapi, jika ada kesalahan kata-kata, mohon diperbetulkan, diberi nasihat dan dimaafkan. Yang baik adalah daripada Allah SWT, yang buruk itu daripada tuan blog sendiri. Huhu...