Thursday, January 12, 2012

Aku & Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah








Assalamualaikum & Salam sejahtera,


(Cerita ni sepatutnya dalam 2011 (27/12/2011), tapi tak sempat nak update so postpone la sampai menjelma 2012.)


Pada suatu malam, aku berjalan pulang dari Pasaraya HERO, Sg.Besi. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melalui gerai yang menjual nasi lemak kukus berhampiran dengan Kem Tentera Sg.Besi. Bau aroma ayam goreng rempahnya memang memancing selera aku yang sememang nya sedang kelaparan. Orang cakap, nasi lemak kat situ sedap. Jadi, dah kebetulan lalu, aku pun singgah la untuk beli sebungkus dua (padahal sebungkus jek hehe). Masa tu, orang tak ramai cuma ada dua orang pakcik. Aku pun order la "Nasi Lemak Ayam satu," Abang penjual tu pun angguk. Selang beberapa minit, pelanggan yang berada disitu sudah bertambah daripada 3 orang (termasuk aku) kepada 7 orang. Yang hairan nya, semua pelanggan yang sedang menunggu Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah tu kesemuanya lelaki dan hanya aku sorang je pelanggan perempuan. 
Pelik. Aku pun usya-usya la disekitar gerai kecil tu. Manala tau ade signboard yang bagitau 'GERAI INI HANYA UNTUK PELANGGAN LELAKI SAHAJA!' .Tapi tak ada pulak signboard yang tulis macam tu. Yang ada cuma banner yang bertulis Nasi Lemak Kukus, Ayam Berempah. Hemm..Lantak lah. Yang penting dapat makan. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang kecekapan abang penjual nasi lemak tu. Bayangkan lah, hanya dia sorang-sorang menyediakan berpuluh-puluh pesanan. Sebab apa aku kagum sangat ni???? (siap nak update dlm blog x feymes nih), sementara menunggu ayam yang digoreng tu masak..aku tengok dia sedang menyediakan berpuluh-puluh pesanan. Mungkin sebelum tu, ada orang tempah dalam kuantiti yang banyak untuk majlis. Memang superb lah! Kalau aku maunya menangis. Dah la kena buat sorang-sorang, ditambah lagi dengan pesanan pelanggan yang baru datang. Huhuhu...penatnyer. Lepas tu pulak, dia dah macam buat 'cooking show' kat kitaorang yang menunggu nasi lemak yang dah di-order ni. Yela..kitorang yang dok berdiri tercegat kat situ nak tengok apa lagi?...melainkan tengok abang penjual tu membuat kerja-kerja nya. Sekejap dia letak nasi dalam bekas polisterin, sekejap dia bubuh pulak ikan bilis goreng ke dalam bekas polisterin yang dah diisi dengan nasi, lepas tu dia ambil timun dan potong laju-laju...wahh..part ni memang aku kagum! Aku yang perempuan ni pun tak secekap dia nak potong timun dengan skill yang macam master chef tu. Lepas potong, dia letak pulak kepingan-kepingan timun dalam bekas polisterin yang dah ada nasi dan ikan bilis, kemudian diikuti dengan telur dan sambal. Dah setel sumer tu, proses menutup kesemua nasi lemak yang dah disediakannya tadi. Tapi, dalam pada tu...sempat juga dia sekali-sekala menjenguk ayam yang sedang bermandi minyak di dalam kuali. Kira nya, multitasking la ni.
Kesemua nasi lemak yang siap dibungkus telah disusun dengan baik diatas meja. Wahh..sangat efisien dan kemas. Pada pendapat aku lah. Abang penjual nasi lemak ni kalau di letakkan didalam pejabat, jawatan yang sesuai untuk dia adalah Manager. Sebab, dari gayanya, dia seorang yang manageable, bijak menggunakan ruang waktu dan seorang yang multi-tasker. Mungkin diatas faktor-faktor persekitaran dan sekeliling yang telah berlaku didalam kehidupannya menyebabkan dia berada di gerai kecil tu. Dan, mungkin perjalanan hidupnya membuatkan dia tidak bekerja sebagai Manager atau menjadi seorang businessman yang memakai kot sambil membawa iPad kehulu dan ke hilir. TETAPI! tak mustahil juga, dia sebenarnya adalah seorang usahawan atau  seorang pengurus syarikat atau seorang pegawai atau seorang yang bekerja di pejabat pada waktu siang. Tiada siapa tahu, siapakah dia. Atau mungkin dia adalah dia, iaitu seorang peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah yang terkenal di area Sg.Besi. Nobody knows...but Allah SWT know.
Oklah, moral of the story daripada cerita peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah ni iaitu, kita tak seharusnya menilai orang lain dari pandangan luar atau daripada apa yang dilakukannya. Apa yang perlu kita nilai adalah apa usaha dan kemahiran yang telah dilakukannya. Walaupun kita dapat kerja bagus, dengan duduk kat bilik yang ada penghawa dingin, dengan pakai baju cantik-cantik..smart-smart, then bawak laptop atau iPad ke hulu-hilir, kita masih tak boleh anggap yang kita adalah paling hebat. Nope! Sebab.....belum tentu kemahiran yang ada pada peniaga Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah ni dan juga peniaga-peniaga kecil yang lain, ada  pada kita! Cuba soal selidik diri sendiri,  secekap mana kita boleh potong timun dengan laju? Secekap mana kita boleh menyediakan berpuluh-puluh pesanan dalam beberapa minit? Secekap mana untuk kita membuat banyak kerja dalam satu masa?  Huh! Kalau ikutkan, tahap kemahiran diorang ni..sebenarnya, sama je dengan kemahiran-kemahiran yang ada pada kita atau bos-bos di pejabat. Cuma yang membezakan kita dan mereka adalah tempat bekerja dan persekitaran. Dari segi perlaksanaan...aku rasa, kemahiran yang digunakan adalah SAMA. Dan, jangan tersentak jika kemahiran yang ada pada mereka TAK ADA pada kita. Jadi, ambillah cermin..cerminlah diri kemudian kajilah apa yang kita ada dan carilah apa yang kita tak ada....Sekian~




P/s: Jangan pandah rendah pada kemampuan orang lain walaupun ketinggiannya badan nya lebih rendah daripada kita. Hehehe...

Wednesday, January 4, 2012

Ahlan Wa Sahlan 2012!






Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah! Syukur kerana masih dapat menikmati kehidupan di tahun baru. Kebiasaannya, bila tiba tahun baru mesti ramai yang nak tanya pasal AZAM. Bagi aku (seperti di post sebelum ni), aku tak ada apa-apa azam melainkan segunung impian yang nak dicapai. Aku hanya ada satu matlamat, iaitu untuk mencapai impian di dunia sebelum tiba nya  akhirat dan ianya akan berlarutan sampai bila-bila. Fokus - bukan sekadar impian di dunia, tetapi preparation untuk akhirat juga (yg mana kita tau dunia dah semakin uzur..kan?). InsyaAllah. Semoga dengan ketibaan tahun baru ini, kita akan sentiasa di dalam perlindungan Allah dan semoga kita beristiqamah dalam menjaga nikmat iman dan Islam yang telah dianugerahkan oleh Maha Pencipta-Allah SWT sejak kita di dalam kandungan ibu. Cuma, manusia...bila dah dilahirkan ke dunia dan di pengaruhi oleh unsur-unsur sekeliling yang negatif kebanyakkan nya EGO dengan Allah SWT. Iyelah..seronok katakan dapat segala nikmat yang diberi 'PINJAM' oleh Allah SWT. Aku tak nak menunding jari kepada seluruh umat manusia, dan aku tak bermaksud untuk menjadikan orang lain sebagai contoh. Cukuplah kat sini aku jadikan AKU sebagai contoh manusia yang pernah EGO. Menidakkan itu..menidakkan ini....TA-PI! Alhamdulillah....aku tersedar dek simbahan balasan yang Allah bagi. Dan, itu tak bermakna aku boleh meletakkan diri sebagai insan yang benar-benar insaf dan taubat kerana iman masih lemah...terkadang aku tersungkur...jatuh, kemudian bangkit sendiri....begitulah, ianya berlaku dengan proses yang berulang-ulang. Sebab itu, tiada manusia yang sempurna melainkan nabi dan Rasul yang bersifat maksum. -Wallahualam. Manusia- aku maksudkan disini ianya lebih merujuk kepada AKU. Kerana didalam blog post ini, contoh nya adalah AKU!  (^^,) Semoga tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Amal Makruf Nahi Mungkar~

Saturday, December 31, 2011

GoodBye 2011









Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




My last post on 2011:


Ketika aku menaip blog post ni, hanya tinggal beberapa minit je lagi untuk melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012. Bila dikaitkan dengan tahun baru, AZAM adalah perkataan yang sinonim dan kerap di perkatakan. Bagi aku, aku tak nak fokuskan tentang AZAM. Sebab, azam tahun lepas pun tak terlaksana semuanya. Jadi, untuk kali ni aku nak berdoa semoga kehidupan disepanjang tahun baru ini akan diberkati Allah SWT. 


Agak sedih nak say goodbye untuk tahun 2011, sebab pada 2011 banyak peristiwa yang berlaku dan ia sudah pun menjadi kenangan. Ada kisah yang baik dan menarik...ada juga kisah yang buruk dan menyedihkan. Aku tak nak spesifik kan kat sini tentang apa yang berlaku cuma aku berharap semua yang terjadi akan menjadi rujukkan untuk kehidupan yang akan datang. InsyaAllah. Walau apa pun, hidup mesti diteruskan dan mari bersama-sama kita membuat persiapan untuk akhirat.


Bercakap tentang 2012, banyak spekulasi yang mengatakan ia adalah tahun terakhir umat manusia. Tetapi, untuk kita percaya 100% amat tidak digalakkan. Cuma, apa yang kita perlu percaya adalah  tentang kewujudan hari kiamat yang akan berlaku hanya di dalam pengetahuan Allah SWT.  Jadi, apa yang perlu kita lakukan adalah persediaan untuk menghadapi nya. Senang dan mudah...praktikkan dengan prinsip Amal Makruf Nahi Mungkar~ Iaitu dengan mendekati perkara-perkara yang baik dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik. Mudah kan? Mungkin mudah dari segi konteks jika ianya di bicarakan dengan kata-kata, tetapi hakikatnya liat untuk melaksanankannya. Sebab itu perlunya kita beristiqamah, ianya bermula dari Azam! Haa! Apa kata, kita jadikan ini sebagai Azam? Orait gak kan? (^^,)




Okeylah, semoga kita semua akan menjadi manusia yang menegakkan prinsip Amal Makruf Nahi Mungkar, bukan untuk  masyarakat je, tapi untuk diri sendiri juga.




Sekian.


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah: ayat 71)

P/s: 2011, i will keep u in my memories. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Huhuhuhu......



Never Say Goodbye but Goodluck! Part 1

Special design frOm Xoul 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


30.Disember.2011 (Jumaat) - Adalah last day bagi seseorang yang aku anggap sebagai sifu dalam department aku iaitu Rafizah Osman, atau Kak Raf . Aku & ofismate-ofismate yang lain ada buat Farewell Party utk beliau dan acara penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan serta sebagai tanda kenang-kenangan utk beliau. Huhuhu....ketiadaan beliau amatlah dirasai oleh aku memandangkan dia adalah salah satu dari sumber rujukan dalam aku melaksanakan tugasan-tugasan yang melibatkan teknikal di dalam website. Dia nampak seperti seorang yang pendiam tetapi sebenarnya bila kita berborak-borak dengan dia, dia suka berkongsi cerita . 


Aku akan merinduinya di ofis...dan berharap ada teamate seperti dia lagi. Last but not least, i dun wanna say goodbye to her but i wanna say GOODLUCK! and Congratulation for her upcoming baby! (^_^)


I will miss her and hope we will meet again,InsyaAallah! Semoga perpisahan ini di berkati Allah SWT.


Ok, refer to the topic...ini adalah Part 1 sebab....mungkin ada Part 2 untuk another people that i really2 appreciate her and hope dia akan berubah fikiran ( but i dun think so..uhuks~). Sebenarnya, aku berharap tak akan ada Part 2, tapi....juz wait and see lah. Hope, she will stay (^^,)




Sekian.


P/s: Agak skema skit penulisan kali ni. Kenape yer? hehehe....




EXTRAInfo: Sebelum Farewell K.Raf, ada sorang lagi yang dah keluar dr Encoral (my ofis) iaitu K.ruby a.k.a jiran sebelah meja aku. Ketiadaan beliau pun aku terasa jugak, sebab biasanya dia yg akan jadi DJ lagu aku setiap hari. Dan dia gak slalu pasang lagu2 korea yang best. So, sekarang dah tak de lagi kedengaran   lagu-lagu korea di ofis. i Miss yOu toO, K.Bee (^^")

Saturday, December 17, 2011

Jangan tanya soalan itu...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Sejak beberapa bulan aku tak update laman blog underground ni (underground- sebab x ramai follower..haha)
macam2 perkara yg dh berlaku. Alhamdulillah..semua nya baik-baik belaka. Antara perkara atau lebih sedap dipanggil peristiwa adalah tentang membina Baitul Ummah. Memang sekarang ni bila di penghujung tahun pasti ramai lah orang yang booking date untuk berkhawin dan bertunang..dan macam2 lagi lah sampai x tau nak pergi kenduri yang mana satu.  Baru-baru ni jugak, my BFF sudah pun bertunang di Kuantan dengan pasangan pilihan nya. Dan, ramai lagi kawan-kawan aku yang bakal menyusul untuk membina Baitul Ummah ni. Yang tak syok nya..bila peristiwa-peristiwa ni berlaku..maka timbul lah soalan-soalan yang biasa di aju kan pada aku. Antara nya berbunyi macam ni :


" Kau bila lagi? " 
" Dah ade calon ke?"
" Umur dah meningkat..orang lain sume dah kawin. Kau bila weh?"


Aduh! Aku menggaru-garu kepala nak jawab soalan-soalan tu. Tapi jawapan aku simple jek
" Wallahualam. Kalau ada nanti aku jemput la." Dah! Pull stop. Haish..jangan la banyak tanya. Sebab aku sendiri pun tak tau nak jawab macam mana. Biar Allah swt yang tentukan siapa jodoh aku. Okey! Dah...PULL STOP! 
Hehehehehe....




Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu.... (Copy from : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW Page)


P/s : Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bertunang kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga kalian dan pasangan diberkati Allah. Kepada yang bertunang, jagalah hubungan kalian supaya tidak di cemari dengan unsur-unsur zina, berhati-hati dengan bisikan syaitan laknatullah...ingat! Hubungan kalian belum halal! (>_^)/
Kepada yang sudah berkhawin, Barakallah hulakuma..wabaraka a'laikuma...semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan dikurniakan anak-anak yang soleh  & solehah-Amin!

Friday, October 28, 2011

Happy Birthday To me.....




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pertama skali aku nak ucapkan 'Alhamdulillah' kerana masih diberi nikmat menyambut Hari Jadi yang ke-24! HaHaHa...seriously, aku mcm tak percaya je umur aku dah menjangkau 24 memandangkan aku slalu m'anggap...I'm still 22 hahhaha (tak sedor diri btul..)


Celebration?
Actually, i'm not really hOpe for this. Cuma, terasa rindu time study dulu-dulu..bila tepat je 12 malam, haaa..! siap lah...transformasi menjadi Zombie. Kena mandi dengan tepung..kena baling telur...pernah jugak kena baling dengan belon yg diisi air..Fuhh! habis B'day girl basah lenjun. Tapi mmg sronok sangat2..walaupun balingan tu agak mnyakitkan..tp lepas tu pakat gelak ramai-ramai dan party time!!!! Bila start party time, acara potong kek pun bermula (ceh..mcm wedding ceremony pulak)maka bergema lah skali lagi nyanyian 'Happy Birthday to you...Happy Birthday to you...' habis je lagu, lilin pun di tiup..Fuhh! (Tepuk!Tepuk!Tepuk!) . Yang best tapi agak comot, bila main cuit-cuit krim kek kat pipi. Skali cuit..dua kali cuit..tiga kali cuit...Haa, ambik kau! Ngan kek-kek di tepek ke muka..maka berlaku lah pembaziran bila potongan kek pulak jadi bahan balingan. Cisss!
Fun kan? Tapi tu la...masa dah pantas berlalu, meninggalkan kisah-kisah lalu menjadi episod kenangan yang mana bila aku kenang ia boleh membuatkan aku senyum malah ketawa sorang-sorang. Hanya gambar2 & video pengubat kerinduan di hati.(Ceh!)
 Sekarang? Hmm..no more celebration. But its okey...i'm still happy wit my birthday (>_6)/


Hadiah?
Its okey kalau tak kasi pun...ucapan tu pun dah ckup buat aku hepi.(^^,)


Konklusi
Kemeriahan sambutan Hari Jadi dpt aku rasai di laman Muka Buku aku. Very excited bila rmai frens wished my bday...its mean, dorg masih kenal dan ingat aku walaupun aku tau majoriti drp mereka, ada yg tak ingat lansung pasal birthday aku. Thanks to FB sbb wjudkan 'Birthday Alert'. At least, aku tau siapa kwn2 di FB aku yg kenal dan masih ingat  akan diri ini...huhuhuhu.  Ni lah zaman teknologi. Mcm dah hilang sifat natural nya...hilang segala realiti. Segala nya di alam maya....Rasa mcm celebrate kat dalam FB pulak....Hmm!


Ucapan Skema
Terima kasih lah kepada kawan-kawan yang sudi memberi ucapan di laman Muka Buku saya :) Saya amat menghargai nya. I'm very excited and really love it! Thanks tO all~


P/s : Kali ni nak beli ape ek hadiah untuk diri sendiri? Hemmm...
 (FYI, mmg tiap kali b'day, aku akan belikan satu hadiah untuk diri sendri sbgai tnda aku menghargai dri   sendiri...hehehehe)

Sunday, October 23, 2011

Harga Segelas Susu





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Merujuk tajuk di atas aku bukan lah nak bercerita tentang harga susu di pasaran. Itu sebenar nya tajuk cerita motivasi dalam meeting pukul 3 petang semalam. Hahaha...unik kan. Sebelum meeting start, kami akan bergilir-gilir bercerita tentang apa saja mengikut giliran. So sebagai permulaan, our leader (a.k.a bos la) akan memulakan dulu. Kemudian akan di-rotate ikut giliran. Apa yang pasti..aku nak giliran yang last ha ha...Tapi, cerita yang di sampaikan mesti lah ada moral of the story ..hehe...Tau tak ini sumer untuk apa? Kata bos aku, ni sebagai salah satu cara untuk memotivasikan diri masing-masing. Kira nya macam, sharing knowledge atau pun bleh gak kata mcm sesi brainstorming la...Hermm..bagus gak idea bos aku ni. Sepanjang aku bekerja, ni meeting yang paling unik yang pernah aku join. Kena bercerita dulu baru bleh start meeting. Nice jugak kan? Iyer la..department yang aku join ni adalah team yang baru diwujudkan. So, memang banyak kata-kata sinis dan sindiran yang dah dilemparkan. Ada yang memandang rendah dengan kewujudan department baru ni. Tak apa-tak apa...teruskan lah berkata-kata sambil menutup mata. Kita tunggu dan lihat...InsyaAllah nanti terbuka la mata manusia yang berkata-kata tu. 
Berbalik kepada 'Harga Segelas Susu', ia adalah kisah pertama yang di ceritakan. Hurm, agak menarik. Pengajaran daripada cerita tu : Setiap kebaikkan yang kita lakukan jangan lah mengharapkan apa-apa balasan. Kelak, tanpa kita sedari balasan daripada setiap kebaikkan yang kita lakukan dengan ikhlas itu akan kita perolehi walaupun, ianya kecil tetapi bermanfaat untuk kita. 
Begitu lah kisah nya....
Last but not least, aku mendoakan kejayan buat team baru aku ni. Walaupun ia memberi cabaran yg amat besar untuk aku. Aku akan cuba apa yang terbaik dan apa yang aku mampu. (Kalau tak mampu tak perlu nak paksa-paksa kan? hahaha...) InsyaAllah! 

P/s: Nak tau macam mana cerita tentang 'Harga Segelas Susu ni'? Meh baca kat sini iamfreewriter.blogspot.com