Wednesday, May 18, 2011

Pengajaran? ATAU Pelajaran?







                                                Tengok ape tu dikkkk????


Assalamualaikum buat kalian,




Aku nak share ngan korang ttg apa yg dh aku perhatikan dan aku fikirkan.
Baru-baru ni aku singgah kat kedai berdekatan ngan area rumah aku. Masa tengah dok membayar kat kaunter. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yg berusia lebih kurang budak darjah 3 atau 4 dok kat sebelah aku sambil membaca surat khabar x ingat la nama nya (bukan HARIAN METRO,UTUSAN,KOSMO @ BERITA HARIAN). Mungkin dia tgah tunggu turn nak bayar surat kabar tu tp x reti nk beratur kat blakang...But diz is not the issue. Yang menjadi isu nya dalam kotak fikiran aku ni adalah surat khabar yg dia pegang dan baca tu. Aku terkejut bila tengok cover paper tu ada gambar pasangan kekasih yang sedang ehem-ehem kat sebuah taman. U know what? it very clear! walaupun muka pasangan manusia tu x nampak. Tetapi, posisi dan kedudukkan nya dah jelas dan terang-terang menunjukkan aksi ghairah tersebut. Cuba korang bayangkan, budak besar tu tengok ape yg diorang fikir ttg gambar tu??!!! Walaupun tajuk nya mcm nak bagi pendedahan eksklusif utk menunjukkan keruntuhan akhlak remaja tetapi agak-agak la sikit nak buat cover tue....takkan sampai nak tunjuk terang-terang? Tak fikir ke kalau budak-budak bawah umur tengok dan apa yang diorang akan fikir???? (Haaa! dah 2x dah aku tulis ayat nie....GERAAAAMMMM!)
Mase tu berkerut2 dahi aku tengok budak tu...rasa mcm nak tarik je paper tu.Haii...agak nyer mak ayah atau kakak abang dia mintak tolong belikan kot....Huuuu..Wallahualam~
Kalau boleh jangan la sruh budak2 bawah umur beli surat khabar yg berunsurkan 18sx mcm tu...Bila diorang tertanya-tanya, hal tu akan jadi topik perbualan diorang ngan kawan2 kat skool. Bila ada antara kwn2 diorang yg terlebih advance pasal hal2 SX mcm tu..so...akan adalah niat utk mencuba! Haishh! Thats y lah bnyak sgt hal SX nie melibatkan budak2 skolah bwah umur. Bila dh jadi, mula lah...nak salah sana...nak salah sini...So, salah SIAPA?! Lu pikir la sendiri!

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu!


As salam,


IBU,EMAK,MAMA,UMMI adalah wanita yang telah melahirkan kita ke dunia. Allah s.w.t telah meletakkan  rahim mereka sebagai tempat bermula nya kita sebelum menjadi makhluk bernama Manusia. Betapa susah nya mereka mengusung perut sebelum kita keluar melihat dunia.Dan betapa seksa nya mereka menahan sakit sewaktu kita beriya-iya ingin keleuar dr rahim mereka. Jadi, memang sepatutnya mereka diberi setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan.Berdoalah utk kesejahteraan mereka didunia dan di akhirat  kelak. Tidak perlu menunggu tibanya sambutan Hari Ibu...malah kita boleh melakukan nya setiap hari. Setiap hari kita mendoakan ibu bapa kita...semoga mereka berada di bawah perlindungan dan keberkatan Allah s.w.t. InsyaAllah!


Perenggan diatas aku coretkan kata-kata aluan berbaur motivasi sempena sambutan Hari Ibu dan sbg intro sebelum aku meneruskan penulisan aku kali ini yg akan aku ceritakan tentang seorang wanita yang aku panggil nya " Mama"
MaMA,bagi aku beliau seorang wanita yang kuat semangat,cekal dan tabah.Beliau juga seorang yatim piatu. Ibu nya (my grandma) meninggal dunia sewaktu melahirkan diri nya. Ya, beliau tidak sempat melihat mahupun menatap wajah ibunya sendiri. Menurut cerita mama yg pernah diceritakan kpd kami adik-beradik...sewaktu kecil beliau hanya menumpang kasih ibu saudara nya yg dianggap seperti ibu nya sendiri. Kehidupan masa kecil nya tidak la tetap didalam sesebuah keluarga. Beliau selalu bertukar-tukar tempat tinggal...sekejap dirumah org ini..sekejap dirumah org itu.(Org ini dan org itu tu merujuk kepada saudara-mara dan juga abg2 nya) So, kasih syg yg diterima tidak la sebanyak dan setulen kasih syg drp seorang ibu bapa kandung sendiri. Oh ya! lupa...beliau sempat juga di jaga oleh ayah nya (my grandpa) sebelum ayah nya itu juga meninggal dunia kerana sakit tua.Dan selepas itu, bermula lah kehidupan nya yang tidak tetap dan sering berubah-ubah. Mama- seorang yang rajin...sangat-sangat rajin dalam membuat kerja rumah.Kerja yg menjadi feveret nya adalah membasuh kain baju..dan aktiviti paling digemari nya adalah mengemas dapur walaupun dapur tak lah bersepah pun...katanya, dah terbiasa. Paling aku respek my mama, beliau jarang sekali panggil kami adik-beradik utk tolong dia buat kerja-kerja rumah..mahu pun memasak. Kata nya, dia lebih suka memasak sendiri di dapur...Tapi, tak lah kiteorang mengambil kesempatan  utk x menolong lansung...kan...tapi itulah berbeza nya mama. Kalau sesetengah ibu akan selalu terjerit2..membebel-bebel  kalau anak2 tak menolong buat kerja2 rumah..tp my mama...rilek jek...xde pulak dia merungut-rungut..mengeluh..membebel2...memang jarang lah nk dengar beliau membebel kecuali kalau ada diantara kitaorang adik beradik menyepahkan barang-barang atau tidur tak hingat dunia...Haa! part ni mmg x bleh lari lah! mana-mana ibu pun akan membebel klau anak dorang tidur mcm 10 tahun tak tidur...kan???~Yg penting part ni bukan aku yea...hehehehe....
Tau tak, my mama kalau sakit dia akan diam jer...jarang sangat-sangat lah dia mengadu sakit...itupun kteorang adik-beradik je yg alert sendiri kalau tgok beliau baring je...pastu kalau dia demam dia akan pkai baju sejuk..haa! mase tu barula kiteorang tau dia demam...Beliau gak bukan jenis orang yg cerewet...terutama bab-bab makan...pernah suatu ketika kami sekeluarga mengalami masalah ekonomi yg kritikal...beliau sanggup makan nasi berlaukkan kicap+minyak goreng ikan yg digaul-gaul bersama nasi panas(sedap! dah menjadi ikutan kiteorang adik-beradik)...dan pada waktu tu ada la sikit rezeki ayam goreng...kiteorang disuruh nya makan  ayam goreng tu...huhuhu..terharu nya~ 
Beliau juga seorang yang cekal hati nya walaupun pernah ditimpa pelbagai dugaan sejak kiteorang kecil hingga dewasa...beliau sering kali memendam rasa dan makan hati sendirian....dan bila kiteorang adik-beradik menginjak dewasa..barulah beliau ada tempat untuk berkongsi rasa.Mama juga sangat menyenangkan, memang sangat sesuai lah dengan maksud nama nya yg membawa maksud 'Kesenangan Ku'.
Begini lah kisah wanita yang aku memanggil nya 'Mama'. SETINGGI-TINGGI PENGHORMTAN BUAT MAMA~
Aku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberikan sedikit kebahagian buat beliau yg sekian lama tidak merasai nya. Begitu juga buat lelaki yang aku memanggil nya 'Abah'. Opps! pasti ada yg tertanya-tanya kenapa dalam perenggan-perenggan di atas aku tak menceritakan watak si Abah ini....Alaa....kan bersempena Hari Ibu...so, aku penceritaan aku fokuskan la pada pengorbanan seorang ibu...Nanti bila tiba Hari Bapa aku akan coretkan kisah si Abah pula yer....


Okeylah, sekian saja penulisan aku kali ini bersempena sambutan Hari Ibu 2011. Tapi bagi aku hari untuk ibu adalah hari-hari sepanjang kehidupan kita.Tak perlu lah nak menunggu hari ibu barulah kita sibuk nak show kita punya rasa homat dan penghargaan buat mereka. Dengan berdoa pun sudah cukup....

Allah SWT berfirman yang bermaksud- “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”  (Surah al-Israk ayat 23-24)
FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15) 

 Kau sinaran bulan Menyerikan bitang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi - Lagu Mama by Sharifah Aini 


ilOvemyMama (>_6)/




Sunday, May 8, 2011

Masih dalam pencarian~


As salam buat kalian semua,

Jika diteliti maksud topik yg akan di rencana kan...mungkin ada yang terlintas difikiran ianya berkaitan dengan soal JODOH. Nevermind...aku akan terangkan kenapa tajuk itu dipilih utk penulisan kali ini.

Masih dalam pencarian, aku merujuk pada agamaku iaitu ISLAM- Opps! Mesti ada yg terfikir adakah aku ni sebelumnya bukan muslim? Oh..takk...bukan itu yang aku maksudkan. Aku bukan lah mualaff atau saudara baru, cuma maksud nya disini aku masih lagi ingin mencari Nur iman....mencari dan ingin mengkaji sedalam-dalam nya ISLAM iaitu agama yg aku anuti sejak mula nya aku membuka mata melihat dunia -Alhamdulillah!

Kenapa? Kenapa baru sekarang nak mencari dan nak mengkaji sedangkan sudah pun mencecah angka puluhan tahun?
Soalan yg agak bernas! Sudah lumrah manusia selalu terlupa...terlalai dek keseronokkan dunia...dan sibuk dengan mencari kebahagiaan dunia...maka, semakin banyak lah dosa-dosa yang dilakukan. Walaupun dosa-dosa kecil jika dilakukan berulang kali maka ia akan menjadi setinggi-tinggi gunung! Bak kata pepatah Melayu -" Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ". Bila sudah terlalu tinggi,barulah terfikir untuk menarah nya semula supaya menjadi rata....Alahai..mampukah? Tanya diri ini.

Apa yang menyebabkan ingin mula mencari dan mengkaji, padahal asas ilmu Islam itu sendiri sudah ada didalam diri?
Soalan yang agak baik...Ermm,baiklah..aku akan ceritakan melalui penulisan. Sejak kecil aku memang suka membaca, tetapi bukan buku-buku yang berunsurkan ilmiah jadi pilihan. Then, bila usia sudah melangkaui angka puluhan....aku semakin meninggalkan buku-buku yg berunsurkan hiburan. Memang jarang sangat2 aku membelek nya. Entah kenapa, sejak itu hati ini mula tertarik utk menelaah buku-buku yg berunsurkan ilmiah dan keagaamaan. Apa yg aku pasti, antara kisah-kisah yang menjadi TOP Ranking adalah kisah berkaitan dengan 'Saudara-saudara Baru' yg mana mereka menceritakan tentang pengalaman mereka yg mula tertarik utk memeluk agama ISLAM. Apa yg membuatkan aku rasa bersyukur, pabila mengenangkan betapa sukarnya mereka utk menemui hidayah dan petunjuk dan menghadapi pelbagai dugaan. Namun,mereka tetap kuat dan tabah sehinggalah mereka melafazkan kalimah syahadah-|Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah| ~ Alhamdulillah! 

Dari kisah itu, selepas mereka bergelar muslim, mereka sangat-sangat lah menjaga agama yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Sehingga ada yg diantara mereka kini menjadi seorang alim ulama' dan pendakwah yang dikenali seantero dunia dan dihormati masyarakat Islam.Subhanallah! Tengok! Macamana insan yang dilahirkan kedunia tanpa Nur ISLAM (dan ada diantara mereka adalah bekas-bekas paderi gereja) kini mampu menjadi seorang hamba Allah yang sangat-sangat warak malah ilmu agamanya juga sangat tinggi jika hendak dibandingkan dengan ilmu agama yang kita ada. Sedangkan kita telah pun mendapat Nur Islam dan sudah pun bergelar muslim sejak kita melihat dunia! Tetapi, kenapa kita tak seperti mereka? Saudara-saudara baru kita?

Iman mereka lebih teguh dan utuh berbanding kita yang sudah berpuluh2 tahun bergelar muslim. Ini lah hal yg sentiasa bermain-main difikiran...bila terbaca kisah-kisah saudara-saudara baru kita ni, aku merasa sebak...sebak kerana memikirkan diri sendiri dan mula tertanya-tanya..Kenapa aku tidak seperti mereka? Mencari dan terus mencari...
Tetapi apa yg dilakukan, hanya mendiamkan diri. Berteleku mengenangkan nasib sambil menyulam calit-calit dosa....

Kini aku sedar, tiada guna nya bergelar muslim hanya pada nama, sedangkan cara hidup dan pegangan masih longgar dan tiang iman masih goyang.Walaupun aku adalah Islam sejak lahir nya, tetapi aku masih merasakan aku sama seperti saudara-saudara baru kita. Mungkin Allah sudah menarik balik nikmat iman yang pernah diberikan Nya kepada ku kerana dosa-dosa yg dilakukan. Dan kini aku bersyukur kerana aku seperti merasai nya kembali...Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Ya, untuk berubah menjadi sesuatu yang lebih baik bukan lah boleh dilakukan secara drastik. Ianya akan dilakukan secara perlahan-lahan.Yang penting niat!

Semoga kekal nikmat yang diberikan ini.  Ya Allah! Jangan lah Engkau menarik kembali  Hidayah yang telah  Engkau berikan ini...dan peliharalah aku daripada  menjadi golongan-golongan yang sesat..Nauzubillah!

InsyaAllah~

Tuesday, March 29, 2011

Meeting lagi ~

As Salam,

29hb.March 2011(Selasa) - Hari ni ada meeting lagi. Kali ni dengan student-student praktikal pulak.
Sebelum start meeting ni, my boss ber-mukadimah dengan sharing lagi satu ilmu berbentuk motivasi buat kiteorang semua. My boss membuka laptop nya dan membuat sambungan wayar ke monitor besar (yg digunakan khas utk presentation or meeting) utk memaparkan sesuatu didalam skrin dekstop nya. Kiteorang juz menunggu dengan tenang dan tertanya2..ape kebende la boss aku nk tunjuk nie? Bisik hati kecik aku ni.
Soalan pertama dr my boss," Sape pandai buat surat rasmi?" Kiteorang tercengang. Surat rasmi? Time skolah dulu adelah aku blajar wat bende alah tu. " Err..pernah la buat," Jawab salah seorang student praktikal tu.
My boss juz senyum jek. Aku pun hairan.
" Okey,sebelum kita mulakan perbincangan kita....saya ada perkara yg nak dikongsikan la.." Dia menyambung kata-kata nya sambil scrolling pelayar di dekstop monitor besar tu. Aku tengok ia memaparkan baris-baris ayat yang di taip kan ke dalam bentuk surat. Tu la surat rasmi yg dia buat kot...ntah. Apa kaitan nya aku x pasti.
" Semalam sy pergi ke sekolah anak saya, saya berjumpa dgn guru besar. Masalah nya..buku teks anak sy tu kena rampas..." 
Lorr...itu je ke my Boss. So tu la surat rasmi yang dia kena buat agak nya. " Cikgu sekolah dia ambik semua buku teks kat dalam beg  sebab tak bawak 1 je buku" sambung nya lagi. Mak aih....otai nyer cikgu sekolah.
" Saya tau pun pas balik dr outstation aritu, anak saya bagi tau...dia cakap - Ayah Ikmal pergi sekolah tak belajar- Saya pun tanya dia - Hah? pergi sekolah tp tak belajar? kenapa?? Anak saya cakap buku teks dia kena rampas....."
" Ooooo...." Balas kiteorang serentak. Hahahaha....Semua ketawa.Kelakar ke? Ntah.....
My boss cakap lagi," Sy pergi jumpa guru besar dia siap bawak buku lagi...saya keluarkan pen..kemudian saya yg tanya dia,apa masalah anak sy cikgu?" 
" Waahhh..."  Balas kiteorang serentak lagi. Cayalah. Boss pergi jumpe cikgu mcm nak gi meeting dengan CEO lak. Very professional person!
" Kita ni dalam hidup kena pandai handle masalah...korang sumer ni bujang2 lagi kan? ke ade yg dah kawin..??" Seloroh boss smbil mata nya memandang kiteorang satu-satu. Dia ketawa. Kiteorang geleng. Ade yg bagi respon," Eh,bujang lagi lah.." Hahahahaha.....
" Haa..korang bujang lagi.. masalah yang datang pun masalah-masalah dan ujian-ujian kecil...yang penting mesti pandai dan belajar utk control stress,"
Kiteorang mengangguk-angguk faham. Ni lah sedikit nasihat dan perkongsian cerita nya dengan  kiteorang semua. Walaupun aku sendiri tak paham dan apa yg related nya dengan perampasan buku teks tu, aku tetap simpan kan kata-kata nya yg berbau motivasi ke dalam blog ni.


Sekian sajalah utk kali ini ye~


P/s: "Cikgu sekolah tolong la pulang kan buku teks anak boss saya tu yer....." 

myBoss Dan Ilmu



- Aku pernah tengok myBoss guna pic ni jadi wallpaper laptop dia...ahaks!-




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


28.March.2011 (Isnin) - Hari ni seperti biasa setelah penat membuat part-time job kini kembali kepada kerja harian di ofis. Macam biasa lah juga...bila dah lama my boss oustation, maka di panggil nya kami semua utk duduk berkumpul di meja bujur.Senang citer, dia wat MEETING la...

So, ape yang aku nak taip kan kat sini bukan lah pasal kenapa dia nak wat meeting. Tetapi outcome daripada meeting tu. Untuk kali ini, aku dapat lagi ilmu tambahan. Rasa macam masuk kelas Business Management. Mana tak nya, topik hari ni mmg 90% la dok berdiskusi bout business...paling haru la buat aku sebagai budak science-biology ni bila my boss nak kan kiteorang buat Business Plan! Huh!...Habis la gini. Dulu zaman study ade jugak la buat BP ni sebagai  assigment untuk subjek elektif....subjek ni adalah subjek tambahan yang wajib diambil oleh student science sem 6 (aku dah lupe ape kod subjek nye tu) Tapi time tu, buat by group...dan mungkin tak se-details zaman bekerja ni...lagi pun BP zaman study juz reka je company ape2 pun...main taram jek. Janji siap pastu bleh present. Yang kali ni bukan main-main punya BP, bukan boleh main taram jek..kene dok fikir betul-betul..kena kaji dulu...kena wat ini, wat itu..waduhhhh! Sebab nya, ia akan mempengaruhi operasi syarikat. Adus!

Dah tak terkata....dah terima arahan so, follow je lah. Nak tak nak..no choice!
Tak ape lah. Anggap jelah ni satu lagi pengalaman baru yang mencabar. Dan ilmu pengetahuan yang boleh diguna pakai suatu hari nanti.Who knows?? kan....

Ade lagi satu topik yang menarik bila my boss berdiskusi pasal Misi & Visi. Dia tanya kiteorang, apa maksud Misi & Visi tu?? Hah..ternganga jap sengsorang...termasuk lah aku. Berputar 360 darjah sebanyak 10x  kepala otak aku ni.

At last, my boss bagi la satu analogi yang berkait sikit dengan agama sebab nk bagi kitaorang paham.My boss cakap- Visi : Menjalani kehidupan untuk masuk ke syurga. Misi : Kita manusia yang dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi.

Begitu lah analogi dr my boss utk paham kan kteorang yang blur-blur pasal Misi & Visi tu.
Walaupun sebenar nya aku masih lagi dok cube untuk memahami nyer...RAM aku punya otak dah slow sikit dok asyik kena virus ke-tension-an jek.Hurm!
Orait lah, sekian saja coretan kali ni.

Sekian~


P/s : Terima kasih la untuk Encik boss yang sentiasa berkongsi ilmu dengan anak-anak buah nya. I Like!

Hai anak-anak zaman sekarang ~





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




26.March.2011 (Sabtu) - Aku join my ex-college punya marketing team open booth kat Ekspo Selangkah ke UiTM @ Shah Alam,Selangor selama 2 hari (until 27hb Mac). Ni aku kira nya mcm part-time job la...sekadar untuk improve + refresh my marketing & communication skills. Walaupun penat dapat jugak lah RM nyer...Alhamdulillah! (bleh la backup sementara 2 3 hari lagi nk dapat gaji..ahaks!)

Apa yg aku nk sharing story kat sini its about fenomena2 yang telah pun aku usha di sepanjang aku berada di ekspo tersebut. First,apa yang boleh aku tabik kat sini bila tengok parents2 zaman sekarang ni sangat-sangat lah concern dengan education anak-anak mereka. Sampaikan bila sampai je kat booth mak bapak yang curious nak tau itu ini berbanding dengan anak diorang yang dh besor panjang tu....U know what? Boleh dikatakan jumlah parents yg datang lebih ramai drp pelajar lepasan SPM sendiri...Ada juga yang datang tanpa anak2 dorang. Mungkin anak2 diorang tu malas nak ikut @ bz bekerja part-time or what else??...ntah! Kesian aku tengok parents yang sibuk menjijit file & result SPM anak ke hulur ke hilir...Bila ditanya,'' Anak pakcik mana?" 
"Ooo..anak pakcik kat rumah,dia tak datang sini," ~ Adoii yaiii.......anak-anak sekarang!

Second, aku berani cakap budak2 sekarang sangat-sangat MANJA++++++ haish! Ade ke nak isi borang maklumat diri untuk apply study pun disuruh nya mak ayah isi kan.Apekejadah ni???
Bila mak tak nak isi, mula lah tarik muka...keluar muncung sedepa. Pastu merajuk. Nak tak nak..terpaksa jugak la si emak dan si ayah tolong isikan...mungkin malu agak nye dengan perangai anak mereka tu.Kurang asam punya budak!

Okey la, ni saje lah gambaran2 yang bleh aku ceritakan di dalam bentuk penulisan. Kalau sendiri tengok, mmg sakit hati dan menyampah. Menyampah tang budak2 yang manja terlebih. Tak tau lah samada mmg parents diorang dah train anak tu manja camgitu atau anak tu memang gedikss! Hurmph! Dun know what to say dah (--,'') Hmmm~


P/s: Ni baru zaman sekarang, zaman akan datang macam mana pulak yer???? Mau nya nanti disuruh nya mak ayah pulak yang study kat IPTA/IPTS sbg pengganti empunya diri. Haru biru la gini!

He's Gone......

As salam,


20hb.March.2011 (Ahad) - Disuatu petang yg mendung dan ketika aku sedang bermandi-manda...kedengaran bunyi dr henfon pinjam ku. Kebetulan my younger sis pun ada dalam bilik, aku pun suruh je la dia pass henfon tu ( ntah nape rase nk jawab gak tepon w/pun tengah basah lenjun ). 
Aku pun jawab." Hello...haa..nape?" Aku sambung lagi," Haa? Bila? ye ke...Innalillah.." 
Habis je talian,kedengaran suara adik aku yg kedua dr luar pntu bilik air," Nape kak?''
Aku jawab pertanyaan nya dengan nada perlahan,'' Tokki dah meninggal...baru je tadi pukul 3 ptg," 
" Hah?? Ye ke kak?'' Dia terkejut. 
Aku hanya diam sebelum kiteorang ambik keputusan untuk balik ke kampung utk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham Tokki aku.
Walaupun, kami taklah rapat..tetapi aku tetap merasai kehilangan nya di dalam keluarga kami. Memandangkan mama dan abah aku adalah insan yg setia menjaga nya ketika beliau terlantar sakit dan sehinggalah beliau menghembuskan nafas nya yang terakhir.

~Al-Fatihah,buat Allahyarham Tokki Kassim....Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh ~ AMIN.

~Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala dan memberkati kesungguhan kedua ibu bapa aku dalam kesetiaan mereka menjaga allahyarham. Harap suatu hari nanti kami adik beradik akan menjaga mereka berdua dengan baik-InsyaAllah~

Pengalaman dari peristiwa ini:

  • Untuk pertama kali nya aku berani berhadapan dengan jenazah.
  • Untuk pertama kali nya juga aku mencium jenazah (walaupun agak cuak sebenar nya. Ni juga pengalaman pertama buat adik2 aku)
  •  Pertama kali juga tengok secara live proses pengkebumian sehingga selesai.
  • Menginsafkan diri bahawa hidup ni adalah pinjaman.
  • Balik kerumah...fikiran dah terbayang yg bukan2...nk masuk toilet pun klu bleh nk berteman huhuhuhuhu ~