 |
| TADAAA! Sis Wardina Safiyyah! |
Aku terperasan, ayat pertama yang keluar dari mulut aku bila munculnya kak Wardina adalah "Subhanallah!" Jujur aku katakan, itu adalah ayat spontan! See...betapa kagumnya aku dengan keindahan wajah Kak Wardina. Beliau memang cantiiiikkkk sangat. Terpancar Nur solehah diwajahnya. Benarlah kata cerdik pandai, orang yang cantik hatinya, maka keseluruhan dirinya juga akan turut dipandang cantik. Beliau muncul dari belakang dewan bersama dengan anak sulungnya Amna. Maka, suara kanak-kanak tadi adalah suara anak sulung beliau. Subhanallah....lancar bacaanya. Semoga Amna juga menjadi seperti ibunya. InsyaAllah. So, sekarang sudah lengkaplah program dengan hadirnya dua tetamu kehormat yang sangat dinanti-nantikan oleh kami para hadirin. Aku pun mula membetulkan posisi duduk dan mula fokus! (Cehh..)
MC memberitahu kami, bahawa program ada 3 pusingan.
Pusingan pertama- Oki Setiana Dewi
Beliau memulakan intro dengan berkongsi cerita tentang dirinya dan kisah hidupnya. Part yang menarik ketika beliau mula bercerita tentang 'bagaimana bermulanya
beliau memakai hijab dan apa rintangan ketika itu'. Terlalu panjang untuk aku berkongsi cerita beliau disini. (InsyaAllah, nanti aku akan kongsikan pada 'post' yang lain- khas untuk buku beliau yang bertajuk 'Melukis Pelangi'.) Setelah mendengar beliau berbicara, barulah aku tahu bahawa muslimah solehah ni kelakar juga orangnya. Tuturnya bisa membuat orang-orang mendengar tertawa sama sekali..tetapi lucunya masih bisa memberi manfaat kepada orang disekeliling. ( Ah! Sudah! Mod dah bertukar semula ke slang Indonesia...tak mengapakan? Bisa? Hehehe) Dari cerita beliau, ternyata beliau juga seorang yang mengejar dunia glamor. Ketika berusia 4 tahun, beliau sudah bercita-cita mahu menjadi artis. Beliau mahu menjadi terkenal.
"Kamu mahu jadi apa bila dewasa nanti?" kata OSD meneruskan penceritaannya.
"Kebanyakkan orang bisa menjawab, saya mahu jadi doktor. Tetapi bila orang menanyakan kepada saya, 'kamu mahu jadi apa oki?' saya menjawab, 'Oki mahu jadi artis!'"
Mendengarkan itu, ramai hadirin ketawa. Kemudian Oki menyambung ceritanya. Cerita bagaimana beliau berangan-angan menjadi seorang artis terkenal. Yang paling kelakar, bila beliau menceritakan tentang bagaimana terujanya beliau untuk menjadi artis sehinggakan orang yang sedang mengukur jalan disangkanya orang sedang mengambil gambar. Maka, (beliau ketika itu masih kanak-kanak) beliau ber-posing sakanlah didepan kamera pengukur jalan tu. Disebabkan imaginasi aku tinggi, tergelak sakanlah aku membayangkan senario Oki masa kejadian tu. Tak sangka keterujaannya sampai tahap itu. Hahaha....
Beberapa tahun kemudian, impian beliau tercapai setelah berhijrah ke Jakarta. Beliau berjaya menjadi seorang artis yang mana ketika itu belum lagi memakai hijab. Menurut OSD, beliau mula memakai hijab ketika beliau bernazar untuk ibunya yang sakit kerana menghidap penyakit kulit yang serius. Beliau juga pada ketika itu, bukanlah dari keluarga yang kaya-raya atau keluarga yang senang. Ketika itulah, hidayah Allah datang menyapa. Beliau bermula dengan bersangka baik kepada Allah dan amat yakin dengan kuasa Allah untuk menyembuhkan ibunya. Alhamdulillah, pada hari kedua beliau memakai hijab, beliau menerima sumbangan untuk membiayai perubatan ibu beliau. Dengan izin Allah, ibunya sembuh. Subhanallah, lihatlah hikmah dari cerita Oki. Hanya dengan bersangka baik kepada Allah...Oki mendapat hidayah dan ibunya sembuh. Firman Allah :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah Al-Baqarah, ayat : 286]
Dan, begitulah seterusnya sehingga beliau terpilih dalam satu audition untuk melakonkan salah satu watak utama dalam movie 'Ketika Cinta Bertasbih'. Ini telah membuatkan beliau berjaya membuktikan kepada orang-orang yang pernah mengutuknya ketika diawal beliau memakai hijab...bahawa dengan berhijab beliau juga mampu menjadi terkenal. Kerana bagi beliau, rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Jadi, itu sajalah kisah OSD yang boleh dijadikan iktibar dan bermanfaat kepada diri kita.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar bertawakal, tentu Dia akan memberimu rezeki, sebagaimana memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi lapar dan waktu petang kenyang."
P/s: Untuk selanjutnya, bolehlah dapatkan buku beliau 'Melukis Pelangi' & 'Melakar Pelangi' dipasaran yer.
 |
| Buku ni je yang mampu aku beli....tak bawak duit lebih nak beli buku 'Melakar Pelangi'. Huhu.... |
Pusingan Kedua - Wardina Safiyyah
Kak Dina kalau dapat mikrofon memang susah nak berhenti dari memegangnya. So, aku terpaksa ringkaskan perkongsian tentang beliau. Sesi beliau dimulakan dengan tayangan video ringkas tentang kisah hidupnya (timeline pic). Habis je tayangan video tu, kelihatan K.Dina menyeka air matanya. Sempat lagi dia berkata, "K.Dina memang emotional sikit kalau benda-benda macam ni." Hehe....jujurnya K.Dina nie...
Kemudian beliau menyambung sesinya. Sesinya bermula tak sama dengan OSD, K.Dina tidak menceritakan bagaimana beliau bermula dengan memakai hijab. Sebab, kata beliau,"...rasanya semua orang kat Malaysia ni dah tau cerita tentang Wardina" (lebih kurang ginilah maksudnya). 'Rasanya...memang pun' Jawab aku sekadar didalam hati. Hehehe...Tambah K.Dina lagi, "....kalau sesiapa nak tau, boleh tengok You Tube 'Ini Kisah Ku' yer.. " Selorohnya sambil ketawa.
Jadi, beliau teruskan sesi dengan berkongsi pendapat tentang buku yang sedang dibacanya iaitu 'Idol Muslimah' (kalau tak silap la..). K.Dina ada menceritakan tentang betapa pentingnya wanita dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Beliau juga menyenaraikan antara sumbangan wanita-wanita muslimah yang patut kita banggakan dan membuktikan bahawa wanita juga mampu memberi sesuatu kepada dunia.
K.Dina menambah lagi dengan berkongsi pula video tentang 'Bagaimana masyarakat Israel mampu berjaya dalam kehidupan mereka'. Kata beliau, masyarakat Israel sangat mengambil berat tentang Keluarga & Pendidikkan. It's means...mereka mengutamakan keluarga dan sangat mementingkan ilmu. Kerana ciri-ciri inilah mereka mampu menyaingi masyarakat Islam yang kebanyakkannya lalai dan leka dengan hiburan, dengan gosip, dengan mengumpat sana-sini..dengan hal-hal yang tak mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Yang paling buruk, masyarakat Islam sendiri mahu menjatuhkan sesama sendiri! You see and think! Macamana masyarakat Islam nak berjaya kalau fenomena ini yang berlaku?? Kata K.Dina lagi, selepas beliau menonton video ni (video yg ditayangkan tapi tak keseluruhannya...sebab panjang) beliau susah nak tidur sebab terlalu memikirkan tentang permasalahan ummah. Dia menjadi takut dan bimbang dengan kekuatan masyarakat Islam itu sendiri. Kerana itulah, sebelum berakhirnya sesi beliau, K.Dina menegaskan bahawa ilmu itu PENTING! Dan, jadilah seorang muslimah yang luar biasa jangan jadi yang biasa-biasa saja...jadilah diantara muslimah yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan dunia. K.Dina ada memberikan contoh beberapa tokoh wanita muslimah yang hebat yang boleh dijadikan idola iaitu, Siti Khadijah r.a (the great business women and good counselor), Siti Aisyah r.a (seorang ilmuan terbilang) dan Siti Fatimah Az-Zahra r.a (seorang yang berperketi mulia dan paling sabar). Ketiga-tiga tokoh inilah yang menjadi sumber inspirasi K.Dina dan berharap agar para muslimah sekalian dapat mencontohi keperibadian ketiga-tiga tokoh hebat ini.
Sesi Ketiga - Soal Jawab Hadirin Kepada Panelis
Memandangkan masa sangatlah mencemburui kami. Maka, terpaksalah MC menghadkan soalan yang diajukan. Aku akan senaraikan beberapa soalan yang masih lekat dikotak fikiran (mungkin ayatnya tak sama, tapi maksudnya mungkin sama. InsyaAllah).
Antara soalan-soalan yang ditanya:
- Bagaimanakah untuk mengekalkan rasa ikhlas ketika menyampaikan dakwah atau berkongsi ilmu?
- Bagaimana untuk membahagikan masa sebagai seorang ibu bekerjaya?
- Bagaimana cara yang baik untuk menyampaikan dakwah?
- Apa pendapat tentang muslimah yang menyertai organisasi ketenteraan memandangkan terdapat beberapa hal yang memaksa muslimah untuk tidak mengikut syariat. Contohnya, memakai stokin kaki. (i really interested with this question)
- Bagaimana cara untuk menegur orang yang melakukan maksiat didepan mata?
Rasanya ada lagi soalan yang aku tak ingat untuk ditulis kat sini. Walaupun kesuntukkan masa, K.Dina & Oki berlapang dada untuk berkongsi jawapan seringkas yang mungkin tetapi padat. Maaf sangat-sangat, aku tak dapat nak tulis jawapan-jawapannya kat sini sebab aku takut tersalah tulis. Kang terlain pulak maksudnya. Mungkin boleh check kat dalam website K.Dina atau FB Oki, manala tau kot-kot diorang ade kongsikan dekat website/ FB masing-masing kan...rajin-rajinlah meng -GOOGLE yer.
Alhamdulillah, habis tiga pusingan. MC memberi peluang untuk K.Dina & Oki mengucapkan sepatah dua kata sebelum berakhirnya program. Oki sempat membaca puisinya dan ada sebaris ayat-ayat akhir- katanya, "Siapa disini sedang jatuh cinta?". Masing-masing hanya senyum tersipu-sipu. Ada berani nak mengaku?? Huhuh! Tapi nak tau apa Oki kata? "Saya juga sedang jatuh cinta.." Sambil tersenyum manis lalu menyambung terus bacaan puisinya. Dalam hati, 'Betul ke ni Oki? Alahaii..siapalah yang bertuah tu yer,'. Hmmm....biarlah rahsia. Kan mbak Oki?
Ada satu lagi perkara yang menarik yang membuatkan aku mengiyakan ke-kreatif-an (jangan guna kata imbuhan ni di dalam exam Bahasa Melayu yer...) penganjur 'One Heart Creative'. Sebelum tamat, MC memberitahu kami supaya mencari kertas yang telah dilekatkan dibawah tempat duduk masing-masing. Mendengarkan itu, semua orang kelam-kabut meraba-raba tempat duduk masing-masing. Ada yang tertunduk-tunduk mencari kat bawah kerusi (termasuk aku la tu orangnya..) Sebabnya, masing-masing ingat itu adalah kertas untuk 'lucky draw' atau kertas-kertas untuk dapatkan hadiah misteri..Cehh, pepandai jek. Kalau bab hadiah, laju je semua orang....kikikiki! Dan, malangnya aku tak jumpa kertas tu kat bawah kerusi. Kata MC lagi, kalau tak jumpa boleh cari kat mana-mana kerusi yang tak ada orang duduk. Kebetulan barisan kat depan aku memang tak ada orang, (diorang keluar awal) tanpa membuang masa aku terus mencari. Dan, memang bukan jodoh aku lah untuk bertemu dengan kertas tu. Pada masa yang sama, adik aku yang duduk kat sebelah berjaya jumpa kertas tu (yg sememangnya ada kat bawah kerusi dia). Aku terus baca baris-baris perkataan yang dicetak diatas sekeping kertas ala-ala sticky note. Bagai tertampar dengan kata-kata yang ditulis, terus aku berhenti mencari (kawan aku yg dok kat sebelah kanan pun dah mula letih mencari -frust la tu..hehe) Nak tau apa yang ditulis atas kertas tu? Jeng-Jeng-Jeng!
 |
| Nah! Ni la benda nya... |
Kenapa aku stop cari selepas baca nota kecil ni? Sebab, masa tu hati aku menegur, " Cari lah hidayah dalam kehidupan, bukan dibawah kerusi. So, please stop." Automatik aku stop. Yang kelakarnya, ada ke aku ingatkan kertas lucky draw, sebab tu la agaknya beriya-iya nak cari. See! Salah satu contoh manusia, kalau bab ganjaran dunia...laju jee...sampai sanggup masuk bawah kerusi..hahaha...tapi bila bab nak cari hidayah Allah untuk dapatkan ganjaran akhirat, alasan berguni-guni....Haisshh...apela nak jadi yer. Memang patutlah K.Dina risau...dan kita SEMUA, PERLU SAMA-SAMA RISAU! Tau!
Maka, itulah konklusi program ni yang sangat bermanfaat dan semoga memberi kesan kepada hati-hati yang mudah lalai. Walaupun diakui ada banyak kelemahan yang perlu pihak penganjur kaji dan perbaiki. Namun, apa yang penting adalah OUTPUT dari program itu sendiri. Alhamdulilllah...program ni berjaya membuatkan ianya menjadi - 'A One Moment To Remember'. Taniah kepada penganjur One Heart Creative!
Jazakallahu Khairan~
Ketika dalam perjalanan pulang, kami bertiga didalam kereta sempat meluahkan rasa teruja pada kecantikkan sister Wardina Safiyyah dan Oki Setiana Dewi. Dan kami sependapat bahawa, orang-orang yang tidak bertudung dan mengamalkan cara hidup barat pada awalnya, apabila mereka diberi hidayah oleh Allah mereka akan menjadi orang-orang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam mempelajari agama islam dan ilmu yang ada pada mereka juga adalah lebih tinggi daripada orang-orang yang sedia bertudung dan yang mengamalkan cara hidup biasa-biasa saja. Sebab itu, jangan buruk sangka pada orang lain. Jangan menilai atau meletakkan harga pada orang-orang jahil. Kerana belum tentu mereka adalah yang terburuk dan kita adalah yang terbaik. Hanya Allah lah yang berhak menilai dan dengan izin Allah jugalah yang mampu mengangkat darjat hamba-hambaNya. Apa yang perlu kita buat, adalah MELIHAT, BERFIKIR & BELAJAR. Ketiga-tiga ni perlu diseiringkan dengan 'AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR'. Berdoalah agak kita sama-sama dapat menjadi penyumbang dalam masyarakat khususnya masyarakat islam itu sendiri. InsyaAllah.
Dan, tentang program ini. Aku terdengar ada yang berkata dengan nada sinis, "Ada apa dengan Wardina? Dia pun manusia sama jugak macam kita. Lainlah Siti Aisyah ke..Fatimah ke...."
Wahh....statement ni bagi aku, seperti memperlekehkan kehadiran kami ke program tersebut. Memang diakui, agak berderau jugaklah hati ni. Tapi sabarr.....Mungkin orang yang menuturkan kata-kata diatas beranggapan kami menghabiskan wang RM 40 semata-mata nak tengok fizikal Wardina & Oki yang cantik manis itu. Alahaii....itu tidak benar buu..! Kalau semata-mata nak datang untuk tengok mereka berdua ni, baik search aje dekat GOOGLE tak pun bukak aje Facebook dan majalah. Tak apalah, dimaafkan si penutur tu. Mungkin fikirannya belum meluas. Berdoa ajelah semoga diberi kefahaman dan hikmah sebelum menuturkan sesuatu hal yang boleh menimbulkan permasalahan dan fitnah. Amin....
 |
Walaupun mereka bukanlah Siti Khadijah r.a, mahupun Aisyah r.a atau Siti Fatimah r.a. TAPI, lihatlah keperibadian mereka...MUNGKIN ada ciri-ciri keperibadian seperti tiga nama diatas. Lihat pada ilmu mereka..bukan pada fizikal mereka. (^^,) - Copy & Paste dari my FB |
Maka, dengan ini sekian sajalah perkongsian dan coretan ku kepada kamu terutama kepada yang tidak dapat hadir ke program tersebut. Semoga memberi manfaat dan memohon maaf jika ada tersalah bahasa dan kecelaruan. Al-maklumlah, hamba ini hanya manusia yang lemah. Yang bisa membuat khilaf...maaf ya.
P/s: Sedikit kecewa coz tak dapat sign autograph Oki dan K.Dina. Tapi, bersyukur dapat ambil gambar diorang secara 'live' hehehe...Alhamdulillah! Dan, perasan tak kenapa Kak Wardina Safiyyah aku bahasakan 'Kak' dan OSD hanya 'Oki' sahaja? Karena...mbak Oki itu sebaya adik gue. (^^,)
OSD Quotes :
" Berteman dengan sesiapa saja, kerana ilmu itu ada pada sesiapa saja. Tetapi, berSAHABATlah dengan orang-orang yang soleh dan solehah" -OKI
" Lebih baik menjilbabkan hati, sebelum menjilbabkan fiziknya (fizikalnya)" -OKI